11 Julai 2021

Jom Jawab!





Kuiz Bahasa Melayu dalam talian yang saya sediakan, khas untuk pelajar-pelajar, khususnya pelajar menengah atas. Jom mula!

1. Kuiz Tatabahasa : https://quizizz.com/join?gc=709492

2. Kemahiran Sastera : https://quizizz.com/join?gc=624488

3. KOMSAS : https://quizizz.com/join?gc=385116

4. Tatabahasa (Penyuntingan) : https://quizizz.com/join?gc=143986

5. Pengetahuan Am (tema: pertanian) : https://quizizz.com/join?gc=417758

Nak lagi? Tungguuuuu....

25 Jun 2021

LATIHAN DALAM TALIAN SEMPENA PKP COVID19

Assalamualaikum w.b.t

Sempena cuti kurungan kuarantin PKP COVID19 ini, cikgu kongsikan latihan secara dalam talian untuk membugarkan minda anak-anak pelajar. Selamat bercuti sambil belajar...

(p/s: Cikgu tambahkan beberapa latihan lagi sempena PKPKPKPPP 2021 ni... Selamat menjawab!)

#PKPBv.2
#savemalaysia
#pray4us
#stayAtHome
#KitaJagaKita 
#iKUPSno1



1. Latihan Peribahasa
   https://forms.gle/72gJGU8PtzN7sxWT9

2. Latihan Kesalahan Imbuhan 2
https://forms.gle/6CLwbWzeWZvT8Zd88

3. Latihan Kesalahan Imbuhan 1
https://forms.gle/gdoNUxJ1AU2GJHRC6

4. Peribahasa 2
https://forms.gle/9VD1aQSfobi2rSTP6
 
5. Padanan Istilah/Perkataan
https://forms.gle/ohnke4x1kF698Ppi8

6. Kesalahan Imbuhan
https://forms.gle/egCmRR7s2bvZiJaE9

7. Kesalahan Ejaan 2
https://forms.gle/oYuANWQb6KjiHp4C8

8. Pola Ayat Dasar 
https://forms.gle/oMYNo52hGAU3LzRD6

9. Awwalulkalam PKPB

10. Latihan peribahasa 3K





22 Mei 2021

Modul Pembelajaran Bahasa Melayu KSSM



 Akhirnya, selepas berbulan-bulan bersengkang mata, memerah otak dan menjana idea, Modul pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Lima berjaya diterbitkan. Kolaboratif 31 orang guru Bahasa Melayu sebagai penggubal dengan 13 orang penyunting ini membuktikan tiada gunung terlalu tinggi, tiada lurah terlalu dalam untuk ditempuh. Walaupun agak lama prosesnya (hampir 5 bulan), namun ketekunan dan kerjasama yang berterusan menjadikan modul ini sebagai buah tangan terbaik untuk para pendidik Bahasa Melayu. Terima kasih kepada Pn. Hasliana Mod Hassan, pegawai Unit Bahasa di Sektor Pembelajaran JPN Kedah yang telah bertungkus-lumus merealisasikan projek ini.

Modul ini merangkumi tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar, dengan gabung jalin aspek seni bahasa dan tatabahasa. Penerbitan ini menjadi tanda aras kepada penerbitan modul-modul pembelajaran yang lain kerana sifatnya yang menyeluruh dan merangkumi semua Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan Bahasa Melayu Tingkatan 5, KSSM. Dengan kekurangan bahan pengajaran dan pemelajaran di pasaran, modul KSSM yang pertama kali diterbitkan ini diharapkan akan menjadi pemangkin kecemerlangan guru-guru dalam merancang dan melaksanakan PdPC dengan lebih berkesan, selari dengan OMP Bahasa Melayu KSSM. 

Seterusnya, nantikan kemunculan beberapa modul KSSM lain - dibuat khusus untuk kita!

09 Mac 2021

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Bahasa Melayu Ting. 4

 Alhamdulillah, pelajar-pelajar Tingkatan Empat 2021 iKUPS telah berjaya menyiapkan projek-projek yang meliputi tema yang dipelajari dalam subjek Bahasa Melayu. Sebanyak enam tema telah diberi dan mereka bebas memilih tema yang disukai setelah berbincang dengan ahli kumpulan. PBL kali ini sedikit berbeza daripada sebelum ini apabila 100 peratus hasil mereak menggunakan medium ICT bagi menghailkan dan memaparkan hasil kerja mereka.

(gambar hak cipta :http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/10/pembelajaran-berasaskan-projek.html)


Terdapat dua tugasan yang perlu dibuat persembahan (showcase) iaitu penulisan dan video. Tujuan PBL ini, selain memantapkan maklumat mereka tentang tema yang dipelajari adalah sebagai penilaian untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi ketiga-tiga kemahiran (bertutur, membaca dan menulis).

Silakan menonton hasil kerja mereka, dan 'like' video kumpulan kesukaan anda. Video terbanyak memperoleh 'like' dikira sebagai pemenang! 

Selamat menonton!
Selamat mengundi!


(1) Hasil penulisan (blog) : https://alphagenerationstu.wixsite.com/algenst 


(2) Hasil video (YouTube) : https://www.youtube.com/playlist?list=PLHzhOFKi3hLPPh7vnI0KWGW0Psr81uoP_

#PBLBM 

#iKUPSno1 

#VideoPdPciKUPS 

#BahasaJiwaBangsa

23 Februari 2021

CONTOH FOLIO DALAM TALIAN BAGI PBL BAHASA MELAYU TING. 4 2021

  TAHUKAN ANDA?

Kajian menunjukkan bahawa 16.8 juta orang penduduk Malaysia mengalami masalah obesiti. Hal ini menyebabkan Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang paling tinggi mempunyai penduduk yang obes dalam kalangan 11 buah negara Asia Tenggara! Tak percaya? Lihat grafik-grafik fakta di bawah:


Errr... agak-agaknya golongan dewasa dan orang tua sahaja yang ada maslah ini! Kami muda lagi, apa nak takut.... Secara umumnya, mungkin pernyataan tersebut benar. Cuba lihat data di bawah:




Tapi, benar-benar tepatkah anda andaian kita? Anda yakin, anda selamat???



Menurut Pegawai Perubatan, Jabatan Pediatrik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siti Fatimah Abu Hussain, kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini dan seseorang kanak-kanak itu dianggap obes apabila Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) adalah tinggi bagi umur dan jantinanya.

“Jika ibu bapa perasan setiap kanak-kanak mempunyai buku rekod kesihatan ‘baby book pink or blue’, graf berat serta tinggi boleh dilihat di ruangan belakang buku tersebut. Sekiranya berat sentiasa di bahagian atas sehingga melepasi graf teratas, bermakna anak itu mempunyai berat yang berlebihan.

“Kanak-kanak berlebihan berat terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan antaranya Diabetes Mellitus jenis dua (2), tekanan darah tinggi, masalah hati, kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan rongga pernafasan yang tersekat ‘Obstructive sleep apnea‘ (OSA), batu karang pada pundi hempedu, kerosakan sendi, sindrom metabolik, risiko penyakit jantung, masalah haid, membesar menjadi orang dewasa yang gemuk dan kemurungan,” ujarnya semasa ditemu bual dalam rancangan Sembang Sihat di Kelantan FM.



Siti Fatimah berkata, masalah kesihatan berkaitan obes boleh dikurangkan dengan mengamalkan tabiat makan yang baik dan senaman yang kerap seperti melakukan kegiatan fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan memberi sokongan dan menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak mereka selain turut menghadkan penggunaan alatan gajet iaitu tidak boleh melebihi dua jam sehari.

“Galakkan kanak-kanak makan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari serta makan mengikut masa yang betul iaitu sarapan pagi, tengah hari dan malam di samping terapkan amalan makan bersama ahli keluarga serta elakkan makan sambil menonton televisyen,” ujarnya lagi.

Menurut Siti Fatimah, kanak-kanak memerlukan zat yang cukup untuk tumbesaran yang sempurna sementara kanak-kanak obes pula perlu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 0.5 – 1 kilogram sahaja dalam tempoh sebulan.

Berat badan kanak-kanak tidak perlu turun dengan banyak secara mendadak, seeloknya biar ia turun secara perlahan-lahan tetapi konsisten melainkan segelintir kanak-kanak yang obes dan ada tanda-tanda komplikasi, mereka memerlukan bantuan ubat untuk menurunkan berat badan tersebut.


OBESITI? APA TU????


EH, SAYA ANGGUN!
anda mungkin perasan (kerana perasaan!) bahawa anda masih anggun. namun cuba ukur BMI anda mengikut formula kiraan berikut!

Anda masih anggun dan kacak? Alhamdulillah... Namun, jika anda sudah obes, cari punca-puncanya dan amalkan kaedah-kaedah menjadikan anda tampil kacak bergaya!

PUNCA - PUNCA OBESITI RAKYAT MALAYSIA











Ingatlah bahawa maslah obesiti tidak terhenti di situ sahaja. Bahkan obesiti merupakan punca masalah-masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung, strok, arthritis; malah penyebab kepada penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi, maslah jantung dan diabetes!


Orang tua-tua pernah berpesan : Sediakan payung sebelum hujan; mencegah lebih baik daripada mengubat!

maka, cegahlah obesiti dengan tepat!

Apa cara-caranya?
(1) Amalkan pemakanan yang seimbang!


(2) Lakukan aktiviti fizikal secara konsisten




(3) Kekalkan perancangan diet yang sihat




KESIMPULANNYA, ayuhlah kita amalkan gaya hidup sihat. Elakkan obesiti, jaga personaliti!

21 Februari 2021

Salam Perjuangan dari Perbukitan

 SPM sudahpun tiba. Yang dinanti sudahpun datang. Yang dicita-citakan sudah menjelma. Demikianlah ungkapan yang bisa diucap untuk menyambut ketibaan SPM yang tertangguh. Memang pedih rupanya menanggung rindu. Benarlah kata orang, penantian satu penyiksaan. Namun, alhamdulillah, berkat kesabaran para pelajar berjaya juga bertemu dengan peperiksaan yang dinanti-nantikan.

Kata orang: Pintu IPT sudah terbentang, SPMlah kuncinya! Oleh itu, pastikan anda memilih anak kunci yang paling tahan dan paling sesuai untuk memilih pintu-pintu yang selayaknya untuk kalian. Semoga berjaya dengan cemerlang, putera-puteri harapan bangsa; selamat berjuang dengan penuh keberanian permata hati harapan ayah bonda!

Cikgu mengucapkan selamat menempuh perjuangan dengan sebaris kata: Perjuangan tidak pernah mudah!




22 Januari 2021

Ia kembali...

 Nampaknya PKP kembali ke seluruh negara. Selepas dijalankan mengikut kawasan dan negeri-negeri secara bersasar sebelum ini, kini PKP dikuatkuasakan di semua negeri di seluruh negara kecuali Sarawak. Semoga PKP kali ini benar-benar berjaya memutuskan rantaian COVID-19. Paling kurang angkanya diharapkan menurun secara signifikan.



01 Januari 2021

Selamat Tahun Baru 2021

 Selepas impian melihat kereta terbang pada 2020 'melayang', diharapkan tahun 2021 tidak banyak RM yang terbang. Wabak Covid-19 yang masih berleluasa menyebabkan kita tertanya-tanya: bagaimana nasib kita pada tahun ini? Masihkah hilang setengah tahun dengan mengadap gajet elektronik aja? tak kiralah sama ada untuk belajar, main game atau cari resipi masakan! 

Semoga Allah mengangkat cubaan ini dari muka bumi. Cuma diharapkan pada tahun ini kita semua lebih matang menhadapi pandemik ini. Kalau peringkat awal Pandemik Cov-19 dulu, kita gelakkan China sebab tercetusnya wabak ini di sana, dengan mengatakan itu bala daripada Tuhan; tetapi akhirnya kita turut terkesan. Bukan sedikit pulak tu! Satu dunia. Dalam pada masa yang sama, disebabkan kita dah rasa 'bengang' dengan politikus, kita acah gembira apabila mana-amana politikus yang terkena jangkitan COVID-19; dengan mengatakan "padan muka"! Akhirnya, bukan mereka sahaja, kita pun turut terkesan. Ada pula kita yang terperasan bahawa kitalah yang paling suci dan tidak menyumbang kepada peningkatan COVID-19, tetapi apabila dibuka perjalanan antara negeri; kitalah yang memenuhkan ruang libur di pusat-pusat pelancongan! Dan apabila orang lain yang terkena (selepas berlibur), kita menuding jari mereka tidak menjaga SOP. Walhasilnya? 

Selamat datang ke tahun 2021: Tahun Pandemik Berterusan!




Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...