Firman Illahi yang Maha Benar, dalam al-Furqan : pembeza antara hak dan batil (mafhumnya) :
"Sesungguhnya pada setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Maka ingatlah bahawa pada setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan."
Pada 15 April 2017, empat orang Calon Pengakap Muda (CPR) Kumpulan 78, iKUPS telah melalui temu duga Penarafan Pengakap Raja 2017. Temu duga dan ujian Bushmanthong yang telah dijalankan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani telah menjadi bukti bahawa usaha, azam dan iltizam sahaja tidak cukup untuk mengecap sebuah kejayaan. Hakikatnya, keizinan daripada Yang Maha Kuasalah yang menjadi penentu dalam sesuatu usaha! Menyedari hakikat tersebutlah, kejayaan hanya seorang daripada empat CPR iKUPS untuk mara ke peringkat seterusnya dalam Penarafan Pengakap Raja 2017, diinsafi.
Hakikatnya, bukan senang untuk berjaya. Bermula seawal pendaftaran lai, Dua orng CPR iKUPS telah mengalami keuskaran. Kedua-duanya disebabkan oleh masalah pendaftaran : Seorang kerana kehilangan semua kad pendafatran, dan seorang lagi kerana maslaah pendafaran lewat. Namun kesabaran menjadi elemen penting. Selepas menunggu lebih 4 jam, kahirnya mereka dibenarkan meneruskan ujian temu duga. Oleh sebab kesuntukan masa, mereka telah bermula dengan Ujian Bushmanthong bersama-sama peserta lain. Dengan masa yang diperuntukkan selama 60 minit, Selepas beberapa kali mengubah ikatan (seperti yang diminta oleh Penaraf), akhirnya hanya seorang CPR - Abdul Hakim Roslan yang telah berjaya melepasi ujian tersebut. Tiga lagi : Ahmad Amir Amzar, Wan Muhammad Firdaus dan Muhammad Lutfi terpaksa melupakan hasrat untuk bergelar Pengakap Raja. Pihak Urus setia memaklumkan, mereka yang gagal sama ada dalam temu duga dan buku log ataupun ujian bushmanthong tidak layak untuk meneruskan cabaran di peringkat terakhir!
Kata orang, kita yang punya asa, Tuhan yang punya kuasa! Memang meluluhkan hati melihat usaha-usaha selama lebih empat bulan seolah-olah tersia begitu sahaja. Melihat riak kekecewaan di sebalik senyuman mereka sebenarnya agak menggugah rasa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Selepas tiga kali - sejak tahun 2015 - mempertaruhkan putera-putera iKUPS mengikuti Ujian Penarafan ini, ini kali pertama saya bersama-sama mereka sewaktu penarafan. Dan, buat kali pertama juga melihat hasrat dan cita-cita berkecai seumpama kaca terhempas ke batu. Benarlah... kejayaan itu sukar. Yang bulat tidak daoatng bergoleh, yang pipoh tidak datang melayang.
Kini hasrat tertinggal kepada satu-satunya CPR iKUPS: Abdul Hakim Roslan untuk meneruskan perjuangan sehingga ke titisan keringat terakhir. Ujian Penarafan Modul B - Kem kraf akan dijalankan pada 19 - 22 April nanti. Tempatnya masih rahsia. Persis rahsianya ilmu Illahi terhadap hamba-hamba-Nya.
Selamat berjuang, Haro! Usah berduka kepada tiga putera Serigala iKUPS - kecundang dalam pertempuran lebih bermaruah daripada ketawa tanpa berbuat aopa-apa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan