28 Ogos 2015

MISDC #7

Bertempat di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Pertandingan Debat Antara Sekolah Antarabangsa Musleh (MISDC) 2015 telah diadakan. Orators' League SBPI Kubang Pasu menghantar dua pasukan yang terdiri daripada pasukan bahasa Melayu dan pasukan bahasa Inggeris. Kontinjen yang mengandungi enam pembahas itu diiring olwh Cikgu Ariffin untuk pasukan bahasa Melayu dan Pn. Idayu untuk bahasa Inggeris. Walaupun pertama kali menyertai pertandingan ini, alhamdulillah pasukan bahas Bahasa Melayu berjaya menempatkan diri sehingga ke psuingan kalah mati, prasuku akhir menentang SMKA Maahad hamidiah kajang. Walaupun tewas semangat juang dan kesungguhan mereka berjuang sehingga loceng terakhir membanggakan warga i-KUPs. tahniah kepada kedua-dua pasukan. Insya-Allah kita berjumpa lagi tahun depan (harap-harap SBT tak lokek menaja kami sekali lagi!)











17 Ogos 2015

PIDATO PIALA DIRAJA

Buat kesekian kalinya, peserta i-KUPs belum berjaya membawa piala kemenangan Pidato Piala Diraja di peringkat Negeri Kedah. Belum rezeki. Namun usaha dan semangat amat perlu diteruskan bersama-sama perancangan jangka panjang. Insya-Allah, tahun hadapan johan negeri akan berjaya disandang oleh peserta i-KUPs.

Dalam pertandingan yang diadakan sempena Karnival Bahasa Melayu di SMK Taman Mahsuri, Kulim pada 23 Julai 2015 itu, perserta dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Alor Setar berjaya menggondol kejuaraan dan seterusnya membawa cabaran negeri Kedah ke peringkat kebangsaan. Tahniah dan selamat berjaya kepada peserta tersebut.





Zaid menyampaikan pidatonya
  

Tajuk Pidato Spontan

   

Usai pertandingan... bergambar kenang-kenangan bersama-sama dengan pemidato, Zaid Aslam dan bekas pelajar i-KUPs, Amirah kamal Azizi


Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...