21 Januari 2020

MGC iKUPS @ LANGKAWI

Majlis Guru Cemerlang iKUPS memulakan tahun 2020 dengan mengadakan permukiman tahunan di pulau lagenda. Asalnya, aktiviti ini dirancang diadakan pada hujung tahun 2019, namun atas sebab-sebab keterbatasan waktu, program ini ditangguhkan ke 16 - 18 Januari 2020. Kami sebenarnya amat bersyukur kerana aktiviti ini mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah, khususnya tuan pengetua sendiri. Bukan sahaja moral, beliau turut hadir di program ini selama 3 hari 2 malam. Terima kasih, cikgu!

Kami bermukim di de Baron Hotel & Resot, Kuah. Sebelum ini pelbagai tempat kami cuba, namun akhirnya memilih Kuah sebab 'mudah untuk makan'. Bukan makan kuah, tetapi tempat makan yang mudah diakses. Penginapan juga tidak begitu mahal, khususnya kerana kami pergi bukan pada hari cuti persekolahan atau cuti umum.




Agenda pertama kami bermula pada Jumaat : sepanjang hari mencambahkan idea demi pembangunan pendidikan dan jiwa insan di bumi iKUPS. Selepas lebih enam jam mencerna idea, merangka strategi akhirnya kami keluar dengan pelan tindakan yang konstruktif. Harap-harap dapat dilaksanakan dengan jaya. Terima kasih kepada tuan pengetua, Cikgu Harris Ganae yang setia bersama-sama kami seharian dalam mencambahkan idea demi merealisasikan impian. Pandangan dan perspektif pengurusan amat membantu meluaskan horizon perbincangan. Insya-Allah, kita jayakan bersama-sama











Malamnya, sempat menjamu selera ikan bakaq langkawi!






Hari terakhir, Sabtu : Menikmati keindahan Pulau Langkawi: Langkawi Geopark ditelusuri dengan menaiki bot di Kilim Geopark. Sesudah itu, menerima penerangan yang mendalam di Pusat Penerangan Geopark oleh Pengurus Langkawi UNESCO Global Geopark (UGGp), En. Azmil Munif bin Mohd Bukhari. Bermanfaat sekali!











Sebelum berangkat pulang, seperti biasa, singgah dahulu di gedung Pak Haji Mail: tengok-tengok barang dapur katanya ☺☺.





Selamat tinggal Langkawi! Jumpa lagi pada lain masa...

Tiada ulasan:

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...