Jangan difikir derita akan berpanjanganKelak akan membawa putus asa pada TuhanIngatlah biasanya kabus tak berpanjanganSetelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Demikian antara lirik lagu "Kehidupan" dendangan Raihan. Sememangnya, di sebalik setiap dugaan dan cubaan itu ada hikmah yang tersembunyi. Seumpama terangnya sinar permata di sebalik kerasnya batuan gunung, demikianlah nikmat yang dikurniakn Illahi di sebalik kerasnya cubaan.
Alhamdulillah, melalui aplikasi WhatsApp, tuan Pesuruhjaya Daerah memaklumkan yang semua CPR yang kandas dalam ujian temu duga dan bushmanthong pada 15 April diberi peluang membuat ujian ulangan. Jadi, kem penarafan yang dijadualkan pada 19 April juga ditangguhnkan. Alhamdulillah!!!
CPR Kubang Pasu yang terpaksa mengulang seramai lima orang: Empat disebabkan oleh buhmanthong dan seorang kerana buku log. Dalam beberapa hari itu, latihan untuk tiga orang CPR iKUPS bertumpu pada Buhmanthong sahaja.
Ujian ulangan yang diadakan pada 22 April berjalan di Pusat Kokurikulum Daerah Yan, SMK Yan. Brmula seawal jam 8.30 pagi, CPR iKUPS menjalani dua siri ujian : Bushmanthong dan Temu duga/ buku log. Mujur juga tergerak hati meminta mereka membawa buku log, sebab pada awalnya kami faham yang mereka akan diuji bushmanthong sahaja. Rupa-rupanya mereka diuji kedua-dua aspek!
Pada jam 1.30 tengah hari, ketua kursus, Tuan Roslan Mansor mengumumkan hanya 8 CPR yang gagal dalam ujian tersebut. Hampir semuanya disebabkan oleh buku log / temu duga. Syukur, ketiga-tiga CPR iKUPS tidak termasuk dalam 8 orang tersebut. Alhamdulillah... nampaknya kesemua 4 orang CPR iKUPS dan 13 orang CPR Kubang Pasu berjaya mara ke ujian terakhir Penarafan Pengakap Raja 2017 pada minggu hadapan. Tahniah Amir Amzar, Wan Firdaus & Lutfi. Terima kasih Pasukan Latihan Daerah Kubang Pasu atas tunjuk ajar kepada mereka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan