Memaparkan catatan dengan label SBT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SBT. Papar semua catatan

11 November 2012

mengajar...dan belajar

Bertempat di My Hotel, Pulau Langkawi seramai lebih 80 orang guru dan staf sokongan i-KUPs berkampung selama tiga hari dua malam untuk mengkuti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). LDP yang pada asalnya dirancang diadakan di Pulau Mutiara terarah ke Pulau Lagenda akibat masalah teknikal. Walau apa-apapun, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pembangunan Staf, khususnya Pn. Ruzianah dan Pn. Zameary yang telah bertungkus-lumus berusaha bagi menjayakan program ini.

Sesi 1 : Ucaptama Pengetua

Sesi 3 : 3PM & Kelestarian SBT oleh En. Mohd Shahadan

Sesi Perbincangan Pengurusan Akademik 2013

Tekun mencatat isu-isu yang dibincangkan

'No Comment'

Menunggu untuk pulang

Selamat Tinggal Langkawi...

17 Februari 2011

Alhamdulillah...

23 buah sekolah lagi diiktiraf SBT

17/02/2011 12:56pm

LIMBANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan. Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.

Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.  

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.

Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; dan SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.

SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang; dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lepas, 20 sekolah diumum sebagai SBT. – Bernama

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...