Pagi-pagi, sementara menunggu pemandu kami sampai, pekena dulu teh Thailand. Minum di depan motel kami tidaklah begitu banyak pilihan, tetapi OKlah. Daripada tak ada apa-apa, setakat roti bakar dan mi goreng memadailah. Pemandu kami, Abdullah agak lewat sampai. Namun terpaksa faham, sebab jam di Thailand lewat sejam dari Malaysia.
Jika diikutkan maklumat awalnya, perjalanan kami pada pagi ini ialah ke ladang bunga matahari - tempat tujuan utama kami ke Bangkok. Maklumat awal yang kami ada, perjalanan tidak begitu jauh, sekitar satu hingga satu setengah jam sahaja. Namun disebabkan ketidakcukupan maklumat perjalanan kami sebenarnya mengambil masa sehingga empat jam. Sebabnya - kawasan yang kami tujuitu tidak ada alamat lengkap. Bayangkan 4 jam di dalam van. Mujurlah Internet Thailand memang laju dan pakejnya memang woww...
Kami tiba di Khaoyai - maksud; tanah tinggi, lebih kurang jam 2.00 petang. Hentian kami yang pertama - PB Valley. Ada ladang anggur dan proses pembuatan arak. Bayaran agak mahal, iaitu 350 Bath seorang. Kena pula tunggu hamir sejam bagi trip lawatan berikutnya yang mengambil masa sekitar 40 minit. Lawatan ini tidak berbaloi sebenarnya, bukan sebab tengok pembuatan arak, tetapi pakejnya terlalu simple. Singgah di ladang anggur, masuk ke kilang arak - tetapi hanya mendengar cerita proses pembuatan, tak ditunukkan secara 'real'. Akhir sekali, minum pelbagai jenis arak bagi mereka yang mahu, dan jika tidak, diberikan jus anggur. Selesai, Memang tak berbaloi dan TIDAK DISYORKAN.
Seterusnya kami ke ladang bunga matahari yang terletak tak jauh dari situ. Namun disebabkan pemandu kamipun tidak biasa dengan kawasan itu, sekali lagi kami banyak menghabiskan masa mencari. Hampir sejam juga mencari,dana khirnya kami jumpa. Ingatkan dah mahu tutup. Tak ada pelancong sangat, mungkin sebab dah lewat petang.
Panorama??? Wah.... Tengok sajalah gambar di bawah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan