02 Februari 2020

ลาก่อน Bangkok

27 Jan 2020 - Hari kelima, hari terakhir di bumi gajah putih. Kami bersiap agak awal ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dong Mueng. Penerbangan ke Hatyai jam 1.30 tengah hari waktu Thailand. Hampir 3 jam jugalah melepak di airport ni. Tapi bagi mengelakkan apa-apa masalah, lebih baiklah kami awal. Alhamdulillah, penerbangan lancar dan sampai di Hatyai International Airport sejam setengah kemudian. Meneruskan perjalanan balik ke Bukit Kayu Hitam baru terasa keletihan. Agak ramai juga rakyat Malaysia di CIQ Sadao, tetapi progres imigresen agak cepat berbanding semasa masuk.



Sekitar pukul 10.00 malam, tiba di Changloon.

Bangkok - Hari 4

26 Januari 2020 -   Sekitar jam 9.00 pagi waktu Thailand, kami bergerak keluar dari penginapan. Kami bersarapan ala kadar sebab mahu mencuba menu di tempat tujuan kami - Pasar Minggu Chatuchak! Khabarnya pasar ini memang popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Kawasannya memang luas. Barangannya juga pelbagai : daripada barangan basah, kraf tangan, seramik sehinggalah pakaian. Bagi mereka yang kaki 'shopping', memang puas hati. Masa tiga jam memang tak cukup! Namun, bagi aku tidaklah begitu mengujakan kerana barangannya agak 'biasa', bukan 'taste'.



Dan awas! Sila makan dahulu sebelum ke sana. Kami yang mengharap untuk makan di pasar berkeliaran mencari kedai makanan halal kerana agak sukar untuk diperoleh. Lebih setengah jam jugalah melilau sebelum akhirnya terjumpa gerai Pattani yang agak sesak dengan pengunjung. 

Selepas solat Zuhur di surau di 'mall' yang agak moden, kami meneruskan perjalanan ke tengah-tengah bandar raya Bangkok. Grande Centre Point, Terminal 21, Bangkok. Sebuah 'megamall' : Central World Bangkok yang merupakan pusat beli belah berkonsepkan bandar raya utama dunia tersedia untuk sisi moden bandar raya ini. Sesuai untuk orang muda yang inginkan suasana beli belah moden. Namun, selain konsep bandar raya dunia yang menjangkau tujuh tingkat, barangannya tidaklah begitu menarik. Sebenarnya, kalau diikutkan aku lebih tertarik untuk ke 'Siam' - pusat beli belah yang moden dan baharu (errr... selalu tengok cerita Thailand buat penggamabaran di mall Siam ni hehehe). Apa-apapun, barangan di sini semuanya jenis mampu tengok (mungkin faktor usia yang menyebabkan dah tak obses dengan jenama ni).


Persinggahan terakhir kami ialah di sebuah restoran masakan Selatan yang memang berbaloi : Restoran Ahmad Rosdee di kawasan Ramkhaeng. Penutup yang baik!


Esok, kami akan berangkat pulang...

01 Februari 2020

BANGKOK - HARI KETIGA


25 Januari. Hari ketiga. Pagi-pagi kami dibawa ke Jalan Ramkhaeng 9. Soi 53 memang terkenal dengan kawasan Muslim terbesar di Bangkok. Selain masyarakat Muslim yang telah lama bertapak di sini dan menggunakan bahasa Thai, kedatangan imigran selatan dari Patani telah mencorakkan kawasan ini dengan bahasa Melayu Patani dan kebudayaan Melayu gelombang ketiga imigran Muslim Bangkok. Kami cuba mencari gerai atau kedai makan untuk sarapan. Rupa-rupanya masyarakat di sini mengamalkan ‘bawa balik’. Ada dua, tiga buah kedai makan yang buka, namun tidak menyediakan air. Air biasanya dibeli di kedai serbaneka 7-E. Satu budaya yang agak asing untuk masyarakat Malaysia.



Kami menuju ke pasar terapung Bangkok. Dikatakan pasar inilah yang mempelopori konsep pasar terapung, sebelum ditiru kawasan-kawasan lain, khususnya yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia di Hatyai. Konsep juga sedikit berbeza sebab di sini, pelancong yang menaiki bot atau perahu dan singgah di mana-mana kedai yang dibina sepanjang sungai. Namun, macam biasa, harganya agak mahal. Cuma makanan halal sukar diperoleh di sini. Teringin makan aiskrim kelapa, tetapi Ustazah Jailah meragu-ragukan tentang kehalalannya. Maka jadi kempunan sajalah…






Kami meneruskan perjalanan lebih kurang sejam dari pasar terapung ke stesen kereta api Mae Klong. Yang istimewa stesn kereta api ini ialah pasar hari menggunakan landasan kereta api untuk urus niaga. Namun apabila tiba masa keretapi sampai atau keluar, peniaga-peniaga mengalihkan barangan mereka. Begitu sistematik. Sebab mereka sudah biasa, maka mereka tahu sejauh mana barangan mereka perlu dialih. Alah biasa tegal biasa. Diberitakan ini antara stesen yang masih mengamalkan cara ini. Ada stesen yang sama di Vietnam telah ditutup oleh kerajaan atas faktor keselamatan.



Kami balik ke Bangkok dan singgah di Menam Chao Praya. Pernah menjadi pusat dagangan terbesar Thailand pada abad ke-18 dan 19, sungai ini kini menjadi tempat libur yang berprestij. Selain kawasan beli belah dan bersantai Asiatique Riverfront, ia turut dikelilingi hotel-hotel mewah. Café-café dan pub untuk bersantai juga banyak. Yang menarik, ada feri menyusur menam sambil menikmati matahari terbenam. Namun sebab kami tiba selepas matahari telah berselimutkan kegelapan,  maka apa yang boleh dilihat hayalah kawasan libur yang moden dan menarik. Mungkin jika datang lagi, perlu lebih awal berada di sini.





Kami pulang selepas menikmati meang phla yang wow... aroyyy!!! Tempatnya, sekitar Bangkok (maaf, tak tau nama pulak)




Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...