31 Disember 2010

... dan perjuanganpun diteruskan

Selepas tiga hari bermusyawarah di Bilik Mesyuarat al-Syura, sesi terakhir melabuhkan tirainya tengah hari tadi. Membentangkan aktiviti Program Kecemerlangan Akademik 2011 di bawah bayang-bayang suram PMR 2010 sedikit menggoyahkan hati. Bukan takut, tetapi tiba-tiba terfikir : sudah habiskah usaha dilakukan kepada semua anak didik ini? Ataukah mungkin masih ada sisa usaha yang  dipersia, yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Hakim pada hari perhitungan yang tiada sebarang kesilapan berlaku nanti?
“… usahlah Kaubebankan kami dengan bebanan yang tiada tertanggung pada diri kami, ya Illahi!”

Melorot kepada tugas-tugas 2011 terasa agak berat. Dalam azam meningkatkan P&P, mampukah menzahirkan natijah yang manis bagi tugas-tugas lain? Moga-moga diberi kekuatan oleh Rabbul Izzati dalam melungsuri perjalanan hidup ini; dengan penuh ikhlas, dengan penuh istiqamah!
Kepada anak-anak didik di Orators’ League : : maaf, selepas enam tahun bergelumang dengan keringat bersama kalian, saya tidak lagi menakhodai pelayaran kalian ketika cabaran membadai demi sebuah kejayaan yang semakin sukar. Bersama juragan baharu, mungkin bahtera lebih teguh dan kompas lebih benar tujunya, amin!
nostalgia IDC 2009
nostalgia IDC 2009

21 Disember 2010

Sajak untuk Kita

ADIEUS PEDRA BRANCA
(Belasungkawa 23 Mei 2008)

Pada mulanya Singapura
kemudian Pedra Branca
selamat pergi Singapura
selamat jalan Pedra Branca.

Apalah ertinya Pulau Batu Putih
nun jauh ke bawah
luas sekangkang kera
di sisi Singapura di depan mata
luas dan kaya raya.

Semuanya telah menjadi sejarah
seperti sejarah bangsa kita
sebuah pulau yang terra nullius
siapa saja bebas mengapa-apakannya
untuk diinjak atau dinista.

Adieus Singapura
adieus Pedra Branca
adieus Lingua Franca.

Semuanya sejarah berputih mata
pulau, tanah air dan bahasa dijual beli,
dicagar dan tergadai
seperti kita mempercaturkan lidah dan hati nurani
seperti kita melacurkan roh dan harga diri.

Adieus bangsaku
apa lagi yang ada padamu?
Melayu?


Baha Zain
Dewan Siswa, Januari 2010.

19 Disember 2010

"Su" yang terlupakan...

Tiba-tiba teringat akan kesusasteraan yang terbiar sekian lama. Meladeni bahasa sedikit mengikis keindahan "su" pada syair-syair budiman Hamzah Fansuri. Mungkin tragedi 'kan berulang kiranya beliau masih bernafas, seperti golongan Syiah di Selangor. Hamzah diperangi kerana wahdatu 'l-wujudnya, seolah tiada ilmuwan yang bisa mengakalinya, lantas pedang diguna bagi membekukan minda. Di mana lidah penghunus ilmuwan dan agamawan?

Sedikit cuplikan daripada Syair Ma'rifat karya penulis tak bernama dari wilayah Patani abad ke-19 (untuk jiwa yang masih bernayawa):

Tuhan kita itu terlalu nyata
Pada segala ‘arif yang ada bermata
Sungguhpun tas[y]bih padanya serta
Tuhanku tanzih semata-mata

Firman di dalam Qur’an yang ‘ali
Allahu nurul-samawati wa l-ardi
Hapuslah cahaya bulan dan matahari
Ialah cahaya tuhanku rabbi

Allahu akbar yang terlalu ‘iyan
Ialah muhit yang tiada bermakan
Memerintahkan alam pada sekelian zaman
la abadi ‘l-abadi yang tiada berkesudahan

Hei segala kamu talibi ‘l-haq
Yogya kau tuntut wujud mutlak
Jangan kau jauh caharimu anak
Kepada dirimu jua yogya kau selak

Tuhan kita itu amat cemerlang
Pada segala arif billah terus memandang
Cahayanya limpah gilang gemilang
Persihnya sangat terlalu nyarlang

Haq dan makhluk terlalu beda
Makhluk nin hina adanya banyak cela
Dirimu najis laginya fana’
Manakan dapat menjadi baqa’

23 November 2010

Hakikat Kebebasan Minda

*(Makalah ini ditulis oleh Abd Razak Abu Bakar, dalam Dewan Budaya Ogos 2009)
 
Sehari selepas kerajaan mengumumkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2012, akhbar New York Times edisi internet melaporkan kebimbangan mengenainya. Menurut New York Times (9 Julai 2009), yang memetik pandangan seorang guru di St. John Institution, Kuala Lumpur : you cannot really convey the scientific concepts to the students in Bahasa Malaysia at very high level.

Pandangan guru ini belum tentu benar kerana konsep sains mengenai botani pernah diungkapkan dalam bahasa Melayu sebelum Charles Darwin menulis The Origin of Species. Yang mengungkapkannya ialah seorang ahli botani dari Eropah.Seandainya pusat kecemerlangan saintifik berpusat di Alam Melayu, pastilah ilmu saintifik peringkat lebih tinggi pada hari ini diungkapkan dalam bahasa Melayu, dan tentulah mudah difahami oleh pelajar, sekali gus menyangkal dakwaan guru dari St. John Institution itu.
 
 Meskipun pusat kecemerlangan saintifik tidak berpusat di Alam Melayu, sainstis yang berbahasa Melayu yang terdiri daripada orang Melayu dan bukan Melayu telah berjaya menyampaikan ilmu sains peringkat tinggi dalam bahasa Melayu, sehingga melahirkan sekian banyak graduan sains yang akhirnya menjadi saintis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Dalam sejarah tamadun manusia, bahasa kebangsaan sesuatu tamadun itulah yang terbukti sebagai alat untuk menzahirkan ciptaan sains dan sekali gus memajukan bangsa tersebut. Rusia, Jerman,, Jepun, Korea dan segelintir negara Scandavinia berjaya membuktikannya. Apabila Korea Utara berjaya menjalankan ujian peluru berpandu, dunia harus menerima hakikat bahawa faktor bahasa Inggeris bukanlah penentu kejayaan. Rakyat Korea Utara tidak pernahpun dketahui menguasai bahasa Inggeris atau menimba ilmu sains daripada Barat dalam bahasa Inggeris, tetapi negara komunis itu berjaya mencipta dan mengjomersialkan senjata pemusnah yang menggerunkan Barat, yang lingua francanya bahasa Inggeris. Inilah hakikat kebebasan minda!

08 November 2010

RESPONS BERITA : ADUN DAP Cadang Jadikan Bahasa Inggeris Bahasa Rasmi Kedua Pulau Pinang

Orang tua-tua pernah berkata : lulus jarum luluslah kelindan. Maksudnya : apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga.

Demikianlah saya katakan kepada segelintir "pejuang tegar" bagi "pengganggu kestabilan dan kedaulatan negara" yang dipelopori oleh politikawan-politikawan yang tidak beretika. Menjadi sesuatu yang sungguh mengerikan apabila pemimpin parti-parti politik kini menyatakan hajat dan hasrat mereka - sama ada secara terang-terangan mahupun tersirat - untuk mencabar asas-asas pembinaan negara Malaysia. Bermula dengan tulisan dan bahasa pada papan tanda di seluruh Pulau Pinang, terbukti benar sudah kata orang tua-tua itu! Terbaharu, seperti yang telah saya petik dalam posting sebelum ini, Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) mencadangkan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua bagi negeri Pulau Pinang. Tanpa perlu kita melihat alasan serapuh muruku yang dihamburkannya, kita sudah pasti dapat menelah maksud tersirat daripada kenyataan tersebut. Memandangkan DAP ialah parti yang lahir daripada PAP Singapura, selain dasar mereka yang jelas tentang Malaysian - Malaysia-nya, maka kenyataan daripada salah seorang ADUN mereka sudah pasti terselirat dengan maksud dan tujuan yang nyata.

Saya tidak bersembunyi : saya menuduh (dengan alasan yang munasabah) bahawa tujuan akhir kenyataan ini adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa lain. Jika sudah bahasa Inggeris dinobatkan sebagai bahasa rasmi (walaupun kedua), tidak mustahillah nanti ada tuntutan menjadikan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa kebangsaan. Mungkin alasannya akan dicedok daripada wajaran yang dibuat oleh Republik Singapura!

Pada perkiraan akal yang waras, kenyataan Yang Berhormat(?) Jagdeep Singh Deo ini jelas tidak menghormati Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (perlu diingat bahawa Pulau Pinang ialah sebuah negeri di bawah Persekutuan Malaysia), khususnya Para 2 Akta Bahasa Kebangsaan (Akta 32) yang berbunyi:


Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.
Selepas menyentuh, menyinggung dan mempersendakan Perkara 153 berkenaan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta Perkara 2 berkenaan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, DAP sekali lagi bermain dengan api.

Persoalannya : sehingga bilakah permainan politik tidak bermaruah ini (secara implisitnya politik perkauman - yang selalu ditudingkan kepada parti-parti lain oleh 'mereka') ingin dimainkan oleh DAP dan sekutu-sekutunya? Sungguh malang, selepas mengutuk dan mengata pimpinan Barisan Nasional, khususnya UMNO dalam isu PPSMI, mereka mencadanglan sesuatu yang lebih pelik. Sungguh memualkan apabila ada rakyat Malaysia yang terfikir untuk mencadangkan perkara sebegini!

Akhirulkalam : sudah tenat sangatkah negara kita? Gersang idea sangatkah politikawan kita? Jangan dikata : " itu cadangan peribadi dia..." sebab, daripada idea seoranglah maka hancur seluruh negara. Sebab Sang Rajuna Tapa seorang, Singapura habis alah dek Jawa! Sebab Si Kitul seoranglah, hancur lebur terjajah negara kita lebih 440 tahun lamanya! Nak tunggu Si Kitul seorang lagikah, Datuk Seri Ketua Umum???

Adun DAP Cadang Jadikan Bahasa Inggeris Bahasa Rasmi Kedua Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 8 Nov (Bernama) -- Kerajaan DAP Pulau Pinang Isnin diminta mempertimbangkan cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua Pulau Pinang selaras dengan hasrat menjadikan negeri ini sebagai bandar antarabangsa pada masa hadapan.

Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) berkata Bahasa Inggeris penting memandangkan ia merupakan lingua franca (bahasa antarabangsa) yang digunakan oleh kebanyakan negara di dunia.

"Saya tidak menolak Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, tetapi Bahasa Inggeris juga penting dan mohon kerajaan negeri pertimbangkan cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Pulau Pinang," katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.

17 Oktober 2010

Khidmat Komuniti Pendidikan Kali Kedua (ARKIB)

Khidmat Komuniti Pendidikan Kali Kedua

Ke Sekolah Menengah al-Islah, Sg. Petani, pasukan pendidik bagi Program Khidmat Komuniti SBPIKP telah bertandang. Kunjungan seramai enam orang guru - termasuk seorang guru dari Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jitra pada 15 Oktober 2010 itu bermaksud memberikan khidmat bakti kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut yang bakal mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. Bengel Teknik Penjawaban Soalan bagi mata pelajaran Kimia, Biologi, Sejarah dan Bahasa Melayu telah diadakan di Bilik Seminar sekolah tersebut mulai jam 8.45 pagi hingga 5.30 petang.
Bengkel telah diadakan sebanyak dua sesi, iaitu mata pelajaran Kimia dan Biologi pada sebelah pagi, diikuti oleh Bahasa Melayu dan Sejarah pada sebelah petang. Bengkel Kimia dikendalikan oleh En. Mohd Anuar Nasri bin Nasir dari SM Sultan Abdul Halim, Jitra sementara Biologi oleh En. Zahrul Fuad bin Yang Razali. Pada sebelah petang, Pn. Saidah bt Abdullah dan Pn. Rosmini bt Abdullah telah meneruskan bengkel bagi teknik menjawab soalan Sejarah, diikuti oleh Cg. Ariffin bagi subjek Bahasa Melayu. Seramai 25 orang pelajar dari Sek. Men. Al-Islah terlibat dalam bengkel ini. Sepanjang bengkel berlangsung, kami ditemani oleh guru-guru subjek berkenaan yang turut bertanyakan aspek-aspek yang lazim dilakukan kesilapan oleh pelajar.
Keseluruhannya, program ini telah berjalan lancar. Namun kekangan masa menjadikan kebanyakan penceramah terpaksa memendekkan penerangan. Daripada soal selidik yang dijalankan, majoriti pelajar berpuas hati dengan bengkel pada hari tersebut. Namun masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaik bagi menambahbaikkan program ini pada masa akan datang.
Apa-apapun, selaku Setiausaha Program Khidmat Komuniti Pendidikan SBPIKP Kali Kedua, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam program ini : Pn. Faridah, Pn. Rosmini, Pn. SAidah, En. Anuar dan En. Zahrul atas komitmen mereka. Kepada pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar Sek. Men. Al-Islah pula, terima kasih daun keladi atas kesudian menerima rombongan kami ke sana. Apa-apa yang kurang mohon dimaafkan, namun jika sudi, jemputlah lagi. :-D
Sebahagian Pelajar SM Al-Islah
Sebahagian Pelajar SM Al-Islah
Pelajar Lelaki al-Islah
Pelajar Lelaki al-Islah
En. Anuar sedang ,menyampaikan ceramah Kimia
En. Anuar sedang ,menyampaikan ceramah Kimia

06 September 2010

Perihal Hak - Hak Khusus Melayu - Bumiputera


Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea 'hak orang Melayu' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling Imbang Penuhberkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

"Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu," katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa," katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

"Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat," katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

"Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka," katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

"Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

"Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak," katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

"Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire," katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara," katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah "terlajak sejarah" iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

"Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan)," katanya.

Beliau berkata fenomena "terlajak sejarah" itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

--Bernama

04 September 2010

Memahami Hakikat

Dalam masa menyambut perayaan hari kebangsaan yang ke-53, kita dikejutkan dengan insiden 'amukan' rakyat Indonesia terhadap negara ini. Sama seperti tahun lepas, kumpulan-kumpulan ultra-nasionalis (atau itu memang nasionalis mereka) menghina tanah air kita yang tercinta. Syabas kepada rakyat Malaysia yang memberi respons 'tidak berkenan' kepada tindakan mereka. Namun hakikatnya, kita boleh katakan - biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya! Hakikatnya kita memberi makan kepada lebih 2 juta rakyatnya di sini - sah atau haram!

Walau bagaimanapun, di tengah keributan itu, di negara kita, persoalan 'siapa anda' masih belum selesai. Selepas 53 tahun merdeka, dalam masa kita menyanyikan lagu yang sama, rupa-rupanya masih ramai yang menggunakan lirik yang berbeza. Masih ramai yang belum menyedari hakikat bahawa negara ini dibentuk oleh persetujuan bersama yang telah dimaktubkan persetujuan itu dalam Perlembagaan Persekutuan. Pemberian kerakyatan secara 'jus soli' kepada seluruh rakyat bukan Melayu / Bumiputera bukanlah sesuatu yang mudah kepada Duli-duli Raja Melayu. Oleh sebab itulah, perkara khusus tentang agama, adat - istiadat dan kepentingan Melayu / Pribumi diwujudkan. Perkara tentang agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (dan bahasa rasmi), hak kedaulatan raja-raja Melayu, dan penjagaan khusus berkait dengan orang Melayu / peibumi (kuota, biasiswa, perkhidmatan awam dan lain-lain) telah disebut secara khusus dalam perlembagaan persekutuan. Oleh sebab itu, sebarang pembicaraan tentang dasar mahupun pelaksanaan perkara-perkara ini (yang boleh membawa maksud tidak senang atau cubaan menggugat kewujudannya) mungkin bermaksud juga untuk mempersoalkan pemberian hak kerakyatan secara jus soli tersebut, memandangkan kedua-dua perkara ini amat simbiosis sifatnya.

Sehubungan dengan itu, mengungkit pelbagai isu, misalnya bertanya : Siapa yang menjadikan Malaysia kaya (sudah pasti kita tahu siapa) hanya menimbulkan rasa tidak senang kepada golongan Melayu / Bumpitera. Samalah mempersoalkan kerakyatan golongan yang datuk - neneknya tidak lahir di bumi Tanah Melayu.

Maka saya menyeru pihak berwewenang agar mengambil tindakan tegas bukan sahaja kepada golongan majoriti yang mempersoalkan hak golongan minoriti, bahkan juga kepada golongan minoriti yang mempersoalkan hak golongan majoriti.

Negara ini berdiri dengan perlembagaan dan raja-rajanya. Titik!


31 Julai 2010

Apa pendapat anda?

Perlukah Sekolah Berasrama Penuh lagi?
oleh : Alias Mohd Yusof
(surat pembaca : harakahdaily.net)

Tujuan asal penubuhan Sekolah Asrama Penuh adalah untuk menempatkan murid-murid yang miskin tetapi cemerlang dalam pelajaran.

Jika murid-murid miskin ini tidak dibantu dan diletakkan di Sekolah Asrama Penuh, mereka mungkin akan tercicir dari sekolah kerana terpaksa bekerja untuk membantu keluarga mereka.

Di peringkat awalnya hanya ada beberapa buah Sekolah Asrama Penuh sahaja ketika itu, seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Kolam Ayer (Seri Puteri) di Kuala Lumpur.

Selain mereka tinggal di asrama, diberi buku dan makan percuma, mereka juga diberi wang saku oleh kerajaan.

Publisiti yang begitu meluas oleh media terhadap kejayaan akademik sekolah-sekolah asrama penuh ini bila setiap kali keputusan SPM keluar menjadi orang ramai teruja untuk memasuki sekolah ini.

Akhirnya sekolah ini telah bertukar menjadi sekolah elit bagi menempatkan murid-murid yang lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR tanpa mengira golongan miskin atau pun kaya.

Orang ramai berasa bangga kalau anak-anak mereka dapat masuk ke sekolah-sekolah asrama penuh ini. Walaupun di masa sekarang tidak semua diberikan percuma, tetapi ibubapa masih berlumba-lumba mahu menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh. Malah kos bersekolah di Sekolah Asrama Penuh jauh lebih tinggi berbanding jika bersekolah di sekolah biasa berhampiran rumah mereka, dan ini sedikit pun tidak menghalang ibubapa untuk terus menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh.

Keghairahan orang ramai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Asrama Penuh memberi kesan yang buruk kepada sistem pendidikan kita.

Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mendirikan asrama dan tempat tinggal, suatu perbelanjaan yang tidak perlu.

Dalam keghairahan mengejar gred A, pusat-pusat tuisyen tumbuh dengan banyaknya dan membuat keuntungan yang lumayan, hasilnya murid-murid kita hanya pandai menghafal langkah-langkah penyelesaian setiap soalan peperiksaan tetapi tidak menggunakan fikiran untuk menyelesaikannya.

Akhirnya murid-murid kita ramai jadi robot yang hanya mampu ikut arahan tetapi tidak boleh berfikir. Oleh itu peperiksaan UPSR tidak lagi dapat mengasingkan murid-murid yang benar-benar pintar, yang boleh berfikir dengan murid-murid yang hanya boleh menghafal.

Anak-anak yang baru berumur 13 tahun ini juga adalah terlalu awal dipisahkan hidup dari keluarga mereka, ini juga boleh memberi kesan psikologi dan tabiat kurang baik kepada sikap pergaulan mereka kepada kehidupan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Oleh itu perlukah Sekolah Asrama Penuh?

Oleh kerana persepsi masyarakat mengatakan Sekolah Asrama Penuh dapat menjamin anak-anak mereka boleh lulus cemerlang dalam SPM. Oleh itu ia boleh menjadi perangsang kepada anak-anak untuk memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR.

Mungkin ada yang berfikir, untuk apa dapat 5A dalam peperiksaan UPSR kalau tidak dapat apa-apa faedah. Dapat masuk Sekolah Asrama Penuh itu seperti dapat satu hadiah besar kepada mereka yang dapat 5A.

Tanpa adanya Sekolah Asrama Penuh akan melunturkan semangat ibubapa untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran.

Sekolah Asrama Penuh juga baik untuk disiplin anak-anak mereka. Kalau di sekolah biasa, anak-anak mudah terdedah dengan anasir-anasir samseng dan berkawan dengan murid-murid yang ada masalah disiplin.

Saya amat setuju jika UPSR digunakan untuk tujuan masuk ke Sekolah Asrama Penuh dihapuskan. Sekolah Asrama Penuh mesti dihapuskan.

Sebaliknya , adalah lebih baik Sekolah Asrama Penuh digunakan untuk mengumpulkan murid-murid yang ada masalah disiplin berat. Mereka perlu diasingkan supaya tidak mengganggu murid-murid lain yang mahu belajar di sekolah biasa.

Biarkanlah murid-murid yang dapat 5A dalam UPSR terus belajar disekolah biasa tanpa diganggu oleh murid-murid samseng yang telah diasingkan itu.

Adalah lebih baik murid-murid yang dapat 5A ini berada di sekolah biasa kerana ia akan dapat membantu sekolah untuk lebih berjaya dalam bidang akademik.


11 Julai 2010

Mansuhkan UPSR & PMR

  1. Pertama sekali, saya menyokong kenyataan bahawa sistem pendidikan kini 'terlalu ' berorientasikan peperiksaan. Walaupun Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan aspek keseimbangan pendidikan, namun melalui banyak penggubalan kurikulum, sistem pendidikan masih berorientasikan peperiksaan (bukan kurikulum). Lantaran itu, sebarang usaha mengurangkan, malah menghapuskan fenomena ini amat saya sokong.

  2. Walau bagaimanapun, sebarang penggubalan dasar dan agenda baharu pendidikan, saya kira tidak wajar diputuskan dalam sekelip mata. Kita tidak mahu episod PPSMI kembali berulang akibat pemaksaan yang 'tidak berakal' lantaran tidak menurut ilmu pendidikan sendiri, khususnya melalui kajian yang mendalam dan rinci. Malah, tiada 'pilot project' dijalankan menyebabkan pelaksanaannya dilihat hanya sekadar memenuhi hasrat dan 'mimpi' seseorang. Lantaran itu, cadangan pemansuhan UPSR dan PMR perlu dihalusi dan dibuat kajian yang mendalam. Tidak cukup dengan hanya mendengar pandangan awam tanpa kajian lapangan oleh pakar-pakar pendidikan, sama ada di peringkat universiti mahupun oleh guru-guru, khususnya oleh Bahagian Kajian Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran.

  3. Pada hemat saya, UPSR dan PMR tidak wajar dimansuhkan -setidak-tidaknya dalam waktu terdekat- kerana ia boleh menimbulkan pelbagai implikasi. Paling mudah, ia menimbulkan kesangsian setakat mana ketekalan penilaian berasaskan sekolah yang dicadangkan oleh banyak pihak. Sehingga isu tersebut dapat ditangani, khususnya oleh para guru dan pentadbir sekolah, UPSR dan PMR perlu dikekalkan.


  4. Walau bagaimanapun, saya amat berharap sistem penilaian itu diubah secara beransur-ansur. Cadangan memasukkan aspek kokurikulum dalam penilaian pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 mungkin relevan, tetapi perlu diteliti dengan sehalus mungkin. Oleh sebab sudah terlalu ramai pakar pendidikan kita mendapat pendidikan di Barat, mereka seharusnya dapat membuat perbandingan bagaimana sistem pendidikan Barat berjaya menjadikan murid-murid amat berminat untuk ke sekolah. Pada masa yang sama, masalah keciciran murid perlu juga diambil perhatian kerana kita tidak mahu disebabkan ketiadaan peperiksaan awam, konsep asas 3M tidak diambil berat oleh guru-guru. Selain itu, diharapkan kurikulum pendidikan kebangsaan, khususnya di peringkat prasekolah dinilai semula agar murid-murid tidak dibebankan dengan penilaian berasaskan peperiksaan tanpa mengira perkembangan psikomotor dan emosi mereka.

  5. Pendidikan bukanlah alat politik untuk menaikkan nama dan karier politik individu atau kelompok tertentu. Pendidikan perlu dilaksanakan secara berhemah dan berhikmah. Tentu tiada siapa yang tidak mahu melihat satu generasi kita rosak akibat keseronokan kita bermain permainan 'acu cuba' dalam pendidikan demi muslihat diri!

15 Mei 2010

GURUKU

[KHAS UNTUK GURU-GURUKU... 1981 - 2004]

GURUKU

Buku-buku yang tak habis dibaca
di almari yang senget berhabuk
nama-nama pengarang dari dunia aneh
tertampal pada kulit dan tulang,
tebal nipis kertas pemikirannya
semuanya adalah guru setiaku.

guruku ialah
peminta sedekah yang sabar
atau licik
yang menyeret aku ke dunianya
dengan air muka atau anaknya
dan menggugat kesedaranku.

guruku ialah
anak kecil yang terus menanya
walaupun jawapannya
tak pernah memuaskan.
bayi yang sesak dengan kehidupan
di otot dan paru-paru baru.

guruku ialah
musuh yang menunggu kesempatan
yang mengaturkan supaya aku kalah.
kata keras dari pemidato
yang menyusun nada
seperti tangga naik.

guruku ialah
pelajar yang ponteng kelas
dan mahasiswa yang kejam.
sebab-sebab yang dicipta oleh mereka
dengan imaginasi dan harapan.

guruku ialah pemikir sepi
yang meniadakan masa remajanya
dengan kerja,
kawan-kawan yang dikejar jawatankuasa,
penyair yang mematangkan bangsanya,
kekasih yang sedia memahami keanehan.


karya : Muhammad Hj Salleh
1996

12 April 2010

Teks Syarahan Agama MTQ


SEDEKAH MENINGKATKAN KUALITI UMMAH
PEMIDATO : AMIRAH BT KAMAL AZIZI
SEKOLAH : SBP INTEGRASI KUBANG PASU
GURU PEMBIMBING : EN. ARIFFIN BIN SALLEH
KEPUTUSAN : NAIB JOHAN

Bismillahi 'l-Rahmani 'l-Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatu 'l-Llahi wa barakatuh.
Alhamdulillahi rabba 'l-'alamin, wassolatu wassalamu 'ala asyrafi 'l-anbiya'i wa 'l-mursalin, wa a'ala ali baytihi wa ashabihi ajma'in.

Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga masa yang setia,

seterusnya hadirin umat Muhammad semua.

Maksudnya : “dan infakkanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepadamu sebelum saat kematianmu...”.

Ayat di atas memberikan peringatan kepada umat Islam bahawa rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita wajar diinfakkan sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan. Persoalannya, mengapa Allah SWT memerintahkan umat Islam memberikan sedekah? Apa kepentingan sedekah kepada umat? Bagi merungkai persoalan tersebut, maka saya berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan pada pagi yang berbahagia ini untuk menyampaikan sebuah syarahan bermauduk : Sedekah Meningkatkan Kualiti Umat”.

Muslimin warga budiman;

Secara konsepnya sedekah boleh ditakrifkan sebagai pendermaan atau perbelanjaan sesuatu, sama ada dalam bentuk material ataupun bukan material dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sementara meningkatkan kualiti bermaksud menambahkan atau memperkasakan darjah kecemerlangan dan mutu, sementara ummah yang dimaksudkan di sini ialah masyarakat atau komuniti Muslim di mana-mana sahaja tempat dilaksanakan sedekah itu. Lantas secara tuntasnya “Sedekah Meningkatkan Kualiti Umat” boleh saya konsepkan sebagai pemberian sesuatu, sama ada material mahupun bukan material yang dilakukan secara ikhlas oleh umat Islam dalam sesebuah komuniti akan menambahkan darjah kecemerlangan dan mutu masyarakat Muslim di sesebuah tempat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t :

Maksudnya : dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) pada jalan Allah.

Hadirin yang dirahmati Allah;

Minda bicara saya yang pertama : sedekah meningkatkan keimanan. Sedekah adalah antara wadah meningkatkan keimanan dalam jiwa raga umat Islam. Pastinya dengan menghulurkan sedekah, pahala akan bertambah, amalan pula akan dipandang oleh Allah, dan akhirnya, iman meningkat sebagai natijah. Orang yang sentiasa bersedekah secara tulus dan ikhlas sentiasa ingin melaksanakannya tanpa mengharapkan balasan dan imbalan, apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk sesama insan. Firman Allah swt :

(al-Baqarah : 264)

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu rosakkan (pahala) sedekah kamu dengan mengungkit-ngungkitnya serta menyakitkan hati (penerimanya) seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riya’.

Dengan imanlah, sahabat Rasulullah, Abul Rahman bin Auf telah menyumbangkan banyak harta, waima 700 ekor unta yang penuh dengan barang keperluan diatasnya untuk keperluan penduduk Madinah semata-mata kerana Allah. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa sedekah akan dapat meningkatlkan iman dan seterusnya melahirkan ummah yang berkualiti.

Muslimin yang dimuliakan, muslimat yang diraikan;

Kualiti akhlak ummah juga dapat dilahirkan melalui sedekah, selari dengan buah bicara saya yang kedua, sedekah memupuk akhlak mahmudah. Melalui sedekah, jiwa dan harta dapat disucikan. Jiwa yang suci akan mendapat keberkatan, lantas memangkin nilai-nilai murni seperti penyayang, bertanggungjwab, dan prihatin dalam jiwa setiap individu. Allah berfirman dalam surah al-Taubah, ayat 3:

Maksudnya : Ambillah sebahagian daripada harta mereka (sebagai) sedekah, (supaya) dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk).

Jika kita telusuri sirah sahabat, pasti kita akan saksikan betapa sahabat seperti Abu Bakar al-Siddiq, meng-infak-kan seluruh harta bendanya demi mengharap kasih sayang dan maghfirah Allah! Lihatlah akhlak para sahabat, Allah menyucikan jiwa mereka kerana amal sedekah yang tidak pernah pudar kerana-Nya. Bukankah ini bukti bahawa dengan bersedekah, sikap dan peribadi unggul dapat dibentuk, insan syumul jelas dipupuk.

Warga dewan penerus wawasan,

Beralih pula kepada rentas bicara saya yang ketiga : sedekah memberkatkan rezeki. Hadirin yang dihormati, pernahkah terdetik di dalam hati : kalau asyik bersedekah, duit setinggi bukitpun pasti habis ditarah! Jika demikian yang terfikir dalam jiwa, insaflah kita bahawa Allah ialah al-Razzaq, Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki! Mahukah kita ditimbuni harta tetapi hidup seperti di dalam neraka? Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 245 :

Maksudnya : Sesiapa yang meminjamkan (yakni membelanjakannya pada jalan) Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya.

Sesungguhnya, rezeki yang berkat akan membawa manfaat. Syed Mukhtar al-Bukhari sebagai contoh, banyak bersedekah kepada umat: menjaga anak yatim dan golongan fuqara’. Melalui Yayasan al-Bukhari yang didirikannya, masyarakat dibantu, umat dibangunkan. Hasilnya? Syed Muhammad al-Bukhari dikurniakan rezeki melimpah ruah sehingga menjadi salah seorang 10 orang terkaya di Malaysia. Jelas membuktikan bahawa rezeki yang disedekahkan akan mendapat keberkatan Allah, lantas menyuburkan hati, membuka pintu rahmat, rezeki pula bertamah-tambah.

Umat Muhammad pewaris dunia,

Rezeki yang kita sedekahkan sesungguhnya satu wadah membangunkan umat. Dengan bersedekah, masyarakat semakin gagah. Maka, buah fikir saya yang keempat: Sedekah membangunkan masyarakat. Bersedekah boleh meringankan beban orang lain. Bersedekah juga boleh mengukuhkan hubungan sesama hamba, serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Allah berfirman :

Maksudnya : Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu, maka yang demikian adalah baik (al-Baqarah : ayat 271).

Bersedekah sama ada dengan harta mahupun tenaga meningkatkan ukhwah sesama kita. Mangsa gempa bumi di Padang dan Haiti tidak kebulur atas semangat sedekah daripada sukarelawan seluruh dunia. Pakaian, makanan, rumah dibina semula. Yang sakit, cedera dan menderita jiwa dibantu oleh pakar-pakar dari seluruh dunia. Terbuktilah bahawa bersedekah mampu mewujudkan masyarakat yang bersatu padu bagi membangunkan masyarakat yang sejahtera.

Hadirin warga dewan yang budiman;

Mandala fikir saya yang kelima : Sedekah memantapkan ekonomi. Firman Allah :

(al-Baqarah, ayat 261).

Maksudnya : Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.

Melalui sedekah yang berterusan, wang tidak hanya disimpan. Aliran tunai dalam negara akan bergerak aktif, peniaga dan pelanggan akan mendapat impak positif. Lantas, golongan peniaga mendapat laba, sedekah dan zakat mengalir kepada asnaf-asnafnya. Pembiayaan atau pinjaman tanpa faedah juga adalah salah satu bentuk pertolongan atau sedekah kepada golongan yang memerlukan. Melalui aktiviti ini, ekonomi negara dapat ditingkatkan, sama ada dalam bidang perniagaan mahupun pendidikan. Kesimpulannya, bersedekah menjana ekonomi umat yang kukuh, sekali gus menjadikan negara kekal teguh.

Sidang saksi bervisi;

Sedekah juga dapat menolak bala, memanjangkan umur serta memurahkan rezeki. Hal ini selari dengan hujah saya yang keenam, sedekah bertambah, sejahteralah ummah. Apabila ummah sejahtera, maka kehidupan yang berkualiti akan dapat dizahirkan. Penyakit terhindar, sosial segar, pemikiran bugar. Sabda Nabi s.a.w mafhumnya :

“Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” (Hadis riwayat Baihaqi).

Jika kita renung sejarah silam, hal ini terbukti pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz. Sedekah dan zakat melimpah ruah, menyebabkan masyarakat sejahtera : tiada penyakit berjangkit, tiada peminta sedekah. Bukanklah ini membuktikan hasil daripada sedekah yang dihulur, negara dan masayarakat sejahtera, makmur.

Muslimin muslimat, ummah pilihan;

Saya ingin membawa hadirin sekalian berfikir sejenak : apa yang akan terjadi sekiranya umat kita ini mengamalkan sikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing? Sudah pasti yang kaya menghina yang miskin, yang miskin membenci yang kaya. Namun, alhamdulillah... dengan keindahan dan keadilan Islam, syariat tentang sedekah diturunkan. Maka ayuhlah kita memahami falsafah di sebalik tuntutan sedekah ini. Bukanlah sedekah itu hanya menghulurkan seringgit kepada tabung masjid pada setiap hari Jumaat, tetapi kita sedekahkan tenaga, pemikiran, dan kewangan demi membangunkan kesihatan, pendidikan, sosial, dan kerohanian umat. Sekurang-kurangnya, senyumlah, kerana senyum itu pun sedekah!

Sekian,

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركته

21 Mac 2010

March 11, 2010 13:25 PM

7,987 SPM Candidates Excel

PUTRAJAYA, March 11 (Bernama) -- 7,987 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 candidates registered excellent results (A+, A, and/or A-) for all subjects sat for compared to 6,277 in 2008.

Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said of the total 214 candidates had excellent grades (A+) in accordance with the new grading implemented last year.

He said the new top grade was introduced as a higher grade than 1A to further detail a candidate's excellence.

"I am glad to announce that on the whole the achievements of the candidates this time is something to be proud of, exceeding the achievements of last year.

"The achievements of the candidates increased from the aspect of numbers obtaining excellent certificates (A+, A and/or A-) and passing all subjects sat for," he said when announcing the analyses for the SPM and Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 examinations at the Education Ministry here Thursday.

He said 465,853 candidates registered for exams last year.

Alimuddin said of the 59,433 private candidates and candidates of private schoolS and agency-sponsored schools besides the Education Ministry, 41 candidates had excellent grades (A+).

He also announced that Gladys Tan Yee Kim from Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak was the best student for SPM 2009 and Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan as the best school.

He said of the 10 best students the other nine were Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor); and Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

He said the other nine best schools were Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor and Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

Alimuddin said of the 406,420 Education Ministry candidates who sat for the exam, 364,046 (90.8 per cent) obtained the SPM certificate compared to 347,443 (90.8 per cent) in 2008.

"Eventhough the percentage is the same there has been an increase in the number of candidates of 16,603. The achievement is stable as the previous year.

He said 199,155 (49.6 per cent) candidates passed all subjects taken compared to 181,419 (47.4 per cent) last year.

He said of that total 68,131 (17 per cent) had at least grade C for all subjects compared to 60,902 (15.9 per cent) in 2008.

"This achievement shows a good increase. However, the number of candidates who failed or obtained G grade increased, that is 4,626 (1.15 per cent) in 2009 compared to 2,589 (0.67 per cent) in 2008," he said.

Alimuddin said 538 candidates who had special needs for various disabilities sat for the 2009 SPM exam compared to 481 candidates in 2008 and of that number 251 (51.9 per cebt) obtained the SPM certificate compared to 208 (47.8 per cent) in 2008.

He said two candidates with impaired eyesight got four A+, three As and four A- for 11 subjects sat for and one had four A+, three As and three A- for 10 subjects sat for.

"Two more candidates with various handicaps did very well when both got eight A+, two As for 10 subjects taken," he said.

He said the achievements of urban and rural students was better compared to the previous year as 5,942 urban students and 1,243 rural students did well in all subjects compared to 4,750 urban students and 989 rural students in 2008.

He said the divide between urban and rural students was narrowed in performance in core subjects like English, Science and Moral Education.

Alimuddin said however efforts to reduce the performance divide between urban and rural students needed to be increased especially in Bahasa Melayu, History, Mathematics and Islamic Studies.

He said based on average school grades, 66 schools were in the Excellent category, 278 (Good), 1,654 (Satisfactory) and 143 (Potential) and this showed that the efforts of the ministry to enhance schools' performance was successfully implemented.

Alimuddin said the number of students who passed the Bahasa Melayu and English language papers in the SPM exam last year charted an increase compared to the previous year.

He said 364,046 students passed Bahasa Melayu in last year's exam compared to 347,443 in 2008 and 302,501 passed English compared to 282,471 the previous year.

He said the government was striving towards entrenching Bahasa Melayu and strengthening English so that the performance in both these subjects can be enhanced.

In JOHOR BAHARU, 1,010 candidates obtained excellent grades(A+, A and/or A-) in all subjects sat for including 29 who had A+ for all subjects sat for.

State education director Sufa'at Tumin said 39 schools had 100 per cent passes while the state average grade was 5.32.

"Overall, the Johor SPM results are something to be proud of. 42,370 candidates got the SPM certificate compared to 40,379 in the previous year," he said.

Sufa'at said 23,625 candidates passed all subjects taken and of that number 8,173 had at least a C grade in all subjects taken.

He said Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent, Johor Baharu, student Tan Yen Ling, was the best student with 14A+s.

In ALOR SETAR, Kedah education director Shahidan Abd Rahman said the SPM results in the state showed an average grade of 5.560.

"Among schools that registered excellent results were SBPI Kubang Pasu, SMK Sultanah Asma, SM Sultan Abdul Halim, SMK Sultan Badlishah, SM Sains Pokok Sena, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, SMK Ibrahim, SMK Keat Hwa and SMK Agama Sik," he said in a media statement here on Thursday.

Shahidan said nine candidates got A+ in all subjects taken while 408 (1.33 per cent) had A+, A and A- in all subjects sat for.

In SEREMBAN, Deputy state education director Jamali Salam said 15 candidates had A+ in all subjects. They were among 590 candidates who were excellent students with A+, A and A- in all subjects taken.

"Felda schools showed good performance. There were four excellent students as opposed to none the previous year," he said.

In KUALA LUMPUR, 669 candidates had excellent grades of A+, A and A- with 21 having A+ in all subjects taken.

Kuala Lumpur education director Mohd Adenan Deraman said the results were good as 17,681 candidates earned the SPM certificate compared to 16,789 the previous year.

Four schools registered excellent results and they were Sekolah Menengah (SM) Alam Shah, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki and SM Sains Selangor.

In Penang, state education director Ibrahim Ahmad said 26 students had A+ while 717 had a combination of A+, A and A- in all subjects taken.

"The achievements of fully government aided schools is good and 17,373 candidates out of 20,042 or 87.71 per cent will receive the SPM certificate.

Ibrahim said 20 schools in the state registered 100 per cent passes and among them were SMK (P) St George, SMKA Al-Irshad, SMK Dato Onn, SMK Penang Free and SMK Bukit Jambul.

In KANGAR, state education director Mansor Lat said the results were better this time where 4,255 candidates out of 4,696 will get the SPM certificate.

Seven candidates got A+ in all subjects taken while seven schools registered 100 per cent passes compared to six last year.

In KUCHING, Sarawak state education director Dr Julaihi Bujang said Gladys Tan Yee Kim of SMK Green Road scored 10A+s to be the best student in the country.

He said 33,283 or 91.51 per cent of 36,371 candidates will receive the SPM certificate while Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching and SM Sains Miri had 100 per cent passes.

He said 10 rural schools had good performances this time around and they were Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei, SMK Kai Chung, SMK Kwong Hua, SMK Three Rivers, SMK Agama Sheikh Othman Abdul Wahab, SMK Teknik Matang, SMK Katibas, SMK Tong Hua, SMK Agama Sri Aman and SMK Matang Jaya.

In KUALA TERENGGANU, state education director Ariffin Embong said the results this time showed a better performance in all subjects compared to 2008.

Ariffin said the percentage of candidates who got all As in all subjects increased by 1.35 per cent (295 )candidates in 2008 to 1.59 per cent (355 candidates) in 2009.

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu was declared the best school while Nor Aliza Mohamed of Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik was the best student with 12A+.

In KOTA BAHARU, state education director Mohd Ghazali Abdul Rahman said 307 students had As in all subjects compared to 182 in 2008.

38,907 students sat for the SPM exam in Kelantan.

He said the passing percentage rose to 94.02 per cent compared to 93.71 per cent the previous year.

In KUANTAN, 312 candidates scored As in all subjects compared to 256 in 2008.

Pahang state education director Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff said 21,595 candidates (93.05 per cent) passed all subjects taken compared to 21,434 in 2008.

In KOTA KINABALU, 94.39 per cent or 31,198 out of 33,262 candidates in Sabah passed but the result eroded from 94.85 per cent.

Deputy state education director Maimunah Suhaibul said 95 candidates obtained As for all subjects compared to 14 the previous year.

In MELAKA, Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said 309 students had As in all subjects compared to 259 in 2008.

"12 students had excellent A+ grades for all subjects. 19 schools had 100 per cent passes while 33 schools had passes between 90 and 99 per cent," he said after feting the 12 students.

In Ipoh, 718 students scored excellent results in all subjects and 15 had A+ in all subjects.

Perak state education director Mohd Radzi Jabar said 33,472 candidates will receive the SPM certificate compared to 32,867 candidates the previous year.

-- BERNAMA

26 Februari 2010

Mengapa (ARKIB)

Mengapa

hati,
mengapa kau takrelakan perpisahan ini
mata,
mengapa kau benarkan hati mengganggu penglihatanmu
jiwa
mengapa kaugores perasaan dengan kepiluan
lisan
mengapa kau kelu untuk mengucapkan dengan rela
“selamat jalan”
aduhai…
hati, mata, jiwa, lisan
jangan lagi kalian
meyeksa kalbu ini
menduga iman di atma
membakar debar degup jantung
lantas…
menumpahkan titis-titis sayu, syahdu
aduhai…
terbanglah mergastua ke langit terbuka
bawalah pesan piluku pada awan, pada mega
curahkanlah simpati mereka pada bumi
segarkanlah jiwa ini.
Tuhan…
Ya Rabb…

25 Februari 2010

Perpisahan...




Nabi s.a.w pernah menitiskan air mata tatkala anakanda baginda, Ibrahim meninggal dunia.
Siapa kata kita tak perlukan sedikit kesedihan dalam hidup?
Siapa kata?
Seperti Nabi berasa sedih, jiwa ini turut berduka
Memang kesedihan kehilangan orang tersayang, terlalu sakit
Sudah pasti, berbeza sakitnya kehilangan anakanda, bonda
dengan kehilangan seorang yang
dianggap anakanda, atau adinda...
memang berbeza peritnya mencabut duri nibung daripada kaki
dengan mengeluarkan selumbar daripada jari
namun, bukankah kepedihan tetap kepedihan
walau berbeza, namun tetap sama,
betul?
Dalam melayari kesayuan, tiba-tiba teringat
kata-kata diri sendiri
"perpisahan ialah permulaan
bagi sebuah lagi pertemuan"

Wahai orang-orang yang beriman
mintalah pertolongan daripada Allah
dengan sabar
dan
solat!

19 Februari 2010

Kematian Bahasa





Bolehkah sesuatu bahasa itu mati? Adakah hal ini diibaratkan seperti kematian yang dialami oleh manusia? Kenapakah bahasa mati? Bahasa manakah sedang menunjukkan tanda-tanda kepupusannya di dunia? Bolehkah saya melakukan sesuatu untuk mengurangkan kepupusan bahasa? Barangkali, hal-hal ini jarang - jarang atau kurang difikirkan dan direnungkan oleh kebanyakan orang.

Sebaliknya, hal ini sentiasa diberikan perhatian yang serius oleh ahli bahasa dan ahli antropologi. Bagi mereka, kematian bahasa bermakna kehilangan besar kepada umat manusia. Kematian bahasa menurut Oxford Concise Dictionary of Linguistics (2005), ialah disappearance of a language whose speakers progressively switch to using another or others. Berdasarkan takrif dalam Random House Unabridged Dictionary (2006) pula, kematian bahasa ialah the complete diplacement of one language by another in a population of speakers. Dengan kata lain, kehilangan sesuatu bahasa berlaku apabila penuturnya secara beransur-ansur muls beralih daripada bahasa yang dituturkan oleh mereka kepada bahasa lain.


Bahasa tidak boleh wujud tanpa manusia. Untuk bertahan dan bertakat (survive) bahasa perlu ada penuturnya. Apabila bahasa sudah tidak ada penuturnya, sudah tentu bahasa itu akan mati tidak lama lagi. Mana-mana bahasa atau dialek yang mempunyai penutur yang sedikit, kemungkinan akan menghadapi kepupusan.


Oleh sebab kematian bahasa ini ialah hakikat yang benar, mudah-mudahan kita mengambil iktibar supaya bahasa Melayu tidak mengalami nasib seperti ini, apabila penutur bahasa Melayu di negara kita dewasa ini begitu ghairah beralih ke bahasa-bahasa lain.

[dipetik daripada makalah "Kematian Bahasa" oleh Atman SN, Dewan Bahasa April 2009, hlm. 11 - 13]
Lihat juga artikel terdahulu : http://arsal74.blogspot.com/2009/12/pupus-bahasa-pupuslah-bangsa.html

16 Januari 2010

Tolak Ansur : Apa Lagi Yang Kita Ada...






Minda Ridhuan Tee Saya terpanggil untuk menulis mengenai polemik kalimah Allah yang telah diputuskan oleh mahkamah yang berpihak kepada Kristian Katolik baru-baru ini. Penulisan yang menyokong keputusan mahkamah memenuhi setiap ruang laman-laman web ultra kiasu tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam.

Begitulah wajah sebenarnya mereka yang selalu menuduh media lain tidak betul, siapakah sebenarnya yang betul? Kumpulan ini tidak pernah bersyukur, malah semakin berani menunjukkan belangnya.

Saya tidak menafikan hak agama lain untuk menggunakan kalimah Allah, sekurang-kurangnya kalimah ini menjadi sebutan mereka, manalah tahu suatu hari ini merekapun turut ikut bersunat. Namun, saya amat musykil, tetapi kenapa baru sekarang menjadi isu besar? Apakah tujuan di sebaliknya? Siapakah sasaran mereka? Sebagai umat Islam kita perlu memahami isu ini.

Bagi mereka yang tidak menyertai NGO, mungkin mereka tidak berapa nampak niat mereka yang sebenar. Tetapi bagi kami yang selalu berdamping dengan NGO, kami sudah masak dengan teknik dan taktik mereka ini. Mereka tidak akan berhenti untuk menuntut sehingga cita-cita mereka tercapai. Mereka akan menuntut semaksima mungkin, walaupun nampak seolah-olah tuntutan tersebut amat ekstrim. Mereka tahu, jika kerajaan tidak memenuhi kesemuanya, sekurang-kurangnya kerajaan akan memberi sebahagian. Sebahagian itu adalah kemenangan besar kepada mereka. Dengan sebab itu, kerja mereka hari ini ialah menuntut dan mendesak, apatah lagi ketika umat Islam dilanda perpecahan yang begitu melemahkan. Saya tidak fikir mereka sebegitu berani jika umat Islam bersatu. Sejarah menunjukkan bahawa apabila sesebuah bangsa itu kuat, biasanya ia akan digeruni.

Rakan-rakan facebook saya mengadu, ada kalangan orang Melayu Islam telah keluar daripada Islam dan menganut agama lain. Kumpulan ini begitu aktif menjalankan kerja dakwah mereka walaupun mereka tahu ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Hal yang sama pernah berlaku kepada Siti Hasnah Vengarama atau Banggarma Subramaniam baru-baru ini. Kita begitu hairan kenapa orang bukan Islam begitu berani ‘menikahkan’ Banggarma dengan lelaki bukan Islam yang ternyata bertentangan dengan perlembagaan dan salah di sisi undang-undang.

Walaupun Banggarma mengatakan bahawa dia sudah tidak Islam lagi, tetapi beliau masih tertakluk kepada undang-undang syariah, tidak kiralah sama ada dia beramal dengan Islam ataupun tidak. Mereka yang bertanggungjawab menikahkan beliau, sepatutnya merujuk kepada pihak berkuasa agama, sebagai tanda penghormatan ke atas agama Islam. Ironinya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam. Tidakkah ini dinamakan toleransi?

Saya masih ingat, apabila isu ini disensasikan, belum apa-apa lagi kita lihat reaksi Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Mahkamah Syariah membenarkan Banggarma menganut agama Hindu dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah. Paderi Kristian selaku presiden MCCBCHST berpendapat, murtad itu sah kerana menganut agama Islam pada masa kecil sahaja dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Paderi tersebut mendesak agar memberikannya kebebasan memilih agama kerana ia berumur lebih 21 tahun. Mahkamah Syariah dikatakan tidak layak kerana tidak mempunyai bidang kuasa ke atas ‘mereka yang tidak mengamalkan agama Islam’.

Persoalan saya, siapakah paderi tersebut untuk mengatakan sama ada Mahkamah Syariah layak atau tidak mengadili kes ini. Janganlah bertindak seperti hakim. Kita harus bersifat professional dan bukan beremosi serta bersentimen. Hormatilah kedudukan Islam selaku agama persekutuan. Ini tidak, belumpun perkara ini dibawa ke mahkamah, mereka sudah menjadi hakim. Saya amat bimbang jika wujud hakim seperti ini dalam mahkamah.

Berbalik kepada kes kalimah Allah ini, semua badan NGO bukan Islam bersatu hati mahukan kita menghormati keputusan mahkamah. Ironinya, bila keputusan menyebelahi bukan Islam, kita disuruh menghormati mahkamah dan keputusan itu adalah keputusan yang adil, tetapi bila keputusan menyebelahi orang Islam, kita kata mahkamah berat sebelah dan telah dipengaruhi tangan-tangan tertentu. Adakah tindakan ini wajar? Kenapa kita tidak bertindak secara profesional?

Apa jua alasan kita mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, mudarat dan sakitnya lebih dirasai oleh umat Islam. Sepanjang pengamatan saya, di negara-negara barat majoriti Kristian, kalimah Allah tidak pernah digunakan sama sekali, sama ada digereja-gereja mahupun percakapan harian. Malah dalam filem-filem merekapun, saya tidak pernah menonton atau mendengar kalimah Allah digunakan.

Tidak dinafikan bahawa kalimah Allah telah digunakan di Indonesia dan beberapa negara Arab yang lain. Begitu juga di Sabah dan Sarawak. Persoalannya, adakah ia bermakna negeri lain perlu terikut sama?

Saya cukup hairan kenapa kita harus melayan tuntutan Kristian di Semenanjung yang hanya berjumlah kurang dari 9 peratus, berbanding dengan agama lain yang lebih dari itu. Seperti yang saya sebut sebelum ini, walaupun mereka sedikit, publisiti mereka sehingga menenggelamkan agama yang lain. Sedangkan kita tahu dari segi hak, mereka yang beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme mempunyai lebih sedikit hak, sebab mereka ada 22 peratus.

Pada saya, apapun hujah untuk membenarkan Kristian menggunakan nama Allah, perlu ada pertimbangan antara mudarat dan sensitiviti umat Islam serta kesesuaiannya dengan perlembagaan negara kita. Bukanlah bermakna kita takut dengan dakyah Kristian, tetapi berpada-padalah dengan kedudukan mereka yang hanya 9 peratus. Kementerian Dalam Negeri dan Majlis agama Islam negeri mesti bertindak tegas ke atas mereka tanpa kompromi jika adalah risalah yang cuba untuk mengelirukan umat Islam. Perkara ini amat penting bagi menghindarkan mudarat lebih besar yang boleh menimpa orang awam Islam yang agak lemah dan mengelakkan konflik.

Justifikasi beberapa cendekiawan dan pertubuhan Islam yang tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan mereka, agak berat juga untuk diterima. Alasan mereka, “umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Quran pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah”. Benarkah begitu? Mereka seolah-olah mendakwa Allah ‘membenarkan’ namaNYA digunakan oleh bukan Islam bagi merujuk kepada Tuhan Bapa, Jesus, dan segala sembahan yang bathil dan syirik itu.

Selaku bekas penganut Kristian bersama-sama beberapa rakan lain, kami tahu benar bagaimana orang Kristian bekerja. Cuma, saya ingin mengingatkan umat Islam supaya lebih berwaspada dan berhati-hati. Kalimah Allah ini merupakan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu ketika dahulu. Walaupun IFC belum berjaya ditubuhkan, mereka berselindung di bawah MCCBCHST. Boleh dikatakan hampir kesemua 14 tuntutan yang mereka kemukakan telah berjaya dipenuhi. Tuntutan ini ternyata menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Antara tuntutan mereka adalah, pertama: seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. Keempat, tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam. Kelima, orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Keenam, seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Ketujuh, orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. Kelapan, kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kesembilan, orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. Kesepuluh, bibel dalam bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah. Keduabelas, program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing, dan ketigabelas: orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam dan akhirnya, sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Persoalan saya, hampir kesemua tuntutan telah tercapai, tidak cukupkah lagi toleransi yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan umat Islam hari ini? Pada saya, kita sudah terlebih memberi, atas dasar demokrasi dan takut kepada ugutan mereka. Inilah kelemahan kita yang menyebabkan orang lain berani memijak kepala.

Toleransi umat Islam telah sampai ke tahap yang cukup tinggi. Seingat saya, umat Islam tidak pernah atau amat jarang campurtangan dalam hal ehwal agama bukan Islam. Apatah lagi untuk mengganggu-gugat istilah agama mereka seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dan sebagainya. Ini disebabkan oleh prinsip kita yang menghormati agama lain.

Justeru, adakah salah kita ingin mempertahankan sedikit yang masih ada? Jika sedikit ini terus mahu diambil dan dikongsi, apakah yang masih tinggal pada umat Islam di buminya sendiri? Justeru, tindakan kerajaan melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong oleh semua umat Islam tanpa berbelah bahagi. Pada masa sama janganlah bertindak di luar batasan agama seperti membakar gereja, itu sudah ekstrim namanya. Jika berlaku peperangan sekalipun, Islam tidak membenarkan kita meroboh atau memusnahkan rumah ibadat mereka. Begitulah indahnya Islam. Pun begitu, kita masih belum tahu siapakah sebenarnya yang membakar gereja? Mungkin orang Islam? Mungkin tidak? Atau mungkin juga orang bukan Islam yang mahu menangguh di air yang keruh? Pokoknya, jangan mudah menuding jari dengan mengatakan orang Islam yang buat.

Apa yang berlaku pada hari ini ialah kita hanya mempertahankan kalimah Allah untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Syarat-syarat ketat hendaklah dikenakan sekiranya kalimah ini ingin digunakan. Kuasa yang ada dalam perlembagaan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan dan menyelamatkan maruah agama tercinta ini. Saya dengan penuh takzim menyembah ke bawah duli Tuanku, Majlis Raja-Raja Melayu untuk campurtangan menyelamatkan kesucian Islam daripada dicemari oleh tangan-tangan yang cuba mengotori kesucian ad-deen ini. Ambillah pengajaran yang berlaku ini untuk kita bangkit kembali menjadi aktif serta proaktif, dan bukannya action-oriented. Bila sudah berlaku barulah kelam-kabut. Tidakkah kita perlu sentiasa bersedia dan beristiqamah mempertahankan maruah agama mulia ini dan bukannya bermusim? Semoga Islam akan terus menyinar dan bersinar.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

|http://ridhuantee.blogspot.com/2010/01/apa-yang-masih-tinggal-pada-kita.html

05 Januari 2010

Allah yang Mana?

Nampaknya golongan yang dulu pernah mengharamkan orang Islam makan sembelihan orang Islam yang lainpun kini bermain wayang. Bahasa makin kabur dan tidak semudah "amanat" dahulu yang difaham, dihadam dan diamal oleh semua pengikutnya! 
"Mungkin" selepas ini apabila kita ingin memengertikan kalimah Allah, kita terpaksa bertanya : Allah yang mana satu? Yang Tiga-dalam-Satu atau Yang Esa?

02 Januari 2010

Titik Hitam Mengakhiri 2009

Salam tahun baharu 2010. Nampaknya, tradisi berfoya-foya masyarakat Malaysia pada malam tahun baharu terus disegar-bugarkan, sama ada oleh individu, masyarakat, syarikat-syarikat korporat, mahupun agensi-agensi kerajaan sendiri. Maka pada perkiraan saya, surat khabar- suarat khabar Malaysia perlulah berhenti daripada menyiarkan berita "Pesta Seks Tahun Baharu", "Remaja Ditangkap Bergaduh Malam Tahun Baharu", "100 Pengunjung Kelab Malam Ditahan Positif Dadah" di dada-dada akhbar masing-masing. Hal ini demikian kerana tradisi itu sudah "diizinkan dan digalakkan oleh semua"!

Namun, selain menyambut tahun baharu dengan bunga api (mungkin sebagai mukadimah kepada "api" yang lebih besar di akhirat nanti), tahun ini negara kita menyambut tahun baharu dengan perkara yang lebih besar. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kalimah "Allah" digunakan dalam penerbitan akhbar mingguan Kristian Katolik "The Herald". Menurut Yang Arif Hakim Lau Bee Lan, kalimah Allah bukan eksklusif kepada Islam, tetapi berhak digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Anehnya The Herald hanya menggunakan kalimah Allah sebagai ganti God/ Jesus dalam penerbitan bahasa Melayu sahaja, tidak dalam penerbitan bahasa Inggeris.

Aneh lagi, seorang ahli parlimen daripada parti yang seruannya "Allahu Akbar" bersetuju dan mengalu-alukan keputusan mahkamah. Tiada hasrat saya mengulas pendapat "ilmuwan merangkap politikus" tersebut.

Apa yang membimbangkan kita ialah kesan jangka panjang ekoran kebenaran tersebut. Yang kita bimbangkan bukanlah penganut Kristian menyebut Allah, tetapi yang kita bimbangkan selepas ini akan ada usaha untuk menyamakan agama Islam dengan agama-agama lain. Hal ini tidak mustahil kerana apabila tuhannya mempunyai nama yang sama, maka sudah pastilah -seperti fahaman golongan pluralisme- ajarannya dan matlamatnya sama. Yang membezakannya hanyalah "cara", sedangkan pada mereka, cara tidak penting asalkan matlamatnya sama. Mungkin konsep Dini Ilahi oleh Maharaja Akbar India (1542 - 1605) akan diterima secara beransur-ansur di sini akibat amalan tolak (Islam) ansur (masuk agama lain). Dalam pada itu, dakyah Kristian akan lebih berkesan kerana Jesus sudah tidak menjadi tuhan Kristian, tetapi Allah menggantikannya (dari segi nama) dengan tetap mengatakan Allah itu tiga (Allah telah memperingatkan hal ini dalam firman-Nya : Wahai bani israel, jangan kamu mengatakan bahawa Allah itu satu daripada tiga sedangkan kamu tidak mengetahui (hakikat-Nya)). Sudah menjadi rahsia umum pelbagai risalah dakyah Kridtian tersebar di peti-peti surat rumah-rumah di Lembah Kelang, khususnya di Kuasla Lumpur. Maka selepas ini siapa lagi yang boleh mempersoalkan ajaran "Allah Tiga dalam Satu, Satu dalam Tiga" kerana sudah dibenarkan oleh undang-undang?

Semoga Allah Yang Maha Esa membantu kita dalam "negara Islam" ini menyucikan kalimah-Nya Yang Maha Suci daripada disyirikkan oleh lidah-lidah kaum musyrikin, kafirin dan munafiqin!




Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...