Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

08 Mac 2014

SIAPA PESAING ANDA?

Siapakah pesaing anda yang paling hebat?

Jawapan: Diri anda sendiri!

Satu strategi kejayaan yang saya sering gunakan adalah bersaing dengan diri sendiri. Saya juga dapati cara ini digunakan oleh mereka yang berjaya termasuk Donald Trump, Lance Armstrong, Bill Gates dan ramai lagi.Sebab itu, selepas mencapai sesuatu, saya akan terus fikirkan, bagaimana hendak bersaing dengan diri saya sendiri dan hasilkan sesuatu kejayaan yang lebih?
Dengan berfikir diri anda adalah pesaing anda paling hebat, anda dapat mengekalkan momentum setiap hari untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk bersaing dengan kebolehan dan pencapaian anda sendiri. Dengan melakukan ini, anda akan meningkatkan standard pencapaian anda sendiri setiap hari!

Pernah terfikir, apa yang memandu saya untuk terus mengejar kejayaan? Inilah jawapannya. Saya sedang bersaing dengan diri sendiri.

Anda juga patut cuba lakukan ini juga!

http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/siapa-pesaing-anda-yang-paling-hebat/

05 September 2012

Kutitip pesan untuk kalian


Sudah bulan September. Universiti sudah membuka pintu pagarnya untuk seluruh warga. Dalam dan luar negara. Tahniah kepada anak-anak i-KUPs yang telah berjaya melalui gerbang keilmuan di bawah terik cabaran. Semoga kemeriahan ilmuwan yang saling bertingkah menjernihkan minda, menajamkan akal kalian. Usah membontot membuta tuli; usah menyongsong meng'khinzir' buta. Nilai keilmuan bukan pada kata, bukan juga pada pointer. Namun pada makna yang terjelma pada kata dan pointer.


Betulkan niat, bulatkan tekad... Allah bersama-sama kalian.

Tahniah dan selamat berjuang kepada semua!
 

18 Februari 2012

Menulis Matlamat

Bagi mengelakkan blog ini terus bersawang, saya bawakan penulisan Dr. Irfan Khairi, Jutawan Internet tersohor Malaysia dalam blognya. 

Begini....

Semua tahu saya sering tekankan untuk anda tulis matlamat anda. Dengan menulis matlamat anda, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dipegang dan boleh di lihat. Anda juga tahu, dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda (separuh sedar) anda dan ianya akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut. Sudahkah anda menulis matlamat anda? Saya pasti sudah :) 

Tetapi… menulisya sekali sahaja tidak mencukupi. Anda perlu menulis lagi… lagi… dan lagi. Salin kembali matlamat anda. 

Menulis matlamat anda sekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Agaknya bila kali terakhir anda tulis semula matlamat anda? :)

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...