31 Ogos 2009

Kaum & Identiti Nasional


Dilaporkan GAPENA menuntut cadangan menghapuskan ruangan "Kaum / Bangsa / Keturunan dan Agama" dalam borang-orang rasmi kerajaan ditolak. Menurut portal berita Malaysiakini yang memetik berita daripada BERNAMA, tuntutan itu terkandung dalam Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan hasil Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 pada 30 Ogos 2009. GAPENA turut akan menyembahkan deklarasi tersebut kepada DYMM Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat.
Dalam menyambut konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak, ramai yang mengambil kesempatan. Atas alasan sama rata mereka menuntut yang bukan-bukan, malah sesetengahnya tidak berperlembagaan. Sebagai contoh mereka menuntut penghapusan kuota dalam pemberian biasiswa pendidikan kerajaan. Malangnya tuntutan yang tidak berlandaskan prinsip Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini diterima oleh pihak kerajaan. Alasan 1 Malaysia digunakan. Jika 1 Malaysia bermaksud "menghapuskan hak-hak Melayu" seperti yang ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (BUKAN KONTRAK SOSIAL), maka saya fikir kita perlukan 3 Malaysia!
Dalam keghairahan memastikan konsep "sama rata" ini, masih banyak pihak peniaga dan "tauke" mensyaratkan pengambilan pekerja dalam pelbagai bidang industri, khususnya dalam perjawatan eksekutif hendaklah fasih berbahasa Mandarin! Memang boleh dipelajari, tetapi realitinya bagaimana?
Apa yang lebih menyedihkan kita ialah segelintir orang Melayu / Bumiputera bertindak seperti Pak Kaduk, ayam menang kampung tergadai demi menggembirakan "rakan-rakan" mereka. Bahkan sesetengahnya yang dahulu sanggup "bermandi darah" membela kelangsungan bangsa dan agama kini sanggup berputus arang berkerat rotan dengan orang sebangsa dan seagama mereka demi memeluk gunung dan puncak kuasa - walaupun sudah terang lagi bersuluh sekadar menjadi kuda tunggangan sahaja!
Sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke- 52 ini, sama-samalah kita fikirkan : TIDAK CUKUP LAGIKAH PENGORBANAN PEJUANG PEMBEBASAN KITA DAHULU? DARAH MAHARAJA LELA, HJ ABDUL RAHMAN LIMBONG, DOL SAID, RENTAP ITU TIDAK BERNILAIKAH?

Tiada ulasan:

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...