27 Julai 2023

Kembara Gajah Putih 1

 Bersama-sama Majlis Guru Cemerlang Daerah Kubang Pasu, kami telah melangkah sempadan utara Malaysia menuju Hatyai pada 19 Julai 2023. Kami bertamu di Hatyai Witayakarn School (dulu: Hatyai Wittayakarn Islamic Integrated School), sebuah sekolah swasta Islam di bandar Hatyai. Perkongsian menarik aspek kurikulum dan pembinaan watak murid melalui kecemerlangan akademik dan kokurikulum sekolah tersebut dipaparkan sepanjang lebih 3 jam bersama mereka. Perkongsian ini memberi banyak kesan dan kesedaran kepada kami untuk berusaha lebih gigih untuk kejayaan murid-murid, khususnya di daerah Kubang Pasu. Sebagai sebuah pemikir kecemerlangan akademik,  MGC Kubang Pasu teruja untuk berkongsi kepayahan mereka sebagai sekolah swasta Islam di negara majoriti Buddha untuk bersainf=g dengan sekolah-sekolah aliran perdana Thailand. Terima kasih kepada pengerusi koperasi Islam Hatyai yang merupakan pengasas HWS yang telah berkongsi pengalaman mereka membangunkan sekolah tersebut. Begitu juga, terima kasih kepada Pengarah HWS serta barisan pentadbir yang telah menerima kunjungan kami dengan tangan terbuka. Insya-Allah jika ada kesempatan, kami akan berkunjung lagi ke sana dengan atur cara yang lebih baik.

Kami meneriskan pengembaraan ke utara, iaitu Krabi. Program team building MGC Kubang Pasu memberi kami peluang beramah mesra dan mengeratkan silaturahim antara ahli MGCKP melalaui eksplorasi alam dan lautan di Krabi. Selain itu, aktiviti gastronomi tidak dapat tidak menjadi salah satu agenda pengembaraan ini.

Sepanjang 4 hari 3 malam di Thailand, ikatan ukhuwah antara ahli MGCKP semakin terserlah. Semoga kekuatan ini akan diteruskan dengan pelaksanaan program-program yang membawa kecemerlangan kepada ,murid-murid di daerah Kubang Pasu, khususnya melalui kerjasama yang erat dengan PPD Kubang Pasu sendiri.










Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...