29 Julai 2009

Pendidikan Prasekolah

PUTRAJAYA 21 Julai – Kerajaan berhasrat memasukkan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara bagi membantu memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di peringkat rendah lagi kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. - Utusan

SAYA tertanya-tanya : apakah tujuan pendidikan prasekolah? Adakah untuk memanjangkan masa persekolahan daripada 6 tahun di sekolah rendah menjadi 7 tahun? Atau adakah prasekolah sudah menjadi seperti sekolah rendah? Iaitu menjadi pusat pendidikan sepenuhnya? Pada perkiraan saya, prasekolah bertujuan mengembangkan kemahiran sosial kanak-kanak. Bayangkan dalam usia baharu 5 & 6 tahun, mereka dipaksa belajar sesuatu yang kita kehendaki, padahal mereka sepatutnya menyelami "dunia kanak-kanak".

Teringat saya kepada kartun " Sin Chan" di NTV 7. Perbezaan antara Kazama dengan Sin Chan yang kedua-dua masih bersekolah tadika. Kazama hidup dengan kepura-puraan kerana kehendak ibu bapa yang menjadualkannya dengan pelbagai program. Bukan sahaja di tadika bakan selepas itu. Bandingkan dengan rakan-rakannya - terutama Sin Chan - yang dapat menikmati hisup zaman kanak-kanak yang ceria dan bahagia.

Anda mahu jadikan anak-anak anda robot seawal usia 5 - 6 tahun? Teruskan!

19 Julai 2009

Penilaian Berasaskan Sekolah

Secara teorinya, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) memberi keluwesan kepada pelajar untuk menimba ilmu. Guru-guru pula tidak lagi terbeban untuk mengejar A dalam setiap pelajaran. Pelajar juga lebih bersemangat kerana penilaian adalah secara menyeluruh dan berterusan. Lantaran itu PBS sedia ada seperti PEKA, ULBS, PAFA telah diambil kira markah dalam peperiksaan awam. Atas "kejayaan" PBS sedia ada, KPM khabarnya akan memansuhkan UPSR menjelang 2012 dan digantikan dengan PBS sepenuhnya. Syabas diucapkan.

Walau bagaimanapun dari segi pelaksanaannya, terlalu banyak kekangan. Hal ini demikian kerana PBS bersifat "setempat". Seandainya PBS dilaksanakan dalam UPSR sedangkan markahnya / gred UPSR itu diambil kira untuk kemasukan ke sekoah-sekolah elit seperti SBP, MRSM, malah sekolah-sekolah agama (SMKA / SABK), maka adalah gred mereka absah? Siapa yang berani memberikan jaminan bahawa gred yang diberikan menepati piawai penilaian yang sebenar?

Dalam hal ini. sekiranya PBS benar-benar ingin dilaksanakan sepenuhnya, maka saya kira setiap sekolah elit yang ingin mengambil pelajar terbaik perlu dibenarkan menjalankan ujian mereka sendiri kepada "pelajar-pelajar yang berminat sahaja". Dengan cara itu, kualiti pelajar yang diterima ke sekolah itu bertepatan dengan piawai sekolah tersebut. Sebagai contoh, sehingga kini MRSM dan SMKA mengadakan ujian kelayakan untuk setiap murid (tingkatan 1) yang memohon masuk ke sekolah-sekolah tersebut. Akan tetapi bagi SBP, tiada sebarang ujian kelayakan.

Oleh sebab itu, saya mencadangkan pihak Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) menjalankan ujian kelayakan ke SBP (mungkin perlu dibezakan sedikit ujian tersebut antara SM premier / SM sains / SBPI bagi memenuhi keperluan semasa). Jika MRSM dan SMKA telah berjaya menjalankan ujian ini tanpa banyak masalah, kenapa tidak kepada SBP?

Jika KPM benar-benar serius dalam pelaksanaan PBS, saya kira cadangan saya ini perlu diambil perhatian oleh mereka yang terlibat.

17 Julai 2009

Pidato Piala Diraja Negeri Kedah (ARKIB)

Pidato Piala Diraja Negeri Keda

16 Julai 2009 - Akhirnya selepas berpenat lelah selama sebulan, wakil SBPI Kubang Pasu merangkap ayam tambatan PPD Kubang Pasu, Mohamad Rosman bin Mohamad Razif hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Kedah, 2009. Pertandingan yang diadakan di pulau legenda Mahsuri ini menobatkan wakil Kulim Bandar Baharu sebagai juara sementara wakil Kota Setar menduduki tempat kedua.
Menyampaikan pidato
Menyampaikan pidato
Keputusan ini menjadikan percubaan kali ketiga SBPI Kubang Pasu terkandas di tempat ketiga, tetapi masih yang terbaik kerana dua percubaan sebelum ini gagal mendapat sebarang tempat. Walau bagaimanapun cubaan ini diharapkan bukan penamat kepada SBPI Kubang Pasu kerana tahun hadapan masih ada. Kepada Rosman, selamat maju jaya dan jangan berputus asa. Kepada En Malek, maaflah… tak dapat bawa kembali ke PICC. Tahun depan..?

12 Julai 2009

PPSMI.... akhirnya

Sengaja saya lewatkan ulasan tentang pemansuhan PPSMI. Saya bimbang kegembiraan yang pemansuhan ini mengundang bencana lain. Selepas isu ini berlalu beberapa hari, didapati pelbagai reaksi tentangnya. Reaksi yang paling proaktif adalah daripada mantan PM yang memperkenalkan PPSMI. Menurut tinjauan internet melalui blognya, mantan PM ke-4 menyatakan lebih 85% tidak setuju dengan pemansuhan PPSMI.


Sedikit menghairankan. Semasa awal pengenalannya dahulu, tiada satupun kajian dan tinjauan rakyat dilakukan. Akan tetapi selepas pengumuman pemansuhan, mantan PM dengan segera membuat bancian internet (perlu diingat, bancian internet).


Apa-apapun, PPSMI tidak dimansuhkan sepenuhnya. Hanya pelajar darjah 1 hingga tingkatan 5 sahaja yang tidak akan belajar dalam bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik, sedangkan di peringkat tingkatan 6, matrikulasi dan universiti, subjek tersebut tetap diajar dalam Bahasa Inggeris. Perlku diingat, bahawa penentangan bahasawan kepada PPSMI bukanlah kerana PPSMI semata-mata, tetapi disebabkan oleh PPSMI itu membawa areana baharu dalam kedaulatan bahasa kebangsaan. PPSMI ialah lambang kehancuran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengungkap fikiran tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh sebab itu, pemansuhan PPSMI mestilah menyeluruh dan menepati keperluan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi dan pengungkap fikiran bangsa Malaysia.


Sekali lagi, kepada semua pejuang bahasa kebangsaan, ayuh, teruskan langkah perjuangan. Ingat kata-kata mantan PM ke-4 : "perjuangan belum selesai"!

03 Julai 2009

Kongres Pendidikan Islam

Menurut laman sesawang berita Malaysiakini "Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin) di Shah Alam pada 11 Julai 2009". Saya tertarik dengan usaha yang dianjurkan oleh mahasiswa tersebut. Sebagai bekas mahasiswa, pengalaman berada di universiti sungguh menakjubkan. Mengadakan seminar dan wacana ilmiah adalah antara perkara yang boleh kami lakukan selain demonstrasi.

Pendapat saya:-
  1. Usaha tersebut ialah usaha terpuji yang perlu digalakkan. Sesuai dengan namanya – kali pertama – diharapkan selepas ini lebih banyak usaha sebegini dijalankan dengan menggabungkan pelbagai pihak bagi menjana idea yang berkesan ke arah sistem pendidikan yang lebih baik.

  2. Seharusnya bukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dikaji semula kerana pada pandangan saya – guru terlatih – FPK sudah memadai. Sementelah lagi, pendidikan Islam sendiri mempunyai Falsafah Pendidikan Islam yang menjadi panduan kepada penggubalan kurikulum pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan. Cuma yang perlu dinilai dan dikaji semula ialah pelaksanaannya, sama ada dari segi kurikulum, penilaian, mahupun kokurikulum.

  3. Kongres tersebut kurang memberi kesan kerana tiada wakil daripada pihak yang berautoriti daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Majlis-majlis Agama Negeri (Bahagian Pendidikan). Begitu juga sewajarnya kongres sebegini perlu mengambil kira hasil kajian lapangan daripada guru-guru sendiri, misalnya oleh KPPK (NUTP) atau badan-badan guru yang berautoritatif. Oleh itu sewajarnya sebelum kongres dilaksanakan, satu kajian lapangan dilaksanakan. Hal ini demikian bagi mengelakkan kongres dan perbincangan di sini sekadar sebuah wacana ilmiah dan teori tanpa mengambil kira keadaan sebenar dan realiti pendidikan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada GAMIS atas usaha yang sungguh baik tersebut. Semoga kongres ini membuahkan hasil yang bermakna untuk diketengahkan kepada pihak-pihak yang terbabit.

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...