Islamic Widget

05 Disember 2007

Berakhir Perjalanan…(ARKIB)

Berakhir Perjalanan…

Alhamdulillah, baru sebentar tadi, Cik Bedah dengan syahdunya berpantun (pantun ulangan) di depan para pelajar dan waris untuk majlis Sirih Pulang ke Gagang Fasa 2 (untuk pelajar aliran sains agama). Dengan itu berakhirlah riwayat mereka sebagai pelajar SBPIKP. Selepas ini, apabilaPc050013  anda melangkah  keluar saja dari pintu pagar di depan tu, anda akan digelar bekas pelajar. Diharapkan semoga semua bekas pelajar SBPIKP akan berjaya dalam hidup masing-masing. Apapun yang anda buiat, pastikan buat yang terbaik dan mendapat hasil yang terbaik juga.
Pc050014
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi

21 Julai 2007

NKI (ARKIB)

NKI

Ari ni aku abis edit teks ucapan perasmian penutup NKI kali ke-28. Dah tak sampai sebulan lagi dah… Boleh tahan gak aku merapu. Bukan apa, sebab selalunya aku tulis macam2 pun, perasmi tu bukannya nak baca apa yang aku tulis. Wat penat jer. Dash tiga tahun wat kerja camni. Tapi OKlah jugak. Paling kurang aku boleh guna semula otak aku yang dah agak ‘berkarat’ nih. DAh lama tak baca benda-benda ilmiah, menulis jauh sekali. RAsa dah makin bodo lak… Dok crita benda sama jer. Balik2 itu..periksa, ujian..baca buku. Bosannya. Tak der wacana intelektual langsung kat sekolah tu rasanya. JAdi, dengan menulis teks ucapan ni, bolehlah mengasah semula ketajaman minda dan akal budi aku ni.. Baru la terasa macan cendekiawan, errr…terlebih puji diri sendiri pulak. Tapi itu la… Hakikat… :) 

Tapi aku rasa lepas ni aku nak mula menulis semula la. Dah rindu nak tengok nama sendiri dalam majalah.. hehehe. Umph… boleh ajak Nuar nih!

Ada siapa-siapa yang ada idea nak tulis apa?

20 Julai 2007

Pidato Johan (ARKIB)

Pidato Johan

Akhirnya… lepas dah banyak kali bawak student p lawan, menang jugak Pidato Piala Diraja Prg Daerah. Zakwan dah berjaya bawak balik piala pusingan kelmarin, 19/6/07. Fuhhh lega… Masuk prg negeri bln Julai ni. Harap2 sampai ke kebangsaan pd Ogos ni. Harap2 tadak criter duka lagi macam gi HKSBP Kebangsaan baru2 ni. Kalu tak.. hummp… ntah ler.

11 Julai 2007

Assalamualaikum...

Ini blog aku yang ke-3. Bukannya gila blog, tetapi mungkin yang ini lebih sesuai untuk ruangan yang lebih serius. Yang satu lagi (satu di tripod sudah dilupuskan) hanya untuk (bekas-bekas) pelajar aku terutama murid-murid (bekas) di SBPI Kubang Pasu. Aktiviti menulis makalah untuk dihantar ke mana-mana majalah dan akhbar pun sudah semakin surut. Kesuntukan masa untuk benar-benar menulis. Lantas, dikirakan, menulis dalam blog, tanpa terikat dengan laras yang terlalu tekal menjadi pilihan terbaik untuk terus menjana idea dan melontarkan maklumat untuk dikongsi bersama-sama dengan 'penjelajah' alam maya ini.
Akhir sekali untuk kali pertama ni, selamat berkenalan!

31 Mei 2007

HKSBP KE-34 (ARKIB)

HKSBP KE-34

Hmmm.. selepas seminggu berhempas-pulas kat Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi(SAKTI), kat Bandar (pekan sebenarnya) Penawar, akhirnya HKSBP ke-34 dah tamat. Dan pukul 2.15 petang semalam sumer kontinjen dah berangkat pulang. Guna istilah berangkat sebab sumer sekali dah angkat beg dan barang ke dalam bas :) Mujur tak der satupun pun kontinjen yang kena bertolak pulang.. kalau dak susah jugak kena tolak bas tuh… jauh! Sampai kat skolah dah pukul 6.00 pagi. Fuh.. jauhnyer. Apapun, terima kasih kat SMS Pkok Sena kerana sudi "menumpangkan" kami.. (Ada cerita di sebalik peristiwa).

Apapun tahniah ler kepada pasukan bahas Bahasa Inggeris yang telahpun mara ke suku akhir kedua. Walaupun tewas kepada SMS Alam Shah (ASiS), KL namun berbaloi la. Sebab depa menang peringkat separuh akhir dan berjaya ke peringkat akhir bertemu dengan STAR. Tak sangka le pulak boleh sampai ke peringkat tu. Satu kejayaan… Apapun kepada pasukan Bahasa Melayu, usaha dengan lebih tekun lagi. Pastikan tahun depan, kat SERATAS sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir… Tak mustahil kan? OKlah, boleh tewaskan STJ (pasukan belasahan dalam kumpulan kali ni..:-)). Apapun, yang penting semua pembahas gembira ke SAKTI.

Tahun depan HKSBP Zon Utara kat SERATAS & Kebangsaan kat Jenan. Harap-harap penginapan, pengangkutan dan layanan untuk hakim lebih baik daripada SAKTI. Apapun, tahniah SAKTI.

15 Mac 2007

Halia Dunia (arkib)


Halia Duni (ARKIB)

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga condong akhirnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akhir sudahnya

Ya Allah… Kubersyukur ke hadrat-Mu, kerana dengan limpah kurnia-Mu dapat kumenatap wajah bondaku pada saat dia meninggalkan kami. Walau hanya beberapa ketika sebelum dia meninggalkan kami, tiada yang lebih besar daripada waktu yang Kaukurniakan kepadaku unutk mencurahkan sedikit bakti dan mencium tangan dan pipinya, ya Rabbi. Ya Allah… Kautelah cabut permata yang menghiasi cincin kehidupan ini. Kau sirnakan alam hidup kami dengan memanggil hamba-Mu itu ke hadrat-Mu.

Ya Allah, kami reda dengan ketentuan-Mu. Ya Allah, panggilan-Mu ialah panggilan abadi. Oleh itu ya Rahman, Kau ampunilah dosa-dosa hamba-Mu itu dan Kautempatkanlah rohnya bersama-sama golongan orang yang memperoleh nikmat dan darjat tertinggi.

Ya Allah, daku bersyukur ke hadrat-Mu kerana pada saat perjalanan yang abadi roh ibuku, telah Kauberikanku kesempatan mengiringi rohnya dengan bacaan surah al-Mulk. Moga-moga Ya Rabbii, ia menjadi peneman sepanjang zaman kepada ibuku.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim… Kauampunilah dosa-dosa ibuku, Kau ampunilah juga dosa-dosaku kepada ibuku Ya Allah! Kautemukanlah kami di akhirat nanti di tempat yang penuh kenikmatan, di dalam syurga-Mu ya Allah!

Amin, ya Rabbal Alamin!