Orang tua-tua pernah berkata : lulus jarum luluslah kelindan. Maksudnya : apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga.
Demikianlah saya katakan kepada segelintir "pejuang tegar" bagi "pengganggu kestabilan dan kedaulatan negara" yang dipelopori oleh politikawan-politikawan yang tidak beretika. Menjadi sesuatu yang sungguh mengerikan apabila pemimpin parti-parti politik kini menyatakan hajat dan hasrat mereka - sama ada secara terang-terangan mahupun tersirat - untuk mencabar asas-asas pembinaan negara Malaysia. Bermula dengan tulisan dan bahasa pada papan tanda di seluruh Pulau Pinang, terbukti benar sudah kata orang tua-tua itu! Terbaharu, seperti yang telah saya petik dalam posting sebelum ini, Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) mencadangkan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua bagi negeri Pulau Pinang. Tanpa perlu kita melihat alasan serapuh muruku yang dihamburkannya, kita sudah pasti dapat menelah maksud tersirat daripada kenyataan tersebut. Memandangkan DAP ialah parti yang lahir daripada PAP Singapura, selain dasar mereka yang jelas tentang Malaysian - Malaysia-nya, maka kenyataan daripada salah seorang ADUN mereka sudah pasti terselirat dengan maksud dan tujuan yang nyata.
Saya tidak bersembunyi : saya menuduh (dengan alasan yang munasabah) bahawa tujuan akhir kenyataan ini adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa lain. Jika sudah bahasa Inggeris dinobatkan sebagai bahasa rasmi (walaupun kedua), tidak mustahillah nanti ada tuntutan menjadikan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa kebangsaan. Mungkin alasannya akan dicedok daripada wajaran yang dibuat oleh Republik Singapura!
Pada perkiraan akal yang waras, kenyataan Yang Berhormat(?) Jagdeep Singh Deo ini jelas tidak menghormati Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (perlu diingat bahawa Pulau Pinang ialah sebuah negeri di bawah Persekutuan Malaysia), khususnya Para 2 Akta Bahasa Kebangsaan (Akta 32) yang berbunyi:
Persoalannya : sehingga bilakah permainan politik tidak bermaruah ini (secara implisitnya politik perkauman - yang selalu ditudingkan kepada parti-parti lain oleh 'mereka') ingin dimainkan oleh DAP dan sekutu-sekutunya? Sungguh malang, selepas mengutuk dan mengata pimpinan Barisan Nasional, khususnya UMNO dalam isu PPSMI, mereka mencadanglan sesuatu yang lebih pelik. Sungguh memualkan apabila ada rakyat Malaysia yang terfikir untuk mencadangkan perkara sebegini!
Akhirulkalam : sudah tenat sangatkah negara kita? Gersang idea sangatkah politikawan kita? Jangan dikata : " itu cadangan peribadi dia..." sebab, daripada idea seoranglah maka hancur seluruh negara. Sebab Sang Rajuna Tapa seorang, Singapura habis alah dek Jawa! Sebab Si Kitul seoranglah, hancur lebur terjajah negara kita lebih 440 tahun lamanya! Nak tunggu Si Kitul seorang lagikah, Datuk Seri Ketua Umum???

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.Selepas menyentuh, menyinggung dan mempersendakan Perkara 153 berkenaan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta Perkara 2 berkenaan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, DAP sekali lagi bermain dengan api.
Persoalannya : sehingga bilakah permainan politik tidak bermaruah ini (secara implisitnya politik perkauman - yang selalu ditudingkan kepada parti-parti lain oleh 'mereka') ingin dimainkan oleh DAP dan sekutu-sekutunya? Sungguh malang, selepas mengutuk dan mengata pimpinan Barisan Nasional, khususnya UMNO dalam isu PPSMI, mereka mencadanglan sesuatu yang lebih pelik. Sungguh memualkan apabila ada rakyat Malaysia yang terfikir untuk mencadangkan perkara sebegini!
Akhirulkalam : sudah tenat sangatkah negara kita? Gersang idea sangatkah politikawan kita? Jangan dikata : " itu cadangan peribadi dia..." sebab, daripada idea seoranglah maka hancur seluruh negara. Sebab Sang Rajuna Tapa seorang, Singapura habis alah dek Jawa! Sebab Si Kitul seoranglah, hancur lebur terjajah negara kita lebih 440 tahun lamanya! Nak tunggu Si Kitul seorang lagikah, Datuk Seri Ketua Umum???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan