12 Julai 2009

PPSMI.... akhirnya

Sengaja saya lewatkan ulasan tentang pemansuhan PPSMI. Saya bimbang kegembiraan yang pemansuhan ini mengundang bencana lain. Selepas isu ini berlalu beberapa hari, didapati pelbagai reaksi tentangnya. Reaksi yang paling proaktif adalah daripada mantan PM yang memperkenalkan PPSMI. Menurut tinjauan internet melalui blognya, mantan PM ke-4 menyatakan lebih 85% tidak setuju dengan pemansuhan PPSMI.


Sedikit menghairankan. Semasa awal pengenalannya dahulu, tiada satupun kajian dan tinjauan rakyat dilakukan. Akan tetapi selepas pengumuman pemansuhan, mantan PM dengan segera membuat bancian internet (perlu diingat, bancian internet).


Apa-apapun, PPSMI tidak dimansuhkan sepenuhnya. Hanya pelajar darjah 1 hingga tingkatan 5 sahaja yang tidak akan belajar dalam bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik, sedangkan di peringkat tingkatan 6, matrikulasi dan universiti, subjek tersebut tetap diajar dalam Bahasa Inggeris. Perlku diingat, bahawa penentangan bahasawan kepada PPSMI bukanlah kerana PPSMI semata-mata, tetapi disebabkan oleh PPSMI itu membawa areana baharu dalam kedaulatan bahasa kebangsaan. PPSMI ialah lambang kehancuran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengungkap fikiran tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh sebab itu, pemansuhan PPSMI mestilah menyeluruh dan menepati keperluan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan pengungkap fikiran bangsa Malaysia.


Sekali lagi, kepada semua pejuang bahasa kebangsaan, ayuh, teruskan langkah perjuangan. Ingat kata-kata mantan PM ke-4 : "perjuangan belum selesai"!

Tiada ulasan:

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...