28 April 2009

Debat UIA (Hari keempat) (ARKIB)

Debat UIA (Hari keempat)

Akhirnya, selepas berjaya mengharungi cabaran sepanjang tiga hari perlawanan (4 menang, 2 kalah), hari ini memberi cabaran yang hebat. Berjaya ke peringkat suku akhir (8 pasukan terbaik) memberi satu pengalaman baharu. Pertama kali masuk ke pertandingan ini dan berjaya sampai ke peringkat ini merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Banyak pengalaman dan ilmu baharu yang diperoleh. Walaupun kalah kepada STAR dengan 5-0, namun margin yang sungguh tipis, 1. Walau bagaimanapun persediaan dan pemahaman usul menjadi sedikit titik pemisah antara kami dengan STAR.
Menentang gagasan 1 Malaysia oleh MCKK
Menentang gagasan 1 Malaysia oleh MCKK
Walau apapun, tahniah dan syabas kepada semua pembahas BM (B). Kejayaan kalian ialah anugerah Allah, dan berusahalah ke arah yang lebih baik demi kecemerlangan bahas. Demi kepuasan anda juga. Kepada BM (A) pula, banyak-banyakkan mendengar sebab jika kita terlalu banyak bercakap dan tidak mendengar, kita akan jadi seperti burung kakak tua! Kepada team BI, ingatlah : langit tidak selalu cerah, tetapi usaha tangga kejayaan! :-D Kepada pasukan yang akan beraksi esok, semoga berjaya, khususnya kepada pasukan yang berjaya kalahkan SBPIKP pagi tadi … Tahniah!
Menanti Keputusan Rasmi ke Perlawanan Suku Akhir
Menanti Keputusan Rasmi ke Perlawanan Suku Akhir
Akhir sekali, semoga perjalanan balik ke SBPIKP esok lancar dan selamat daripada marabahaya.

18 April 2009

Menteri Pelajaran Baharu - Menaruh Harapan

Tahniah kepada Menteri Pelajaran yang baharu dilantik dalam rombakan kabinet 2009. Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri diamanahkan memegang portfolio yang sentiasa mencuri perhatian masyarakat. Selaku orang Johor, saya berharap beliau akan membawa suara UMNO Johor yang menyuarakan gesaan agar PPSMI dimansuhkan pada setiap kali perhimpunan agung UMNO.

Semoga nakhoda baharu membawa kembali kapal pendidikan negara ke haluan yang betul dan tepat. Tahniah Tan Sri!

01 April 2009

Calon SPM jawab Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris memberangsangkan

12/03/2009 3:27pm

PUTRAJAYA 12 Mac — Lebih ramai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 menjawab kertas soalan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan ini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata malah ramai calon SPM yang menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi soalan-soalan subjektif dalam kedua-dua mata pelajaran itu.

“Misalnya mata pelajaran Matematik Tambahan kertas satu daripada 178,751 pelajar yang mengambil kertas itu seramai 89.1 peratus daripadanya menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 4.7 peratus dalam Bahasa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 di sini hari ini.

Selain itu daripada 183,723 pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan kertas 2, 86.2 peratus menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 6.9 peratus dalam Bahasa Malaysia.

Alimuddin berkata peratus yang tinggi juga dicatatkan bagi mata pelajaran Biologi kertas dua dan tiga; Kimia kertas dua dan tiga serta Matematik kertas dua. - Bernama

Keputusan SPM

10,080 calon SPM dapat 10A

12/03/2009 11:24am

PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada keseluruhan 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berjaya memperoleh 10A dengan seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM berbanding 91.1 peratus pada tahun 2007.

Seramai 5,863 calon pula berjaya memperoleh 9A manakala 5,909 calon memperoleh 8A.
Selain itu, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada tahun 2007. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon SPM adalah membanggakan dan melebihi daripada pencapaian tahun sebelumnya.

“Pencapaian mereka meningkat daripada segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki,'' katanya di sini hari ini. - Utusan

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...