02 Mac 2015

Menjelang Saatnya...

Esok keputusan SPM 2014 akan diumumkan. Kalau diikutkan, zaman sekarang saat debaran itu tidaklah sehebat zaman saya dulu. Semasa saya mengambil SPM dulu, pengumuman tarikh mengambil keputusan SPM (dan STPM serta SRP) ialah sehari sebelum keputusan keluar. Maka berdebarlah semalaman malam itu...hatta tak tidur malam. Cuma yang selalu tidur lena ialah mereka yang hadir ke kelas 5 hari dalam sebulan! 

Apa-apapun, esok saat penantian yang memang didambakan tangisan bahagia. Hakikatnya? Hanya Allah yang Maha mengetahui! Tak perlu terlalu dramatik atau melankolik... syukur sahaja apa-aopa yang Tuhan kurniakan. Tak perlulah lepas ni keluar kenyataan " SPM bukan penentu kehidupan..." Sebab memanglah...cuma kena ingat: SPM tiket pertama ke arah masa hadapan! Lebih-lebih lagi kalau yang bercakap itu waktu zaman sekolahnya pulun kemain!

Apa-apapun..tabahlah, anak-anakku... terima dengan reda, sabar dengan pemberian, syukur dengan kejayaan!

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...