22 Mei 2021

Modul Pembelajaran Bahasa Melayu KSSM



 Akhirnya, selepas berbulan-bulan bersengkang mata, memerah otak dan menjana idea, Modul pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Lima berjaya diterbitkan. Kolaboratif 31 orang guru Bahasa Melayu sebagai penggubal dengan 13 orang penyunting ini membuktikan tiada gunung terlalu tinggi, tiada lurah terlalu dalam untuk ditempuh. Walaupun agak lama prosesnya (hampir 5 bulan), namun ketekunan dan kerjasama yang berterusan menjadikan modul ini sebagai buah tangan terbaik untuk para pendidik Bahasa Melayu. Terima kasih kepada Pn. Hasliana Mod Hassan, pegawai Unit Bahasa di Sektor Pembelajaran JPN Kedah yang telah bertungkus-lumus merealisasikan projek ini.

Modul ini merangkumi tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar, dengan gabung jalin aspek seni bahasa dan tatabahasa. Penerbitan ini menjadi tanda aras kepada penerbitan modul-modul pembelajaran yang lain kerana sifatnya yang menyeluruh dan merangkumi semua Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan Bahasa Melayu Tingkatan 5, KSSM. Dengan kekurangan bahan pengajaran dan pemelajaran di pasaran, modul KSSM yang pertama kali diterbitkan ini diharapkan akan menjadi pemangkin kecemerlangan guru-guru dalam merancang dan melaksanakan PdPC dengan lebih berkesan, selari dengan OMP Bahasa Melayu KSSM. 

Seterusnya, nantikan kemunculan beberapa modul KSSM lain - dibuat khusus untuk kita!

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...