- Pertama sekali, saya menyokong kenyataan bahawa sistem pendidikan kini 'terlalu ' berorientasikan peperiksaan. Walaupun Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan aspek keseimbangan pendidikan, namun melalui banyak penggubalan kurikulum, sistem pendidikan masih berorientasikan peperiksaan (bukan kurikulum). Lantaran itu, sebarang usaha mengurangkan, malah menghapuskan fenomena ini amat saya sokong.
- Walau bagaimanapun, sebarang penggubalan dasar dan agenda baharu pendidikan, saya kira tidak wajar diputuskan dalam sekelip mata. Kita tidak mahu episod PPSMI kembali berulang akibat pemaksaan yang 'tidak berakal' lantaran tidak menurut ilmu pendidikan sendiri, khususnya melalui kajian yang mendalam dan rinci. Malah, tiada 'pilot project' dijalankan menyebabkan pelaksanaannya dilihat hanya sekadar memenuhi hasrat dan 'mimpi' seseorang. Lantaran itu, cadangan pemansuhan UPSR dan PMR perlu dihalusi dan dibuat kajian yang mendalam. Tidak cukup dengan hanya mendengar pandangan awam tanpa kajian lapangan oleh pakar-pakar pendidikan, sama ada di peringkat universiti mahupun oleh guru-guru, khususnya oleh Bahagian Kajian Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran.
- Pada hemat saya, UPSR dan PMR tidak wajar dimansuhkan -setidak-tidaknya dalam waktu terdekat- kerana ia boleh menimbulkan pelbagai implikasi. Paling mudah, ia menimbulkan kesangsian setakat mana ketekalan penilaian berasaskan sekolah yang dicadangkan oleh banyak pihak. Sehingga isu tersebut dapat ditangani, khususnya oleh para guru dan pentadbir sekolah, UPSR dan PMR perlu dikekalkan.
- Walau bagaimanapun, saya amat berharap sistem penilaian itu diubah secara beransur-ansur. Cadangan memasukkan aspek kokurikulum dalam penilaian pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 mungkin relevan, tetapi perlu diteliti dengan sehalus mungkin. Oleh sebab sudah terlalu ramai pakar pendidikan kita mendapat pendidikan di Barat, mereka seharusnya dapat membuat perbandingan bagaimana sistem pendidikan Barat berjaya menjadikan murid-murid amat berminat untuk ke sekolah. Pada masa yang sama, masalah keciciran murid perlu juga diambil perhatian kerana kita tidak mahu disebabkan ketiadaan peperiksaan awam, konsep asas 3M tidak diambil berat oleh guru-guru. Selain itu, diharapkan kurikulum pendidikan kebangsaan, khususnya di peringkat prasekolah dinilai semula agar murid-murid tidak dibebankan dengan penilaian berasaskan peperiksaan tanpa mengira perkembangan psikomotor dan emosi mereka.
- Pendidikan bukanlah alat politik untuk menaikkan nama dan karier politik individu atau kelompok tertentu. Pendidikan perlu dilaksanakan secara berhemah dan berhikmah. Tentu tiada siapa yang tidak mahu melihat satu generasi kita rosak akibat keseronokan kita bermain permainan 'acu cuba' dalam pendidikan demi muslihat diri!
11 Julai 2010
Mansuhkan UPSR & PMR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sang Pembicara
Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...
-
Alhamdulillah, pelajar-pelajar Tingkatan Empat 2021 iKUPS telah berjaya menyiapkan projek-projek yang meliputi tema yang dipelajari dalam s...
-
<a href="http://www.pax.com/free-counters.html"><img src="http://counter.pax.com/counter/image?count...
-
Nabi s.a.w pernah menitiskan air mata tatkala anakanda baginda, Ibrahim meninggal dunia. Siapa kata kita tak perlukan sedikit kesedihan da...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan