23 Februari 2021

CONTOH FOLIO DALAM TALIAN BAGI PBL BAHASA MELAYU TING. 4 2021

  TAHUKAN ANDA?

Kajian menunjukkan bahawa 16.8 juta orang penduduk Malaysia mengalami masalah obesiti. Hal ini menyebabkan Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang paling tinggi mempunyai penduduk yang obes dalam kalangan 11 buah negara Asia Tenggara! Tak percaya? Lihat grafik-grafik fakta di bawah:


Errr... agak-agaknya golongan dewasa dan orang tua sahaja yang ada maslah ini! Kami muda lagi, apa nak takut.... Secara umumnya, mungkin pernyataan tersebut benar. Cuba lihat data di bawah:




Tapi, benar-benar tepatkah anda andaian kita? Anda yakin, anda selamat???



Menurut Pegawai Perubatan, Jabatan Pediatrik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siti Fatimah Abu Hussain, kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini dan seseorang kanak-kanak itu dianggap obes apabila Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) adalah tinggi bagi umur dan jantinanya.

“Jika ibu bapa perasan setiap kanak-kanak mempunyai buku rekod kesihatan ‘baby book pink or blue’, graf berat serta tinggi boleh dilihat di ruangan belakang buku tersebut. Sekiranya berat sentiasa di bahagian atas sehingga melepasi graf teratas, bermakna anak itu mempunyai berat yang berlebihan.

“Kanak-kanak berlebihan berat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan antaranya Diabetes Mellitus jenis dua (2), tekanan darah tinggi, masalah hati, kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat ‘Obstructive sleep apnea‘ (OSA), batu karang pada pundi hempedu, kerosakan sendi, sindrom metabolik, risiko penyakit jantung, masalah haid, membesar menjadi orang dewasa yang gemuk dan kemurungan,” ujarnya semasa ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat di Kelantan FM.



Siti Fatimah berkata, masalah kesihatan berkaitan obes boleh dikurangkan dengan mengamalkan tabiat makan yang baik dan senaman yang kerap seperti melakukan kegiatan fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan memberi sokongan dan menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak mereka selain turut menghadkan penggunaan alatan gajet iaitu tidak boleh melebihi dua jam sehari.

“Galakkan kanak-kanak makan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari serta makan mengikut masa yang betul iaitu sarapan pagi, tengah hari dan malam di samping terapkan amalan makan bersama ahli keluarga serta elakkan makan sambil menonton televisyen,” ujarnya lagi.

Menurut Siti Fatimah, kanak-kanak memerlukan zat yang cukup untuk tumbesaran yang sempurna sementara kanak-kanak obes pula perlu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 0.5 – 1 kilogram sahaja dalam tempoh sebulan.

Berat badan kanak-kanak tidak perlu turun dengan banyak secara mendadak, seeloknya biar ia turun secara perlahan-lahan tetapi konsisten melainkan segelintir kanak-kanak yang obes dan ada tanda-tanda komplikasi, mereka memerlukan bantuan ubat untuk menurunkan berat badan tersebut.


OBESITI? APA TU????


EH, SAYA ANGGUN!
anda mungkin perasan (kerana perasaan!) bahawa anda masih anggun. namun cuba ukur BMI anda mengikut formula kiraan berikut!

Anda masih anggun dan kacak? Alhamdulillah... Namun, jika anda sudah obes, cari punca-puncanya dan amalkan kaedah-kaedah menjadikan anda tampil kacak bergaya!

PUNCA - PUNCA OBESITI RAKYAT MALAYSIA











Ingatlah bahawa maslah obesiti tidak terhenti di situ sahaja. Bahkan obesiti merupakan punca masalah-masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung, strok, arthritis; malah penyebab kepada penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, maslah jantung dan diabetes!


Orang tua-tua pernah berpesan : Sediakan payung sebelum hujan; mencegah lebih baik daripada mengubat!

maka, cegahlah obesiti dengan tepat!

Apa cara-caranya?
(1) Amalkan pemakanan yang seimbang!


(2) Lakukan aktiviti fizikal secara konsisten




(3) Kekalkan perancangan diet yang sihat




KESIMPULANNYA, ayuhlah kita amalkan gaya hidup sihat. Elakkan obesiti, jaga personaliti!

21 Februari 2021

Salam Perjuangan dari Perbukitan

 SPM sudahpun tiba. Yang dinanti sudahpun datang. Yang dicita-citakan sudah menjelma. Demikianlah ungkapan yang bisa diucap untuk menyambut ketibaan SPM yang tertangguh. Memang pedih rupanya menanggung rindu. Benarlah kata orang, penantian satu penyiksaan. Namun, alhamdulillah, berkat kesabaran para pelajar berjaya juga bertemu dengan peperiksaan yang dinanti-nantikan.

Kata orang: Pintu IPT sudah terbentang, SPMlah kuncinya! Oleh itu, pastikan anda memilih anak kunci yang paling tahan dan paling sesuai untuk memilih pintu-pintu yang selayaknya untuk kalian. Semoga berjaya dengan cemerlang, putera-puteri harapan bangsa; selamat berjuang dengan penuh keberanian permata hati harapan ayah bonda!

Cikgu mengucapkan selamat menempuh perjuangan dengan sebaris kata: Perjuangan tidak pernah mudah!




Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...