
18 Disember 2009
07 Disember 2009
Garis Panduan Mata Pelajaran Tambahan SPM 2010
06 Disember 2009
Subjek SPM 2010
"Pokoknya 10 subjek utama itu kekal tetapi memberi kelonggaran bahawa pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil dan sastera Cina atau sastera Tamil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini.
Muhyiddin berkata langkah itu akan membolehkan pelajar berkenaan menggunakan keputusan yang diperolehnya dalam subjek tambahan itu untuk menjadi guru bahasa Tamil atau sebagainya.
Bulan lepas, Dr Subramaniam berkata beliau akan mengusulkan kepada Kabinet agar membenarkan pelajar India mengambil maksimum 12 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM.
Dr Subramaniam yang juga naib presiden MIC berharap Kementerian Pelajaran akan membenarkan pelajar India mengambil subjek Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil selain 10 mata pelajaran yang ditetapkan kementerian berkenaan.
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.
04 Disember 2009
Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa!

Sebenarnya terdapat lebih kurang 6,000 bahasa dituturkan oleh penduduk dunia hari ini. Malangnya lebih separuh daripadanya sedang diancam kepupusan kerana kekurangan penutur hari demi hari. Misalnya terdapat lebih kurang 300 jenis bahasa yang dituturkan oleh kurang dari satu juta penutur. Ia sebagai petanda bahawa bahasa-bahasa ini juga akan pupus satu hari nanti jika tidak dipertahankan dan diperkasa segera. Kepupusan bahasa mula berlaku kerana penutur asalnya tidak lagi bertutur dalam bahasa ibunda tetapi memilih untuk bertutur di dalam bahasa asing.Kajian menunjukkan kadar kepupusan bahasa di dunia sejak 500 tahun lalu jauh lebih tinggi berbanding dengan kepupusan jenis burung dan spesies mamalia. Pada 2006, Steve Sutherland, seorang profesor di Universiti East Anglia, United Kingdom melaporkan, kadar kepupusan bahasa di dunia sejak 500 tahun lalu adalah sebanyak 4.5 peratus berbanding burung pada kadar 1.3 peratus dan mamalia sebanyak 1.9 peratus. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa tiga bahasa paling utama di dunia ialah Mandarin, Inggeris dan Sepanyol yang dituturkan di kebanyakan penjuru dunia. Ketiga-tiga bahasa ini pula semakin berkembang dengan pesatnya.
Asas kepada kepupusan bahasa ialah bilangan penutur dan pengguna menjadi semakin lama semakin berkurang. Sebagai contoh apabila semakin kurang orang Melayu bertutur dan menggunakan bahasa Melayu, lama-kelamaan jumlah penuturnya semakin mengecil dan akhirnya bahasa Melayu akan menjadi tidak signifikan lalu pupus walaupun populasi masyarakat Melayu semakin bertambah.
Apakah kesannya bila sesuatu bahasa mengalami kepupusan? Bangsa itu secara langsung akan hilang identiti dan jati diri. Apabila sesuatu bahasa kumpulan etnik pupus maka cara hidup, adat budaya serta ilmu pengetahuan masyarakat juga akan pupus. Pelbagai pantang larang, norma dan nilai hidup, kepercayaan serta upacara perayaan kemasyarakatan akan turut pupus.
Mungkin kisah nasib bahasa Maori boleh dijadikan peringatan. Suatu masa dahulu sebelum New Zealand dikuasai oleh masyarakat Eropah, bahasa Maori merupakan bahasa utama masyarakat asal di kepulauan negara tersebut. Kehadiran masyarakat Eropah yang kemudiannya menetap di New Zealand menyebabkan bahasa Inggeris dikembangkan sehingga mengancam kewujudan bahasa Maori. Satu ketika sekitar awal abad ke-20, kanak-kanak Maori mula dilarang bercakap dengan menggunakan bahasa Maori di sekolah-sekolah kerajaan. Kemudiannya kerajaan mula meminggirkan kepentingan pengajaran bahasa Maori di sekolah. Kesannya sehingga tahun 1980-an tinggal sekitar 20 peratus sahaja di kalangan masyarakat Maori yang boleh bertutur bahasa ibunda mereka. Kebanyakan orang Maori yang menguasai bahasa Inggeris berpindah ke bandar-bandar besar dan tidak lagi mengamalkan bahasa Maori. Malah mereka juga mula meninggalkan adat resam dan budaya Maori sebaliknya mengasimilasikan diri dengan budaya masyarakat Eropah. Sekarang dilaporkan hanya seorang daripada empat etnik Maori yang boleh bertutur bahasa ibunda mereka. Jumlah ini juga semakin mengecil hari demi hari. Peliknya dalam Perlembagaan New Zealand, bahasa Maori diiktiraf dan masih kekal sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Tetapi apalah ertinya wujud sebagai bahasa rasmi tetapi sudah tiada lagi kedaulatan dan maruahnya. Masyarakat Maori pada hari ini bukan sahaja tidak lagi bertutur dalam bahasa ibunda mereka tetapi telah menggunakan sepenuhnya budaya serta amalan hidup gaya Eropah.
Kalau sekerat dua orang Melayu yang menguasai bahasa Inggeris tentulah identiti kemelayuan mereka tidak akan hilang kerana identiti kemelayuan ini datang dari suasana yang dikuasai oleh majoriti yang bertutur bahasa Melayu. Kalau tidak percaya cuba letakkan seorang dua kanak-kanak Melayu di bumi England. Biarkan mereka untuk puluhan tahun sampai beranak pinak di sana. Benarkah mereka akan sangat mementingkan jati diri Melayu bila mana di sekeliling mereka tiada suasana kemelayuan?
Hanya majoriti Melayu sahaja akan membina rasa kemelayuan. Jika minoriti Melayu yang menguasai bahasa Melayu sedikit demi sedikit identiti kemelayuan pasti akan hilang begitu sahaja. Percayalah, jati diri bangsa dan bahasa adalah satu. Hilang satu maka matilah yang satu lagi. Apakah akan jadi bila seorang datuk dan cucunya berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris, tentunya nasihat dan simpulan bahasa tiada lagi kemelayuannya. Tiada lagi bidalan kata dan peribahasa Melayu sampai ke telinga cucunya. Bila sudah bertutur bahasa Inggeris maka tentulah bidalan kata dalam bahasa itu lebih sedap bunyinya. Mungkin anda tersenyum membacanya, tetapi itu hakikatnya nanti. Apabila hilang bahasa Melayu maka hilanglah jiwa bangsa Melayu.
Terbukti dalam sejarah negara bahawa kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia yang pernah berada dalam antara 200 universiti terbaik di dunia adalah lahir daripada kebijaksanaan pejuang bangsa Melayu satu masa lalu. Penggunaan bahasa Melayu di peringkat keilmuan sama sekali tidak pernah merugikan bangsa Melayu, jauh sekali menjadikan bangsa Melayu suatu bangsa yang terkebelakang. Kita harus mesti banyak bersabar dan terus konsisten berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bertaraf dunia. Bukannya menanam kepercayaan bahawa bahasa Melayu adalah untuk bangsa yang mundur.
Kini dunia secara relatifnya sudah semakin mengecil. Warga dunia bukan sahaja ingin menambah ilmu dari satu atau dua bahasa utama sahaja. Mereka inginkan lebih daripada itu. Bahasa Melayu mesti dikembangkan untuk dikongsi dengan masyarakat dunia dan bukannya disimpan di dalam perpustakaan semata-mata. Persepsi kepimpinan negara dan masyarakat mesti berubah tentang keupayaan bahasa Melayu, berubah kepada yang lebih baik tentunya.
Sekali lagi, kita harus banyak bersabar, bersyukur dan terus berusaha untuk memakmurkan bahasa Melayu. Memang benarlah kata bidalan Melayu lama, "Bahasa Jiwa Bangsa".
28 November 2009
Korban

Selamat menyambut dan menghayati Hari Raya Aidiladha 1430. Semoga perayaan pada kali ini memberi erti yang besar kepada jiwa kita. Aidiladha (aid = perayaan, adha = korban) sewajarnya menjadi titik tolak kepada kita untuk berkorban : nafsu, jiwa, harta, masa, tenaga...- Diharapkan kita semua berfikir sejenak : dalam kesucian aidiladha ini, tentang pengorbanan yang telah kita lakukan dalam sistem pendidikan kita pada hari ini. Adakah kita sebenarnya berkorban demi anak bangsa dan negara kita, atau apa-apa yang kita lakukan sebenarnya mengorbankan anak bangsa kita, dan mengenyangkan hawa nafsu seorang dua daripada kita?
- Marilahlah kita berfikir sejenak pengorbanan para pejuang kemerdekaan dan nasionalis pada awal kemerdekaan. Mereka berjuang bermati-matian demi kelangsungan bangsa, bahasa dan agama serta negara kita yang tercinta, Malaysia!
- Semoga selepas ini tidak perlu lagi kita mengorbankan bahasa, agama dan wawasan kita demi keselesaan segelintir mereka yang mindanya terarah kepada satu : BARAT.
PUPUS BAHASA PUPUSLAH BANGSA!
23 November 2009
Puisi : Satu Pengenalan
06 November 2009
SBT ~ Bagaimana Kesudahannya?

29 Oktober 2009
Sekolah Satu Aliran
Jika diperhatikan, usul ini pernah dicadangkan oleh YB Mukhriz Mahathir tidak lama dahulu. Dengan tidak berniat memanjangkan bicara : saya sokong sepenuhnya cadangan ini. Rasionalnya pernah saya kemukakan dakan posting terdahulu. Lihat : http://arsal74.blogspot.com/2008/12/dato-mukhriz-mahathir-exco-pemuda-umno.html
24 Oktober 2009
Belum berputus asas...

Parents group pushes PPSMI option for schools
KUALA LUMPUR, Oct 22 — The Parents Action Group for Education wants all national schools to be given the option to continue teaching Science and Mathematics in English.
Its chairman, Datin Noor Azimah Abdul Rahim, said an opinion poll carried out in seven schools in Selangor and Kuala Lumpur showed that 97 per cent of parents wanted their children’s schools be exempted from the scraping of the policy of teaching Science and Mathematics in English.
The seven schools are Sekolah Kebangsaan Assunta 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Sekolah Kebangsaan Taman Megah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman and Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA.
“We are not against the policy of upholding the Bahasa Malaysia and strengthening the command of English. We just want schools to be given the option,” she said.
She said that a memorandum on the matter had been handed over to Deputy Federal Territories Minister Datuk M. Saravanan, to be submitted to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. — Bernama
16 Oktober 2009
Bulan Bahasa Kebangsaan Nampak Jenaka - Pak Samad

13 Oktober 2009
PMR..selepas ni apa?

31 Ogos 2009
Kaum & Identiti Nasional

Dalam menyambut konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak, ramai yang mengambil kesempatan. Atas alasan sama rata mereka menuntut yang bukan-bukan, malah sesetengahnya tidak berperlembagaan. Sebagai contoh mereka menuntut penghapusan kuota dalam pemberian biasiswa pendidikan kerajaan. Malangnya tuntutan yang tidak berlandaskan prinsip Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini diterima oleh pihak kerajaan. Alasan 1 Malaysia digunakan. Jika 1 Malaysia bermaksud "menghapuskan hak-hak Melayu" seperti yang ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (BUKAN KONTRAK SOSIAL), maka saya fikir kita perlukan 3 Malaysia!
Dalam keghairahan memastikan konsep "sama rata" ini, masih banyak pihak peniaga dan "tauke" mensyaratkan pengambilan pekerja dalam pelbagai bidang industri, khususnya dalam perjawatan eksekutif hendaklah fasih berbahasa Mandarin! Memang boleh dipelajari, tetapi realitinya bagaimana?
Apa yang lebih menyedihkan kita ialah segelintir orang Melayu / Bumiputera bertindak seperti Pak Kaduk, ayam menang kampung tergadai demi menggembirakan "rakan-rakan" mereka. Bahkan sesetengahnya yang dahulu sanggup "bermandi darah" membela kelangsungan bangsa dan agama kini sanggup berputus arang berkerat rotan dengan orang sebangsa dan seagama mereka demi memeluk gunung dan puncak kuasa - walaupun sudah terang lagi bersuluh sekadar menjadi kuda tunggangan sahaja!
Sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke- 52 ini, sama-samalah kita fikirkan : TIDAK CUKUP LAGIKAH PENGORBANAN PEJUANG PEMBEBASAN KITA DAHULU? DARAH MAHARAJA LELA, HJ ABDUL RAHMAN LIMBONG, DOL SAID, RENTAP ITU TIDAK BERNILAIKAH?
21 Ogos 2009
12 Ogos 2009
Hang Tuah & Bahasa Asing
"Setelah baginda mendengar sembah laksamana itu dengan
bahasa Rumi itu, maka baginda pun tersenyum, gemar melihat laksamana
berkata-kata dengan bahasa Rumi itu, terlalu manis mulutnya dan fasih lidahnya
..." (Hikayat Hang Tuah, 1992 : 573)
Hang Tuah dikhabarkan menguasai sebanyak 32 bahasa asing, khusus dalam membantu beliau menjadi wakil Raja Melaka ke negara-negara luar, sama ada di Timur mahupun Barat. Penguasaan bahasa asing menjadikan beliau lebih patriotik dan cinta akan negara, bangsa dan bahasanya sendiri.
Kita? Baharu kuasai satu bahasa asing, sudah hilang keyakinan kepada bahasa sendiri!
Fikir-fikirkan...
02 Ogos 2009
Yasmin Ahmad dalam Kenangan
Gubra ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri mereka memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan. Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin, Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selainitu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).
Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah. Saya tidak memahami apa yang indah dan gelap atau lucunya Gubra. Saya tahu filem, mise enscene dan segalanya. Saya tak pandang semua itu. Sesekali saya malah berasa terhina dengan adengan-adengan filem ini. Lakonan sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya,semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh). Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan,dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan,belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas dan garis panduan. Ukurlah skala iman anda.
Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemahnya iman."Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar makruf nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan. Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan al-Quran, hadith, ijma', dan akhlak yang mulia. Lihat sahaja ayat 71 surah at-taubah, ayat 104 dan 110 surah ali ‘Imran, Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru para ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuma ia berbeza dalam tingkatan wajibnya sama ada wajib ‘ain dan wajib kifayah. Ukurlah skala iman anda.
Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya. Andai kata wajib ‘ain, maka setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf nahi mungkar, akan tetapi dengan wajib kifayah, jika ada segelintir melakukannya maka terpenuhlah kewajiban tersebut walau hanya dilakukan oleh sebagian umat Islam. Tetapi semuanya berdosa bila tidak ada seorang pun yang melakukannya. Dalam urusan kemasyarakatan, amar makruf nahi mungkar adalah satu hal yang digalakkan dan keperluan yang luar biasa signifikan supaya keseluruhan kehidupan dapat berjalan dengan baik. Apakah yang makruf itu? Makruf adalah segala sesuatu yang dipandang baik oleh manusia dan diredai oleh Allah SWT, sama ada ia perbuatan yang wajib maupun sunat, seperti mana ketaatan kepada Allah dan pengamalan perintah Allah.Sebagai contoh menegakkan solat, melakukan puasa, menolong orang yang kesusahan, memberikan derma atau melakukan kebajikan dan lain-lain lagi. Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak baik oleh manusia dan tidak dibenarkan olehAllah SWT. seperti maksiat, menyekutukan Allah,juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan (iya 8 kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya. Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada. Jika anda bapa dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur dan digalakkan melakukan makruf. Jika pemerintah urusan makruf adalah sama pentingnya dengan pencegahan kemungkaran. Secara fitrah manusia tertarik dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri untuk mengatakan ia benar. Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah yang sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf.
Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang mewakili institusi keagamaan meredai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak boleh meredainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun. Tidak pernah dalam filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang paling rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog dihadapan rumah pelacuran yang wajar dicemuh ini:
Bilal Li: Assalamualaikum, awal balik pagi ini (nota pengarang: dari
melacur).Temah : Esok pagi nak hantar Shahrin pergi sekolah. Ada pelanggan nakpun
terpaksa tolak. Hai abang lambat pergi surau pagi ini? Hah rambut basah tu…Bilal Li: (Gubra) Ah mana ada…
Temah: Kami balik dulu.
Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar diberikan syarat:(1) Bahawa jelas kemakrufan yang tidak dilaksanakan orang dan kemungkaran pula jelas dilakukan,(2) Bahawa pendakwah sedar dengan diri dan jatidirinya sebagai orang yang alim dan sesuai dengan misi amar makruf nahi mungkar yang hendak ditunaikan,(3) Pendakwah dengan itu tahu benar bahwa amar makruf nahi mungkar tersebut membawa manfaat, maslahat, serta tidak membawa mudarat (4) Amar makruf nahi mungkar ditegakkan dengan bijaksana, berterusan dan penuh kesabaran, serta (5) Hal amar makruf nahi mungkar itu ditunaikan dengan ikhlas berorientasi pada keredaan Allah SWT. Ini dilakukan demi mempertahankan keluhuran Islam dan menegakkan kalimah Allah. Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan Tuhan kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang dari Temah. Dan ilham untukbertaubat tentulah datang dari Allah. Manusia yang diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang. Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun rasa kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan sebelumnya. Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik pelacur-pelacur yang baik itu. Mereka agaknya memang terpaksa melacur sebab tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus. Iyalah, kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain. Tetapi sebagai sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita dikejutkan kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat jiran itu. Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya. Kita faham sisi kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan yang Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini? Ya, Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh menawarkan rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging babi seperti di dalam Gubra.
Siapa nafikan? Ya Malaysia memang indah kerana kita dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain lagi. Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam sebuah agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus difahami, dihayati dan diamalkan. Islam turun untuk kita, kita yang mesti fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita. Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi Barat. Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman (untuk gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yangberbulu, atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai tuala hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak Atan sungguh utuh dan gemilang. Ini filem Malaysia, relaks, cool… itulah yang hebatnya, agaknya? Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr. Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan cacamarba tidak ketentuan bahasa.
Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Sepertimana kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala isu yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri. Kita tahu mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan Tuhan memang memandang mereka mulia, oh ya dan merekap ercaya bisikan iblis: Tuhan memandang semua orang sama. Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu lampu ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja. Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu untuk kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan diturunkan awal sejak di Mekah lagi. Surah dengan 6 ayat ini adalah surah mengenai jati diri. Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati supaya tidak jadi seperti mereka. Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem. Jangan rosakkan orang. Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya. Dan memang ramai pengekor dan orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.
Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah." Ya konsep tawakalnya begitu. Tawakal gubra. Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama lain, ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga tidak memberi belas kasihan. Kerana itu ada neraka sebagai tempat diazabkan. Baca asma' ul-husna biar habis, faham Islam biar selesai, bukan satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.J usteru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait, kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan fahamilah hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.
Hayy Allah ! Wallahu A'lam, moga kita dikurniakan Jalan YangLurus yang selalu kita minta dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang nyata dan juga tidak nyata.
29 Julai 2009
Pendidikan Prasekolah
19 Julai 2009
Penilaian Berasaskan Sekolah
17 Julai 2009
Pidato Piala Diraja Negeri Kedah (ARKIB)
Pidato Piala Diraja Negeri Keda
12 Julai 2009
PPSMI.... akhirnya
Sedikit menghairankan. Semasa awal pengenalannya dahulu, tiada satupun kajian dan tinjauan rakyat dilakukan. Akan tetapi selepas pengumuman pemansuhan, mantan PM dengan segera membuat bancian internet (perlu diingat, bancian internet).
Apa-apapun, PPSMI tidak dimansuhkan sepenuhnya. Hanya pelajar darjah 1 hingga tingkatan 5 sahaja yang tidak akan belajar dalam bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik, sedangkan di peringkat tingkatan 6, matrikulasi dan universiti, subjek tersebut tetap diajar dalam Bahasa Inggeris. Perlku diingat, bahawa penentangan bahasawan kepada PPSMI bukanlah kerana PPSMI semata-mata, tetapi disebabkan oleh PPSMI itu membawa areana baharu dalam kedaulatan bahasa kebangsaan. PPSMI ialah lambang kehancuran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengungkap fikiran tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh sebab itu, pemansuhan PPSMI mestilah menyeluruh dan menepati keperluan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan pengungkap fikiran bangsa Malaysia.
Sekali lagi, kepada semua pejuang bahasa kebangsaan, ayuh, teruskan langkah perjuangan. Ingat kata-kata mantan PM ke-4 : "perjuangan belum selesai"!
03 Julai 2009
Kongres Pendidikan Islam
Pendapat saya:-
- Usaha tersebut ialah usaha terpuji yang perlu digalakkan. Sesuai dengan namanya – kali pertama – diharapkan selepas ini lebih banyak usaha sebegini dijalankan dengan menggabungkan pelbagai pihak bagi menjana idea yang berkesan ke arah sistem pendidikan yang lebih baik.
- Seharusnya bukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dikaji semula kerana pada pandangan saya – guru terlatih – FPK sudah memadai. Sementelah lagi, pendidikan Islam sendiri mempunyai Falsafah Pendidikan Islam yang menjadi panduan kepada penggubalan kurikulum pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan. Cuma yang perlu dinilai dan dikaji semula ialah pelaksanaannya, sama ada dari segi kurikulum, penilaian, mahupun kokurikulum.
- Kongres tersebut kurang memberi kesan kerana tiada wakil daripada pihak yang berautoriti daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Majlis-majlis Agama Negeri (Bahagian Pendidikan). Begitu juga sewajarnya kongres sebegini perlu mengambil kira hasil kajian lapangan daripada guru-guru sendiri, misalnya oleh KPPK (NUTP) atau badan-badan guru yang berautoritatif. Oleh itu sewajarnya sebelum kongres dilaksanakan, satu kajian lapangan dilaksanakan. Hal ini demikian bagi mengelakkan kongres dan perbincangan di sini sekadar sebuah wacana ilmiah dan teori tanpa mengambil kira keadaan sebenar dan realiti pendidikan di Malaysia.
Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada GAMIS atas usaha yang sungguh baik tersebut. Semoga kongres ini membuahkan hasil yang bermakna untuk diketengahkan kepada pihak-pihak yang terbabit.
26 Jun 2009
Pengehaan Subjek SPM - Satu Pandangan
Pandangan saya:
Saya menyokong pengehadan subjek dalam SPM dengan mengambil kira "kegilaan" masyarakat (ibu bapa dan pelajar) mengambil subjek berlebihan sehingga mewujudkan gambaran tidak sihat terhadap sistem pendidikan negara.
Pengehadan walau bagaimanapun perlulah mengambil kira semangat pendemokrasian pendidikan yang diuar-uarkan oleh mantan Menteri Pendidikan, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ketika membentangkan usul Akta pendidikan 1996 di Dewan Rakyat.
Pelajar sains tulen agama perlu dibenarkan mengambil maksimum 12 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM. Hal ini demikian kerana pengambilan 11 atau 12 mata pelajaran oleh mereka adalah jumlah minimum yang membolehkan mereka benar-benar menjadi pelajar aliran Sains Tulen Agama.
Cadangan saya:-
Fenomena mengambil mata pelajaran lebih daripada yang sepatutnya wajar dikekang dengan cara memperkenalkan semula pakej mata pelajaran mengikut aliran seperti yang diamalkan sebelum tahun 1999 apabila persijilan terbuka diperkenalkan. KPM wajar memperkenalkan aliran pengajian di tingkatan 4 dengan setiap aliran dibekalkan dengan pakej mata pelajaran yang boleh diambil. KPM juga boleh mengehadkan setiap pelajar hanya boleh mengambil maksimum dua (2) pakej aliran sahaja - misal : Sastera Tulen + Agama; Sastera Tulen + Sastera Ikhtisas; atau Sains Tulen + Agama.
Contoh aliran sastera tulen + agama :
Subjek bagi sastera Tulen :-
1. Subjek Teras (6)
2. Kesusasteraan Melayu
3. Kesusasteraan Inggeris
4. Kesusasteraan Tamil
Subjek Aliran Agama :-
1. Subjek Teras (5)
2. Pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah
3. Pendidikan Syariah Islamiah
4. Tasawwur Islam
5. Bahasa Arab
Maka bagi aliran sastera + agama, mata pelajaran yang wajar diambil ialah:-
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Sains
6. Kesusasteraan Melayu
7. Bahasa Arab
8. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
9. Pendidikan Syariah Islamiah
10. Tasawwur Islam (pilihan)
Bagi aliran sains tulen + agama pula:
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sejarah
5. Biologi
6. Kimia
7. Fizik
8. Matematik Tambahan
9. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
10. Pendidikan Syariah Islamiah
11. Bahasa Arab
12. EST (pilihan)
13. Tasawur Islam (pilihan)
Memanglah ada bantahan kerana seolah-olah telah meminggirkan aspek potensi dan meneroka pelbagai ilmu, tetapi dikira ia lebih baik daripada menghukum semua pelajar dengan mengharamkan mereka mengambil lebih daripada 10 subjek, padahal pada keadaan tertentu ia perlu kerana keperluan aliran yang diambil oleh mereka.
Saya risau keputusan mengehadkan kepada 10 subjek sahaja bagi calon SPM 2010 akan menjadi polemik tidak bermanfaat sekiranya diteruskan. Oleh hal yang demikian, daripada membazirkan masa dengan pelbagai masalah pada kemudian hari, lebih baiklah pihak Kementerian Pelajaran mengambil kira pelbagai faktor sebelum meneruskan keputusan yang diumumkan oleh Menteri pelajaran. Saya yakin banyak sumber kepakaran yang ada di KPM untuk dirujuk oleh Menteri Pelajaran!
Jangan sudah terhantuk baru tengahadah atau apabila nasi sudah menjadi bubur baharulah menagis dengan air mata darah!
12 Jun 2009
PPSMI - Hapuskan sahaja!

SCIENCE AND MATHS: Decide only after a proper study - Oleh Dr. Farida Shah
Keratan Akhbar Terpilih
I WRITE this letter in the hope of shedding more light on issues regarding the teaching and learning of Science and Mathematics, the role of English as a second language and the use of English in teaching Science and Mathematics. This issue is not about politics, patriotism or the fear of losing our mother tongue, but one which is of importance to our children. It addresses two entirely different issues: the urban-rural science divide and the urban-rural English language divide.
As a bilingual professor of molecular biology, I was teaching at Universiti Kebangsaan Malaysia (medium of instruction Malay) along with my colleagues who were and still are teaching in areas of physics, math, astrophysics, nanotechnology, etc.
Some of us (consisting of Malays, Chinese and Indians) were products of school systems where English was the medium of instruction; some went through the learning of Science at various levels with Malay as the medium of instruction.
Both groups are equally competent lecturers and able to communicate and impart knowledge to students effectively in Malay. From my observation, Science graduates from UKM were never at a disadvantage, as the good ones (with good grades) went on to do their postgraduate studies in Britain, Australia, etc. At no time did we feel that our students' capabilities and scientific knowledge (content) were compromised because of the medium of instruction.
This trend has been observed elsewhere in the world for decades. Students from China, Taiwan and Germany, who studied in their mother tongue with English as the second language, went on to do their postgraduate and post-doctoral degrees in English-speaking countries and even secured jobs.
So, let me put the questions to parents (mostly in urban areas) and the relevant authorities: why this obsession with teaching 6- or 7-year-olds and older children Science and Maths in English when the medium of instruction of education is Malay or (in vernacular schools) Chinese and Tamil? If Chinese schools have decided to maintain the teaching of Science and Maths in Chinese, why can't the national schools teach in Bahasa Malaysia?
Why teach Maths and Science in English? What do we expect these students to achieve? Do we want to teach Science and Maths so that students competence in English will improve as an additional important language? Or do we think that by using English, the students' command of Science and Maths will improve?
There must be a clear focus on English language goals as well as goals within the command of Maths and Science curriculum. If it is the former, then teaching Science and Maths is not the solution. If it is the latter, then it is again not true. If it is the former that we are worried about, surely the answer would be to teach and learn English as a second language. We can increase the teaching hours for English from seven to 15 hours per week, change the method of pedagogy, teach more grammar and communication skills, etc.
On the other hand, those who think that Science and Maths are better taught and learnt in English are not aware that Science and Maths are not learned by memorising facts.
Some people think of Science and Maths as subjects in which learners are required to memorise terms, apply various formulae and weigh out chemicals. However, science education now emphasises the teaching of the conceptual nature of science, and the high-level cognitive processes required to understand and communicate these concepts.
The United States National Science Education Standards defines "scientific literacy" in a manner that reveals its conceptual and communicative dimensions.
Scientific literacy and curiosity means that a student can find or determine answers to questions derived from curiosity about everyday experiences. They should be able to understand underlying concepts and describe, explain and predict natural phenomena. Can we expect 7-year-olds to do this? Do they switch to thinking in their native language after the brief classroom period where they are taught in a second language for the rest of the day?
Another dimension is the competence of the teachers. How can teachers impart content knowledge in a second language if they themselves are not competent in that language?
Successful achievement in Maths and Science is difficult enough for students. It becomes more difficult when the subjects are taught in a second language. It has been shown that learners have the best chance of succeeding in Maths and Science if they study them in their own language. Studies have shown that when their language skills are not developed, their ability to think mathematically and scientifically is affected.
To address the science divide, students are at a disadvantage trying to understand instructions and express them in a foreign language, especially when they must compete with other urban students. To add to this disadvantage, some rural schools are ill-equipped with the labs and resources for teaching Science.
It is my personal opinion as a scientist involved in engaging the young in Science and Maths that if we continue with the present system, not only will we not achieve our goal of improving the use of English but it will also lead to deterioration in the teaching and learning of Science.
Throughout the world, there is an emphasis on science education for developing countries and a call to make "teaching and learning science fun". Teaching in a second language is a sure way to get students out of Science and Maths. Yet, one of the goals of our nation is to increase participation in science and to increase the number of researchers/scientists per 10,000 population.
Some say we should wait for the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah results to see the outcome. But we all know that UPSR is not an indicator of language proficiency or content knowledge because exams, which are set to encourage rote learning and memory work, do not evaluate communication and/or thinking skills.
Another question: Was there a proper scientific research methodology set up to study the impact of the use-English exercise for more than six years of school life, with proper scientific controls, with measurable outcomes using qualitative and quantitative techniques, to ensure that a policy statement can be derived at the end of Year 6?
If it was done, we would all like to see it so we can put an end to the debates. If it was not done, it is not too late for the authorities to conduct proper research and identify what the people (parents) want.
I was surprised by the advice that we should not politicise this issue and let the cabinet decide. But surely, the cabinet must hear the voices of parents and this should be done in a scientific manner, meaning all policies must be formulated with proper scientific research. The evidence derived from such an exercise would allow people to think rationally and accept the decision, rather than one based on the whims of the minister or the cabinet.
So, if the authorities and everyone else is sincere in trying to improve the command of English as a second language, let's go back to the basics and look at the curriculum. Schools, ministries and universities should rethink the teaching of English in their curriculum.
If there are insufficient teachers for English, we should perhaps look at getting the American Field Services (AFS) teachers who used to teach English in rural schools many years ago. Radio Television Malaysia (RTM) and other media can play a role and have more programmes for children in English, particularly science programmes in English with subtitles in the three languages.
In these two issues -- where the future of our children is at stake -- involving English language competency and the participation and engagement of students in Science and Maths for the development of the nation, we cannot let politics rule; a policy should be formulated on the basis of scientific research. All relevant and related ministries and agencies should have dialogues to ensure a more effective and efficient way of teaching and learning English as a second language, as well as improving the teaching and learning of Science and Maths. Again, I emphasise these are two separate issues.
I commend the government in its effort to re-look these two issues. There is nothing wrong in stopping Maths and Science from being taught in English if it has been shown (on the basis of research) to be ineffective.
Most importantly, any decision we take must help bridge the existing urban-rural divide in the effective learning and command of Science and Maths, and in English language competency.
By DR FARIDA SHAH, Prof of Molecular Biology (Adjunct) UTAR, Kuala Lumpur (2009/03/31)
© Copyright 2009 The New Straits Times Press (M) Berhad. All rights reserved.
Posted by Terrabaca MANAGEMENT at 9:50 AM
Sumber: http://www.prihatin.net
11 Jun 2009
Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM
Sekali lagi, tanpa prasangka tujuan pengumuman ini adalah untuk menutup isu PPSMI yang belum ketahuan ke mana arahnya (terakhir ulama Malaysia menerusi SHURA turut menghantar memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong memohon perkenan agar PPSMI dimansuhkan), saya kira niatnya baik. Memang sejak awal pengenalan PPSMI lagi cedekiawan dan bahasawan telah menekankan peri pentingnya Bahasa Inggeris diperkasakan melalui kaedah P&P Bahasa Inggeris, bukan melalui P&P Sains dan Matematik (serta semua subjek yang bernaung di bawahnya). Maka jika Menteri Pelajaran ingin menjadikan Bahasa Inggeris lebih diminati dan ditekuni oleh para pelajar, P&P Bahasa Inggerislah jawapannya.
Niat yang baik, jika tidak dilaksanakan dengan jalan dan kaedah yang betul sesungguhnya akan mengundang padah. Dengan mewajibkan semua pelajar lulus dalam BI dalam SPM secara teorinya mungkin benar, tetapi secara praktisnya sekali lagi ia mengundang keluh – kesah masyarakat yang tidak terdedah dengan baik dengan persekitaran Bahasa Inggeris. Bayangkan jika mengajar BI pun dalam Bahasa Melayu, bagaimana hendak membudayakan bahasa Inggeris dan memastikan pelajar lulus? Soal pokok di sini bukanlah kewajipan lulus, tetapi sebanyak manakah kerajaan telah berusaha memastikan kecukupan guru bahasa Inggeris yang sebenarnya (maksud : yang opsyen Bahasa Inggeris) mengajar bahasa itu di kawasan pedalaman. Di kawasan bandar tidak dinafikan kecukupan mungkin berlaku, tetapi di Felda dan sekolah luar bandar, guru bahasa Melayu pun mengajar bahasa Inggeris. Bukan sahaja di sekolah rendah, bahkan menjankit sehingga ke sekolah menengah. Tak percaya? Minta Menteri Pelajaran turun sendiri ke SMK Lokmanul Hakim, Felda Lok Heng, Kota Tinggi. Rujuk opsyen guru Bahasa Inggeris mereka!
Sekali lagi saya berpendapat bahawa pendidikan bukanmedan meraih populariti politik murahan. Pendidikan ialah masa depan negara, masa depan bangsa, masa depan rakyat! Maka sebarang perubahan mestilah dibincangkan dengan teliti oleh golongan yang berautoriti, bukannya diumumkan selepas bangun tidur! Keputusan pula tidak boleh diambil dalam maa seminggu dua, tetapi mestilah melihat banyak faktor, termasuklah persediaan pelajar, keupayaan tenaga pengajar, kecukupan prasana, dan pelbagai faktor lagi. Pendidikan untuk semua, bukan hanya untuk segelintir golongan yang sudah sedia terdedah dan cukup alat dan piawai. Jika demikian, mana murninya matlamat “pendemokrasian pendidikan” yang pernah dilaungkan oleh mantan Menteri Pendidikan (kini PM) ketika memperkenalkan Akta Pendidikan 1996?
“Fikir-fikirlah kerana fikir itu pelita bagi hati”.
04 Jun 2009
Hadkan Subjek?
09 Mei 2009
PPSMI - GAPENA Mahu Jumpa Muhyiddin
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sastera/20090423072404/Article
Sains, Matematik dalam BM
Oleh HARIS FADILAH AHMADpengarang@utusan.com.my
KUALA LIPIS 8 Mei - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi (gambar) secara peribadi menyokong usaha mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Melayu.
Tegas beliau, kedua-dua subjek itu harus diajar semula ke dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan semula bahasa kebangsaan selain meningkatkan jati diri generasi muda. ''Kita bimbang pada masa akan datang generasi hari ini khususnya orang Melayu akan tercari-cari identiti dan budaya bangsa yang hilang akibat mengagungkan bahasa Inggeris," katanya.
Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementeriannya bersedia untuk 'menunggu lebih lama' bagi memastikan keputusan yang akan dibuat tidak flip flop.
Menurutnya, hasil kajian itu hanya akan dibentangkan ke Kabinet apabila beliau berpuas hati.
Selasa lalu, lima Sasterawan Negara buat pertama kalinya menyatakan pendirian bersama menolak PPSMI, malah dua daripada mereka iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Muhammad Salleh sedia ditarik balik gelaran berkenaan jika keadaan memerlukan.
Mengulas lanjut, Puad memberitahu, bagaimanapun, segala keputusan berhubung PPSMI akan diumumkan oleh Kabinet selepas kajian mendalam berhubung perkara itu selesai.
''Satu pengumuman penting mengenai PPSMI akan dibuat tidak lama lagi setelah mengambil pandangan semua pihak termasuk intelektual Melayu dan pejuang bahasa.
"Saya mahu isu PPSMI ini segera diselesaikan kerana penangguhan akan merugikan semua pihak terutama generasi muda hari ini," katanya.
Beliau menambah, segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet berhubung PPSMI tidak akan menyebabkan perbelanjaan yang dikeluarkan selama ini sebagai membazir.
''Peruntukan besar untuk pengurusan dan pembelian peralatan komputer tidaklah membazir kerana ia masih boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran," katanya
01 Mei 2009
KOMSAS : Ke Mana Arahnya?
28 April 2009
Debat UIA (Hari keempat) (ARKIB)
Debat UIA (Hari keempat)
18 April 2009
Menteri Pelajaran Baharu - Menaruh Harapan
01 April 2009
12/03/2009 3:27pm
PUTRAJAYA 12 Mac — Lebih ramai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 menjawab kertas soalan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan ini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata malah ramai calon SPM yang menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi soalan-soalan subjektif dalam kedua-dua mata pelajaran itu.
“Misalnya mata pelajaran Matematik Tambahan kertas satu daripada 178,751 pelajar yang mengambil kertas itu seramai 89.1 peratus daripadanya menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 4.7 peratus dalam Bahasa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 di sini hari ini.
Selain itu daripada 183,723 pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan kertas 2, 86.2 peratus menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 6.9 peratus dalam Bahasa Malaysia.
Alimuddin berkata peratus yang tinggi juga dicatatkan bagi mata pelajaran Biologi kertas dua dan tiga; Kimia kertas dua dan tiga serta Matematik kertas dua. - Bernama
Keputusan SPM
12/03/2009 11:24am
PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada keseluruhan 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berjaya memperoleh 10A dengan seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM berbanding 91.1 peratus pada tahun 2007.
Seramai 5,863 calon pula berjaya memperoleh 9A manakala 5,909 calon memperoleh 8A.
Selain itu, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada tahun 2007. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon SPM adalah membanggakan dan melebihi daripada pencapaian tahun sebelumnya.
“Pencapaian mereka meningkat daripada segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki,'' katanya di sini hari ini. - Utusan
19 Mac 2009
Perhimputan 100,000 Umat

Sang Pembicara
Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...

-
Alhamdulillah, pelajar-pelajar Tingkatan Empat 2021 iKUPS telah berjaya menyiapkan projek-projek yang meliputi tema yang dipelajari dalam s...
-
<a href="http://www.pax.com/free-counters.html"><img src="http://counter.pax.com/counter/image?count...
-
Teks syarahan agama 2010. Tajuk :: Masjid Membina Keunggulan Ummah Pemidato :: Mohd Shahrulnizam bin Md Roni Sekolah :: Sekolah ...