20 Jun 2017

Marhaban Ya Ramadan!

Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam 'al-qadr'. Tahukah kamu apakah malam al-Qadr? Malam al-Qadr itu ialah malam yang lebih baik daripada seribu bulan! Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[al-Qadr, 97 : 1 - 5] 

Kemuliaan dan kelebihan bulan Ramadan telah difirmankan oleh Allah s.w.t melalui al-Quran dan nukilan lisan kekasih-Nya, Muhammad s.a.w. Sepanjang Ramadan, amalan baik akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah s.w.t berlipat kali ganda. Seyogianyalah, pada bulan ini segala amalan kebaikan dilakukan oleh hamba-hamba-Nya demi mendapat pandangan dan tilikan kasih sayang-Nya kepada kita. 



Menyedari kelebihan-kelebihan tersebut, maka Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah telah menganjurkan Kem Ibadah & Ihya' Ramadan pada 20- 22 Ramadan 1438H bersamaan dengan 15 - 17 Jun 2017. Kem yang diadakan di SMK Gulau, Sik Kedah itu dihoskan oleh PPM Sik dengan penyertaan ahli-ahli Pengakap dari seluruh negeri Kedah. PPM Kubang Pasu telah mengamanahkan pasukan nasyid Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (iKUPS) sebagai wakil tunggal dalam majlis tersebut. Atas kapasiti johan nasyid Pengakap peringkat Kebangsaan pada tahun 2016, pasukan Khairan iKUPS yang dianggotai oleh 8 orang peserta telah membawa harapan dan nama Kubang Pasu ke kem tersebut. Pertandingan nasyid yang disertai oleh tujuh pasukan itu berlangsung dengan harmoni tetapi penuh tenaga walaupun dijalankan pada petang Khamis, seusai pendaftaran. Dengan membawa lagu al-Quran Membina Ukhuwah Khairan telah memukau hadirin dan juri serta menghangatkan petang 20 Ramadan di bumi Sik. Dalam keputusan yang diumumkan pada masjlis penutupan, Khairan telah dinobatkan sebagai Naib Johan, di belakang Kota Setar. Apa-apapun, tahniah kepada pasukan Khairan kerana sanggup menggalas tugas yang diamanhakn oleh PPM Kubang Pasu.







Sepanjang dua hari , acara lain yang turut dipertandingkan ialah Tilawah al-Quran (PM/PR/PKK), Pertadingan Azan (PKK), dan Pertandingan Cerita (PKK). 

Majlis perasmian penutupan telah dilakukan oleh YB En.Mahadzir bin Abdul Hamis, ADUN Jeneri merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah Sik pada jam 6.30 petang 21 Ramadan bersamaan 16 Jun 2017. Ia turut dihadiri oleh YB Dato' Zaini Jafar, ADUN Bukit Kayu Hitam merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Kedah. Majlis penutupan diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih di surau SMK Gulau.







Semoga acara yang memberi manfaat ini dieruskan lagi pada tahun -tahun akan datang.

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...