Selepas tiga hari bermusyawarah di Bilik Mesyuarat al-Syura, sesi terakhir melabuhkan tirainya tengah hari tadi. Membentangkan aktiviti Program Kecemerlangan Akademik 2011 di bawah bayang-bayang suram PMR 2010 sedikit menggoyahkan hati. Bukan takut, tetapi tiba-tiba terfikir : sudah habiskah usaha dilakukan kepada semua anak didik ini? Ataukah mungkin masih ada sisa usaha yang dipersia, yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Hakim pada hari perhitungan yang tiada sebarang kesilapan berlaku nanti?
“… usahlah Kaubebankan kami dengan bebanan yang tiada tertanggung pada diri kami, ya Illahi!”Melorot kepada tugas-tugas 2011 terasa agak berat. Dalam azam meningkatkan P&P, mampukah menzahirkan natijah yang manis bagi tugas-tugas lain? Moga-moga diberi kekuatan oleh Rabbul Izzati dalam melungsuri perjalanan hidup ini; dengan penuh ikhlas, dengan penuh istiqamah!
Kepada anak-anak didik di Orators’ League : : maaf, selepas enam tahun bergelumang dengan keringat bersama kalian, saya tidak lagi menakhodai pelayaran kalian ketika cabaran membadai demi sebuah kejayaan yang semakin sukar. Bersama juragan baharu, mungkin bahtera lebih teguh dan kompas lebih benar tujunya, amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan