24 Ogos 2017

Menjengah Persaudaraan

Jambori Pengakap Kedah kali Kelima & Persaudaraan Antarabangsa yang diadakan di Kolej Pertanian Malaysia kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam meninggalkan 1001 kenangan. Dalam lautan ahli Pengakap dari seluruh Malaysia dan 5 negara jemputan itu, srmnagat kepengakapan jelas terpancar. Silaturahim antara ahli Pengakap Sedunia tanpa tercemar dengan batas bangsa, agama dan negara membenihkan persaudaraan dalam kalangan kami. Lenih 4,000 peserta mewarnakan bumi Bukit Tangga dengan kasih sayang, kerencaman, perkenalan dan kemesraan.

Seramai 183 orang peserta dari Kubang Pasu selaku "tuan tanah" mengalu-alukan ketibaan kontinjen dari seantero dunia. SBP Integrasi Kubang Pasu turut menghantar 14 ahli Pengakap untuk memupuk persaudaraan dalam jambori ini. Tahniah kepada 10 orang ahli Pengakap Muda yang berjaya memperoleh pencapaian Lang Emas dan 4 orang Pengakap Remaja yang dianugerahkan pencapaian Lang Perak. Bukan medal yang dicari, tetapi pengalaman, kekentalan jiwa dan semangat yang lebih utama.

Semoga bersua lagi di jambori-jambori yang lain! #SalamPengakap 











Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...