31 Januari 2020

Bangkok - Hari 1

Sekali-sekala berjaulah di tempat orang menarik jugalah. Trip kali ni ialah trip pertama aku sampai ke Bangkok. Selama ni paling jauhpun di Phuket. Itupun atas inisiatif geng2 jejaka merapu iKUPS. Bolehlah tengok tiang hahaha. Perjalanan kami seramai sembilan orang, diusahakan oleh Ustazah Jailah. Kiranya trip ini ialah trip tertangguh sejak dua tahun lalu. Objektif utama ialah untuk menikmati keindahan dan kecantikan bunga matahari di ladang bunga matahari.

Pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina 2020, kami memulakan perjalanan. Perjalanan dari pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao begitu lancar. Orang lain belum bercuti, kami yang berada di sempadan ini sempatlah bergerak laju. Kami bergerak dari sekolah jam 10.30 pagi. Jangkanya van dari Thailand akan sampai 12.00 tgh di Zon Bebas Cukai BKH, rupanya tersilap. 12.00 tgh Thailand 🇹🇭! Jadi melangutlah kami hampir dua jam di situ. Kami sampai di lapangan terbang Hatyai awal. Pukul 3.30 ptg waktu Malaysia, padahal flight pukul 8.15 mlm!

di Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai


Dua jam sebelum penerbangan, kami masuk. Pertama kali jugaklah beberapa barang toiletries ditahan daripada dibawa masuk : perfume, cream rambut, deodrant... Sebab? Kuantiti lebih 100ml. Aduhai.... 🤣 🤣 🤣 Ini semua berpunca daripada kesilapan masa pembelian tiket. Kerani jual tiket di Hatyai letakkan belian ruang bagasi yang sepaturnya 10kg seorang atas nama tiga orang sahaja. Malangnya dua org tersebut tak jadi pergi. Bila mereka tak check in, maka automatik belian bagasi turut dibatalkan walaupun kami beli secara berkumpulan... Adoiii. Nasib baik beg masing-masing tak berat dan sebahagian boleh dibawa masuk ke dalam pesawat. Maka sebab itulah insiden 'pembuangan' toiletries berlaku 😅😅😅

Sampai di Dong Mueng Airport dah tengah malam. Sunyi dah. Dibawa ke motel (atau homestay?) di kawasan majoriti Muslim Patani. Sebelum tu, sempatlah memenuhkan perut yang berkeroncong dari tengah hari tadi di Hatyai...
di Lapangan Terbang Don Mueng, Bangkok


Tiada ulasan:

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...