04 September 2010

Memahami Hakikat

Dalam masa menyambut perayaan hari kebangsaan yang ke-53, kita dikejutkan dengan insiden 'amukan' rakyat Indonesia terhadap negara ini. Sama seperti tahun lepas, kumpulan-kumpulan ultra-nasionalis (atau itu memang nasionalis mereka) menghina tanah air kita yang tercinta. Syabas kepada rakyat Malaysia yang memberi respons 'tidak berkenan' kepada tindakan mereka. Namun hakikatnya, kita boleh katakan - biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya! Hakikatnya kita memberi makan kepada lebih 2 juta rakyatnya di sini - sah atau haram!

Walau bagaimanapun, di tengah keributan itu, di negara kita, persoalan 'siapa anda' masih belum selesai. Selepas 53 tahun merdeka, dalam masa kita menyanyikan lagu yang sama, rupa-rupanya masih ramai yang menggunakan lirik yang berbeza. Masih ramai yang belum menyedari hakikat bahawa negara ini dibentuk oleh persetujuan bersama yang telah dimaktubkan persetujuan itu dalam Perlembagaan Persekutuan. Pemberian kerakyatan secara 'jus soli' kepada seluruh rakyat bukan Melayu / Bumiputera bukanlah sesuatu yang mudah kepada Duli-duli Raja Melayu. Oleh sebab itulah, perkara khusus tentang agama, adat - istiadat dan kepentingan Melayu / Pribumi diwujudkan. Perkara tentang agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (dan bahasa rasmi), hak kedaulatan raja-raja Melayu, dan penjagaan khusus berkait dengan orang Melayu / peibumi (kuota, biasiswa, perkhidmatan awam dan lain-lain) telah disebut secara khusus dalam perlembagaan persekutuan. Oleh sebab itu, sebarang pembicaraan tentang dasar mahupun pelaksanaan perkara-perkara ini (yang boleh membawa maksud tidak senang atau cubaan menggugat kewujudannya) mungkin bermaksud juga untuk mempersoalkan pemberian hak kerakyatan secara jus soli tersebut, memandangkan kedua-dua perkara ini amat simbiosis sifatnya.

Sehubungan dengan itu, mengungkit pelbagai isu, misalnya bertanya : Siapa yang menjadikan Malaysia kaya (sudah pasti kita tahu siapa) hanya menimbulkan rasa tidak senang kepada golongan Melayu / Bumpitera. Samalah mempersoalkan kerakyatan golongan yang datuk - neneknya tidak lahir di bumi Tanah Melayu.

Maka saya menyeru pihak berwewenang agar mengambil tindakan tegas bukan sahaja kepada golongan majoriti yang mempersoalkan hak golongan minoriti, bahkan juga kepada golongan minoriti yang mempersoalkan hak golongan majoriti.

Negara ini berdiri dengan perlembagaan dan raja-rajanya. Titik!


2 ulasan:

Muiz Nasrallah berkata...

Siapa yang mula timbulkan isu perkauman ini, saya mula terfikir. Demi survival politik, yang makin terhakis, atas dasar Melayu mesti dipertahankan, timbul semangat kebangsaan ini.

Hmph! Malaysia harus dirawat, sekiranya pun enggan dibina semula. Kita masih mampu merawatnya dengan meletakkan keabsahan sistem politik kepada inti konsep negara itu sendiri, iaitu dari rakyatnya, atau dari masharakatnya. Bukan lagi pada Melayu-Islam secara sepihak.

Namun, bagaimana tatacara (procedure) untuk merealisasikannya?

http://selak.blogspot.com/2010/08/merawat-malaysia.html

arsal74 berkata...

Bagi seorang yang berpegang pada teori, memang dunia 'utopia' akan wujud. Namun secara realitinya, Amerika Syarikat tidak terbina dalam sekelip mata. Itupun, jika kita tidak buta sejarah, setelah pelbagai kerendahan budi dan akal diketengahkan - lihat sahaja golonagn asli Amerika kini. Malaysia bukan bermula pada 31 Ogos 1957, justeru sebelum Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Percayalah, kita tak mahu senasib dengan rakyat Singapura yang disejarahkan bermula selepas kedatangan Raffles, atau sebingung Palestin, tergagau di tanah air sendiri. Moga dijauhkan Tuhan hendaknya!

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...