25 Januari 2017

Catatan King Scout : Kem Pra


Secara rasmi, Pengakap Kubang Pasu telah menggerakkan Pasukan Latihan Daerah Kubang Pasu dalam merealisasikan hasrat menambahkan jumlah Pengakap Raja 2017. Pada tahun ini, seramai 30 orang ahli telah hadir dalam Kursus Pra-Pengakap Raja yang diadakan di SMK Tunku Seri Indera Putera, Alor Biak. Kursus yang diadakan pada 23 - 25 Januari itu bermatlamat mendedahkan kepada ahli Pengakap Kubang Pasu proses ke arah Pengakap Raja. Bagi iKUPS, seramai 6 orang Pengakap Tingkatan 5 telah menyertai kursus ini.


Kursus yang dijalankan kali ini dirangka bagi 70% mirip dengan ujian penarafan Pengakap Raja. Tujuannya agar para peserta mendapat gambaran sebenar Ujian Penarafan agar dapat bersedia dari segi fizikal mahupun mental.  Pogram ini telah digerakkan oleh pasukan latihan daerah yang diketuai oleh Tuan Pesuruhjaya Daerah, Tn. Ku Halim Dan dibantu oleh Tuan Penolong Pesuruhjaya Daerah, Tuan Zuki serta ahli Majlis Pesuruhjaya Daerah merangkap ahli Pasukan Latihan Daerah. Selain itu ahli-ahli Pengakap Kelana yang terdiri daripada Pengakap Raja turut membantu sebagai pembimbing kepada CPR-CPR berkenaan.


Sepanjang kem pelbagai kemahiran meliputi aspek teori dan praktikal telah dijalankan. Para peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang memberangsangkan. Peserta iKUPS iaitu Najmi, Amzar, Firdaus, Hakim, Shahir, dan Lutfi telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam Kem tersebut.


Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam program tersebut, namun kesungguhan, komitmen serta keikhlasan piha penganjur amat dihargai. Tahniah Pengakap Kubang Pasu!

Tiada ulasan:

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...