06 Disember 2009

Subjek SPM 2010


"Pokoknya 10 subjek utama itu kekal tetapi memberi kelonggaran bahawa pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil dan sastera Cina atau sastera Tamil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata langkah itu akan membolehkan pelajar berkenaan menggunakan keputusan yang diperolehnya dalam subjek tambahan itu untuk menjadi guru bahasa Tamil atau sebagainya.

Bulan lepas, Dr Subramaniam berkata beliau akan mengusulkan kepada Kabinet agar membenarkan pelajar India mengambil maksimum 12 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM.

Dr Subramaniam yang juga naib presiden MIC berharap Kementerian Pelajaran akan membenarkan pelajar India mengambil subjek Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil selain 10 mata pelajaran yang ditetapkan kementerian berkenaan.
Walaupun mengalu-alukan pengumumannya, kita berasa kesal kerana Menteri Pelajaran hanya mengambil kira pelajar-pelajar yang ingin mengambil mata pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Tamil / Cina sahaja. Bagaimana dengan pelajar-pelajar aliran sains tulen agama yang perlu mengambil mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah? Dua mata pelajaran ini perlu wujud selain 10 mata pelajaran pokok lain, sama seperti wajaran yang diberikan kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Tamil/Cina.
Kita berharap Menteri dan Kementerian Pelajaran Malaysia melihat isu ini daripada perspektif yang luas dan jauh. Membenarkan sebahagian pelajar mengambil 12 subjek dan mengehadkan kepada pelajar lain kepada 10 sahaja sesungguhnya bertentangan dengan falsafah dan matlamat pendemokrasian pendidikan dan kesaksamaan memperoleh ilmu pengetahuan oleh para pelajar.
Kita beiltizam dengan hemat kita selama ini bahawa pelajar wajar dihadkan pengambilan subjek dalam peperiksaan . Namun begitu, pelajar juga perlu diberikan ruang secukupnya untuk mempelajari dan mengambil peperiksaan bagi subjek-subjek yang asasi dalam pembentukan modal insan berkualiti (lih. posting awal : http://arsal74.blogspot.com/2009/06/pengehaan-subjek-spm-satu-pandangan.html ), seperti yang dihasratkan oleh Akta 550:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.

Tiada ulasan:

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...