Islamic Widget

17 April 2011

Anugerah Allah

Tup tap tup tap, April menjelma lagi. Dah pertengahan pun. Bukan ada apa-apa yang istimewa sangat bulan April. Cuma nak memperingatkan bahawa teks ucapan dan kata alu-aluan untuk Majlis Anugerah Cemerlang tahun ini kenalah disiapkan dengan segera! Mujurnya tahun ini dilewatkan sampai ke hujung bulan. Maklumlah, sejak pertengahan bulan Mac lagi, aktiviti hujung minggu hampir penuh. Macam-macam. Sebab itulah  tahun ini sibuk juga nak bercuti ke mana-mana. Merehatkan badan dan minda. Siapa ada ruang masa? Jom kita Cuti-cuti Malaysia lagi!

Apa-apapun, dalam keriuhan dan kekalutan pelbagai program dan mesyuarat (sampai ada pelajar tanya : "Cikgu tak ada mesyuarat hari ni?" ...huh kurang asam punya budak! :-D); terasa kurang letihnya pabila dapat SMS daripada beberapa (hanya beberapa!) bekas pelajar. Alhamdulillah, dapat temu duga untuk mendapatkan biasiswa pengajian ke luar dan dalam negara daripada pelbagai agensi : kerajaan, badan berkanun dan swasta. Tahniah anak-anak... Kejayaan anda semua sahajalah yang berjaya merawat penat lelah dan letih kami sepanjang anda berada di bumi i-Kups'. Insya-Allah perjalanan kalian akan diwarnai oleh puspa  (bukan perpustakaan yer...) yang harum mewangi! Doa kami sentiasa mengiri perjalanan korang ke bilik temu duga. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk anda. Cuma sesekali ingatlah pesanan (al-Quran? Hadis? Hukama'? Tak taulah siapa) " Mungkin yang kamu sangkakan baik itu tidak baik pada sisi Allah; tetapi mungkin apa-apa yang kamu rasa tidak baik itu, baik pada sisi Allah". Jadi diharapkan kita semua kembali menerima qada' dan qadar Allah nanti...Insya-Allah, anda akan mendapat yang terbaik untuk kalian!

Kepada yang kurang berjaya; perjalanan masih panjang. Laluan anda mungkin berbeza daripada teman-temanmu, tetapi ingatlah:: matlamat anda semua tetap 1 - menjadi insan yang BUDIMAN!

13 April 2011

Kokokan PPSMI di Tengah Hari

 
  1. Saya kagum dengan kesungguhkan Parent Action Group for Education (PAGE) dalam memperjuangkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pemelajaran Sains dan Matematik. Selepas gagal mempengaruhi kuasa politik untuk meneruskan dasar PPSMI, mereka terus bermati-matian mempertahankan dasar itu dengan pelbagai cara. Oleh sebab didokongi golongan elit, mudah bagi mereka menempatkan suara di dada-dada akhbar. Kesungguhan yang tanpa batasan ini sekiranya digunakan oleh PAGE untuk mencari jalan dan upaya memastikan guru-guru terlatih dalam Bahasa Inggeris (TESL) ditempatkan di sekolah-sekolah luar bandar; alangkah moleknya!
  2. Sisipan The Star terbaru (10.4.2011) memaparkan 'kerisauan' PAGE terhadap pemansuhan PPSMI - seolah-olah tanpa penggunaan Bahasa Inggeris dalam P&P bagi kedua-dua subjek (dan anak-anaknya) tersebut, maka kualiti pelajar makin merosot. Menggunakan pelbagai hujah - termasuk hujah yang pernah digunakan oleh pihak yang menentang PPSMI dahulu, iaitu hak pelajar untuk belajar dalam bahasa pilihan mereka - PAGE tanpa berselindung 'seolah-olah' menyalahkan pihak guru yang gagal mengajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul yang menyebabkan kegagalan dasar ini.
  3. Mungkin kita perlu diperingatkan tentang Dasar Bahasa Kebangsaan 1963/69 yang membawa kepada pemansuhan sekolah aliran Inggeris di Malaysia. Dasar ini menekankan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala 'urusan rasmi' termasuk di sekolah. Jadi tidak timbul masalah bahasa Inggeris sebagai lingua franca dunia kerana yang ditekankan di sini ialah penggunaan total bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahkan dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa kebangsaan telah diletakkan sebagai bahasa perantara  utama dalam P&P di sekolah kebangsaan (kecuali dalam pendidikan bahasa asing!).
  4. Saya tidak mahu lagi bercakap tentang : "Kami tidak menentang bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa, tetapi...." kerana saya kira pihak PAGE sudahpun menulikan telinga dan membatukan minda. Saya cuma berharap mereka sedar yang mereka berada di bumi Malaysia. Di sini, ada tiga jenis sekolah : Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, dan Sekolah Swasta (termasuk sekolah antarabangsa). Pilihlah yang mana satu idaman kalbu - tetapi jangan merapu-rapu. Masuk kandang kambing mengembeklah, masuk kandang kerbaui, menguaklah; masuk kandang harimau, haaa... reti-retilah mengucap!

09 April 2011

MTQ PKG & Daerah

videohttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=7934173164711186863
Pada 24 Mac yang lepas, pasukan MTQ sekolah telah menyertai MTQ Peringkat PKG Hosba di SK Bukit Tangga. Daripada penyertaan tersebut, Integrasi Kubang Pasu telah berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan dengan menjuarai 5 daripada 7 pertandingan. Keputusan penauh adalah seperti berikut :-
1. Johan Nasyid
2. Johan Hafazan (Putera & Puteri)
3. Johan Syarahan Agama (Putera)
4. Johan Tlawah (Puteri)
5. Naib Johan Syarahan Agama (Puteri)
6. Saguhati Tilawah (Putera)

Sementara itu, pada 2 April pula, pertandingan peringkat daerah telah diadakan di SMK Ayer Hitam. Daripada 5 penyertaan i-Kup's telah berjaya menjohani tiga daripadanya, iaitu:-
1. Nasyid
2. Hafazan (Putera)
3. Hafazan (Puteri)

Mereka akan bersaing lagi pada 16 April ini di SMK Agama Sik pada peringkat negeri. Seluruh warga i-Kup's mendoakan kejayaan pasukan MTQ sekolah.

07 April 2011

USIM


Perjalanan ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai tidak banyak yang boleh diperkatakan. Sesampai di USIM - selepas bersarapan di Rerstoran Jejantas Sg Buloh- kami diberi taklimat yang panjang lebar serta dibawa melawat sekitar Pusat Tamhidi. Lawatan ke makmal tidaklah begitu menarik (bg saya), tetapi sedikit sebanyak seyogia mendatangkan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk belajar dengan lebih tekun. Rombongan seramai 36 orang pelajar ini diketuai oleh Pn. Saidah. Malang sekali, lawatan ke Perpustakaan tidak dapat melihat-lihat kecanggihan perpustakaan universiti atas faktor kesuntukan masa.

Terima kasih Akmal - x-student SBPIKP SPM 2008 di USIM

Lawatan ke Fakul Perubatan dan Fakulti Pergigian USIM di Pandan Indah membawa pelajar-pelajar yang berkad 'hijau' ini ke realiti dunia pelajar perubatan. Selain dapat melihat makmal dan peralatan, berkesempatan juga mereka menyentuh organ-organ yang telah disimpan di dalam makmal. Mungkin ada yang terpaksa mengubah cita-cita daripada seorang doktor kepada jurutera selepas lawatan ini :-D. Lawatan ini juga berjaya mengubat kelaparan setelah tidak sempat makan tengah hari akibat perjalanan yang agak panjang dr Nilai ke Pandan Indah. 



Lawatan yang berakhir di Petrosains KLCC pada keesokan harinya (2.4.2011) diharapkan membantu mereka mendekati dunia pascda-SPM. Semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2011 nanti!

Di Ruang Legar Perpustakaan USIM Nilai

Terima kasih kpd SMS Selangor yang sudi menumpangkan kami untuk tidur di sini