Selamat menyambut dan menghayati Hari Raya Aidiladha 1430. Semoga perayaan pada kali ini memberi erti yang besar kepada jiwa kita. Aidiladha (aid = perayaan, adha = korban) sewajarnya menjadi titik tolak kepada kita untuk berkorban : nafsu, jiwa, harta, masa, tenaga...- Diharapkan kita semua berfikir sejenak : dalam kesucian aidiladha ini, tentang pengorbanan yang telah kita lakukan dalam sistem pendidikan kita pada hari ini. Adakah kita sebenarnya berkorban demi anak bangsa dan negara kita, atau apa-apa yang kita lakukan sebenarnya mengorbankan anak bangsa kita, dan mengenyangkan hawa nafsu seorang dua daripada kita?
- Marilahlah kita berfikir sejenak pengorbanan para pejuang kemerdekaan dan nasionalis pada awal kemerdekaan. Mereka berjuang bermati-matian demi kelangsungan bangsa, bahasa dan agama serta negara kita yang tercinta, Malaysia!
- Semoga selepas ini tidak perlu lagi kita mengorbankan bahasa, agama dan wawasan kita demi keselesaan segelintir mereka yang mindanya terarah kepada satu : BARAT.
PUPUS BAHASA PUPUSLAH BANGSA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan