29 Oktober 2009

Sekolah Satu Aliran

Ketika menjawab soalan wartawan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran meminta agar isu sekolah satu aliran terus diperbahaskan. Tujuannya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melihat respons rakyat terhadap isu ini. Jawapan beliau merujuk kepada cadangan daripada Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim agar sekolah di Malaysia disatukan di bawah satu aliran sahaja jika benar-benar mahu perpaduan antara kaum dibentuk melalui pendidikan. YB-YB di Dewan Rakyat juga, khabarnya memberikan respons positif terhadap usul ini.

Jika diperhatikan, usul ini pernah dicadangkan oleh YB Mukhriz Mahathir tidak lama dahulu. Dengan tidak berniat memanjangkan bicara : saya sokong sepenuhnya cadangan ini. Rasionalnya pernah saya kemukakan dakan posting terdahulu. Lihat : http://arsal74.blogspot.com/2008/12/dato-mukhriz-mahathir-exco-pemuda-umno.html

24 Oktober 2009

Belum berputus asas...


Parents group pushes PPSMI option for schools

KUALA LUMPUR, Oct 22 — The Parents Action Group for Education wants all national schools to be given the option to continue teaching Science and Mathematics in English.

Its chairman, Datin Noor Azimah Abdul Rahim, said an opinion poll carried out in seven schools in Selangor and Kuala Lumpur showed that 97 per cent of parents wanted their children’s schools be exempted from the scraping of the policy of teaching Science and Mathematics in English.

The seven schools are Sekolah Kebangsaan Assunta 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas, Sekolah Kebangsaan Taman Megah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman and Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA.

“We are not against the policy of upholding the Bahasa Malaysia and strengthening the command of English. We just want schools to be given the option,” she said.

She said that a memorandum on the matter had been handed over to Deputy Federal Territories Minister Datuk M. Saravanan, to be submitted to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. — Bernama

16 Oktober 2009

Bulan Bahasa Kebangsaan Nampak Jenaka - Pak Samad


KUALA LUMPUR - Pemimpin kerajaan diminta terlebih dahulu meluhuri undangundang Akta Bahasa (Kebangsaan) agar pelaksanaan PPSMI yang jelas melanggar Akta Bahasa (Kebangsaan) dapat dielakkan daripada berulang lagi dan jika diadakan Bulan Bahasa Kebangsaanpun tidaklah nampak 'jenaka' seperti hari ini.

Demikian ditegaskan oleh Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said sewaktu diminta mengulas sejauh mana keupayaan bahasa Melayu boleh menjadi bahasa dunia.

"Pemimpin kita tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan bahasa Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jadi sudah tentu amat sukar untuk kita mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa dunia."

"Bahasa Melayu hanya boleh menjadi bahasa dunia melalui bahasa Indonesia. Negara kita sendiri tidak menjaga serta memelihara bahasa sendiri. Jika di epringkat antarabangsa, pemimpin kita banyak bercakap bahasa 'orang putih'," tegas beliau.

"Pemimpin Indonesia misalnya apabila berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bercakap menggunakan bahasa Indonesia. Satu-satunya peluang serta jaminan bahasa Melayu boleh menjadi bahasa dunia melalui bahasa Indonesia," tegas Pak Samad.

(Harakah, 16 - 18 Oktober 2009)

13 Oktober 2009

PMR..selepas ni apa?


Peperiksaan PMR baharu saja menutup kertasnya. Dewan-dewan peperiksaan dah kembali bersepah - seperti sebelumnya. Bagi kebanyakan pelajar, waktu lebih sebulan ini dimanfaatkan dengan tidak hadir ke sekolah. Begitu juga, kalau di bandar-bandar tu (contohnya di SMK Setapak Indah, KL) dah pasti berebut-rebut bekas calon PMR ini menjalankan aktiviti perniagaan - tak kira di mana. Apa-apapun, yang lebih bersepah sejak sebelum PMR lagi (bahkan lebih awal daripada itu) ialah sistem pendidikan negara!

Banyak perubahan telah dilakukan dalam sistem pendidikan. Sejak akhir-akhir ini, perubahannya terlalu mendadak. Terlampau mendadak. Salah satunya ialah pengehadan mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar pada peperiksaan SPM mulai tahun hadapan - 2010. Hanya 10 sahaja dibenarkan. Alasan untuk menyediakan "padang yang sama rata" antara pelajar menjadi hujah yang dikonkritkan. Fenomena pelajar mengambil berbelas-belas subjek dalam SPM sebelum ini menjadi dalil dan dalih keputusan ini. Dengan tidak mempertikaikan keperluan menyekat "kegilaan A" dalam kalangan ibu bapa (dan pelajar - kesan sistem berteraskan peperiksaan), saya berasa ini ini perlu diperincikan dengan setelitinya oleh semua pihak. Kewarasan akal, kercerdasan mnda, ketenangan emosi perlu dipertahankan ketika membicarakan hal ini. Lebih utama, masa hadapan pelajar dan negara perlu diberikan keutamaan.

Pengehadan kepada 10 mata pelajaran sahaja menyebabkan satu implikasi besar yang akhirnya menimbulkan impak negatif kepada pembangunan negara pada masa hadapan. Sebelum saya melanjutkan wacana, elok saya tegaskan bahawa saya bersetuju pengehadan mata pelajaran diaplikasikan. Namun persetujuan saya bukan kepada 10 mata pelajaran. Saya berpendapat jumlah maksimum pengambilan subjek perlu dinaikkan kepada 12 mata pelajaran. Pandangan ini sudah tentu berpandukan kepada falsafah yang menyelinap dalam pembentukan Akta Pendidikan 1996, yang antara lain mahu mewujudkan liberalisasi pendidikan dan pendemokrasiannya. Oleh itu, pendemokrasian pendidikan yang terkawal adalah perlu diperincikan.

Pengehadan kepada 10 subjek sahaja menyebabkan aliran sains tulen agama tidak lagi wujud di sekolah-sekolah. Hal ini menyebabkan pemisahan antara ilmu agama dengan sains kembali berlaku sejak dari bangku sekolah. Dengan pengehadan ini, pelajar sains tulen agama tidak lagi boleh mengambil tiga mata pelajaran utama aliran agama, iaitu Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab. Banyak sekolah khabarnya akan mengekalkan Bahasa Arab, sementara satu subjek lain yang akan diambil ialah sama ada Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah. Namun, kedengaran juga ura-ura pihak sekolah memilih mengambil Bahasa Arab + Pendidikan Islam (PI). Jika Pendidikan Islam sahaja dibenarkan untuk aliran sains tulen agama ini, saya kira aliran tersebut tidak perlu dinamakan aliran sains tulen agama kerana subjek agama mereka hanyalah PI. Perlu diingat bahawa untuk melayakkan diri ke IPT dalam bidang agama ialah pencapaian baik (Kredit) dalam Bahasa Arab + (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan/atau Pendidikan Syariah Islamiah). Dengan mengambil PI, maka mereka tidak layak digelar pelajar jurusan agama!

Walhasilnya, pendidikan aliran sains tulen agama akan pupus. Natijahnya, pemisahan sains dan agama akan berlaku semula menyebabkan penjanaan kesatuan ilmu akan terbantut. Jika rancangan ini tetap diteruskan, tidak sukar membayangkan apa yang akan terjadi kepada negara dalam tempoh 10 - 15 tahun akan datang!


Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...