03 Mei 2012

Hanya Sebuah Cerita


Nota : Coretan ini tercatat akibat terkesan dengan satu drama siri Korea.



Daku baru sahaja habis menonton episod terakhir drama siri “Master of Study” di saluran 391 Astro - KBS World. Sebenarnya bukanlah penonton tegar yang menunggu setiap hari untuk drama tersebut. Cuma, acap kali ‘tertonton’. [Bukan peminat K-Pop juga : walaupun tidak kisah kalau tertonton :D]. Walaupun banyak kali juga tertinggal episod-episodnya, namun ceritanya mudah diikuti. Kisah drama mudah: kesungguhan seorang guru (tak bertauliah) mendidik lima orang pelajar dalam ‘kelas khas’. Ya… cerita tentang guru, tentang pelajar, tentang sekolah. Dah namapun cikgu, tengok drama pun pasal cikgu sajalah.

Sebenarnya cerita biasa : cerita tentang seorang guru biasa yang luar biasa. Mendidik dari hati dan jiwa. Begitulah, membesarkan pelajar yang sedia besar, memanusiakan manusia. Sukar. Cerita tentang menjadikan pelajar yang lebih meminati wang dan keseronokan terus berada di dalam kelas – belajar! Dan akhirnya, berjaya. Wow…mudah, kan? Namun hakikatnya bukan sedemikian. Sama ada dalam filem, drama mahupun sketsa, perit jerih ini sering dipaparkan. Daku pernah menonton (dan hampir ‘mania’ sikit) dengan drama Jepun GTO – Great Teacher Onizuka, sewaktu di sekolah menengah dahulu (pernah teringin nak jadi macam tu, yg ceria dan penuh semangat – oh…. Tak boleh! Bukan diri…. :XD). Banyak cerita dari Jepun dan Korea yang bercerita tentang topik ini. garapan sempurna : sering dramatik, meruntun jiwa (malang drama Melayu hanya buat cerita cikgu yang masuk kelas yang buruk, tanpa jiwa – tiba-tiba teringat kat Cikgu Bedah dalam “Adik Manja”).

Apa yang daku nak tuliskan? Hermmm…mungkin satu coretan pertanyaan (untuk diri dan bakal cikgu – cikgi) :: “Mengapa kita memilih untuk menjadi guru?”

3 ulasan:

yui berkata...

drama jepun n korea mmg slalu cmtu..semangat ja lebih..haha

cgu pun best gak..cuma kena bg markah lebih ja kat bbudak tu supaya tambah semangat..hehe

arsal74 berkata...

Hahahaaha....

Tak dak kaitan antara markah dgn jd GTO pun, hahaha!!!

SIS berkata...

:)
kalau dulu mulut sering kata terpaksa, bukan tiada pilihan tapi dah terbuat pilihan. dari xsuka terpaksa jadi suka. tapi sekarang dah cinta. sebab kalau guru xmencintai menjiwai kerjayanya sendiri. macam mana nak menyentuh hati, mewarnai, membentuk dan mencorak anak kecil harapan bangsa nanti. jalan untuk menjadi guru memang mudah. tapi jalan untuk menjadi guru yang boleh menyentuh hati berjuta manusia memang susah kan.

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...