21 Disember 2018

Tip Melawat Langkawi mur-mur

Sebab dah lama tak berehat-rehat, kebetulan ada ruang pada cuti hujung tahun ni maka sempatlah ke Pulau Mahsuri. Arkian inipun sebab kalau balik Trengganu, mana saja pantai yang boleh pergi mandi... banyak sangat yang bahaya. Tengok dan lepak2 saja bolehlah. Kali ni target nak pergi mandi saja… 2 hari 1 malam. Moh kita teroka cara2 nak pergi Langkawi dengan bajet rendah.

1) Penginapan
Mahal kot cuti2 ni. Jadi kalau nak murah, tempah awal2. Bagi penjawat awam, jangan lupa ada rumah peranginan kerajaan di sana. Wei, bukan rumah koman2 yer! Hotel tu... Kalau tengok Federal Villa tu diuruskan oleh Holiday Villa & Spa... Dan tempatnya sama. Cuma bangunan lain lain! Tapi boleh guna fasiliti Holiday Villa, termasuklahkolam renangnya...  Haaa...kalau wat status kt ig dia akan tulis Holiday Villa... tempat mahal. Semalaman harga Holiday Villa bilik standard dah RM450++. Tapi tu kat Holiday Villa. Bagi Federal Villa harga standard room RM80 jer... bagi geng gred 48 dan ke atas bolehlah tempah suit harga RM180 semalam! (Kat Holiday Villa harganya RM1,400++) **Tapi jgn bayangkan kondisi biliknya sama... walaupun namanya sama*** Tapi saya tempah bilik Deluxe RM100 semalam (sebab bilik ni ja yg ada kosong pd tarikh tu...)

Lagi menarik Federal Villa (Holiday Villa & Spa Resort) ni ada pantai 'private'.Jadi tak sibuk macam kat Cenang, kalau nak mandi tu taklah terpijak orang atau byk sgt speed boat. Nak berjemur pun tak rasa 'direnung @ ditenung' :-) Lokasi: Pantai Tengah yg tenang dan tenteram!

2) Pengangkutan
Dah pasti feri! Sekarang kaunter tiket di Kuala Perlis dah berpindah ke lokasi baharu... depan tu saja. Dan masih kosong. Kot2lah ada tempat minum ka apa... Tak kisahlah, sebab selalu kalut je nak naik feri. Tapi sekarang tiket dah berkomputer. Sepatutnya masa beli tiket tu depa masukkan perincian penumpang... Nama dan no MyKAD. Tapi depa tak buat. Mungkin nanti kena ada pengutkuasaan. Bukan apa, ingat tak dulu ada feri tenggelam (tenggelam ke berlanggar ntah) dan baru kelam kabut cari details penumpang. Lepas tu adalah sekejap penguatkuasaan suruh tulis nama dan no IC serta alamat dalam buku, tapi lepas tu macam biasalah... hangat2 tahi ayam. Harap lepas ni boleh kuat kuasakan sebab masa masuk ke dalam termnial feri tu kena imbas kod pd tiket dan nampak ruangan details penumpang tu sepatutnya ada.
Dan satu lagi, ada pulak ulat (?) yang promote suruh beli tiket balik dengan 'open ticket' depan kaunter tu. Memang terbeli dah. Tak dak masalah sebenarnya sebab sah. Tapi bila fikirkan balik, tak payah beli open ticket... sebab sampai di langkawi bila nak balik kau kena beratur jugak, dan kalau kebetulan masa yang kau pilih nak balik tu penuh, kau kena cari masa kosong juga. Maksudnya open ticket tu tak menjamin kau dapat tarikh dan masa yang kau nak... Beli aja tiket pergi - balik terus dari kaunter. Sah dapat tarikh, masa dan tempat duduk yg kau nak... Lainlah kau tak tahu nak balik bila, dan takut duit 'terhabis' beli pinggan mangkuk, bolehlah beli open ticket!

3) Pengangkutan di Langkawi.

Kalau pergi sorang2 mcm aku, boleh ja berjimat dengan sewa motosikal. Kat jeti tu harga dia RM40 24 jam. Tapi aku pernah sewa kat pekan kuah dalam RM30 je. Kat Pantai Tengah kedai T-....(lupa nama) RM28 ja kot! Tapi dari jeti ke Kuah tu berpeluh jugak berjalan... baik cari no fon, suruh depa p ambik. Tapi tengok cuaca jugak ya... Kalau ramalan kaji cuaca dok kata hujan memanjang.. pandai2lah! Tapi memang jimat kalau sewa skuter. Beberapa tip sewa moto / skuter:

(a) Pastikan tahu fungsi semua. Baru2 ni jenuh jugak cari macam mana nak start dan buka tempat duduk (nak isi minya).Maklumlah selalu pakai motosikal Kriss, tetiba skuter automatik Honda...Fuhhh berpeluh!
(b) Isi minyak... Yang ni buka dan tengo dulu minyak dalam tangki. Jangan percaya dengan meter. Tulis E tp bila nak isi ada 3/4 tangki lagi... Jangan tertipu!

(c) Check dulu sebelum terima. Check lampu (pastikan berfungsi dan 'suluh' ke jalan) Aritu pernah amik sebuah dan lampu suluh ke langit... Marah pemandu depan!

4) Pelan B
Kena ada pelan kontigensi, terutamaya baju. Aku pergi sehari, bawak dua helai baju dan sehelai seluar. Hat lain tu pakaian renang ja. Tetiba hujan (sebab naik moto) maka basah habis. Baju bolehlah tukar... tapi seluar tak ada. Camna tu? Terpaksa ke Chenang beli seluar trek baharu..adoiii.

5) Membeli belah.
Haaa...yg nak tau cara berjimat? Ingat pesanan ini... "BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA". Takdak tip untuk yg ni! hahaha.

Apa-apapun... Harap2 Langkawi akan buat tarikan baharu yang lain. Kali ni sebab nak pergi mandi laut aja..OKLah.... Yang lain tu, erhmmmmm...

p/s:murah ke ke langkawi? (seorang / berdua dari Kedah):

Tambang feri : RM 18.00 x 2 trip = RM 36.00
Sewa skuter : RM 50.00 (sehari setengah)
Minyak moto (yg hampir tertipu) : RM 2.00
Seluar trek : RM 10.00
Hotel (Federal Villa) : RM 100.00 semalam
Makan tgh + mlm + sarapan + tgh = RM 8.00 + 8.00 + 6.00 + 10.00 = RM 32.00 (mkn sorg2 jimat!)
Tiket Cable Car (hat ni x jimat) : RM 40.00 + 15.00 (nak lif ke bridge) = RM 55.00
JUMLAH SEMUA :: RM 285.00
*** errr... x berapa jimat!!! Kalau nak jimat jgn p naik cable car. Acap kali naik pun bukan ada apa!!!

Sekian! :-D

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...