28 Mei 2012

... terhalau

3 Mei 2012 saya menerima satu surat yang tidak saya tunggu daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah - Arahan Mengosongkan Kuarters. Wah... selepas lebih lima tahun bermesra dengan alam di Kuarters, saya terpaksa keluar. Sememangnya itu bukan kuarters yang terbaik - dengan penghuni yang hanya seramai 11 buah rumah (berbanding kapasitinya : 100 buah rumah - 4 blok) dan persekitarannya yang kurang terjaga - rumput panjang dan lampu jalan kadang kala ada, tetapi banyak kala padam. Namun kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tidur..hermm. Bermulalah pencarian rumah baharu, mujurlah dapat juga rumah baharu yang dekat dengan sekolah. Walaupun ditawarkan KIP Hosba, namun disebabkan jaraknya yang agak jauh (lebih kurang 11 km) dari sekolah, saya tidak berminat untuk menghuninya. Syukurlah, tempat baharu tidaklah lebih buruk daripada kuarters lama. Dari tempat baharu juga boleh nampak kuarters, termasuk bangunan Blok D yang saya huni sejak 2007. Kalau-kalau rasa rindu boleh jenguk saja dari rumah baharu :)

Satu perkara yang saya peroleh :: rupa-rupanya perpindahan satu aktiviti yang sangat meletihkan. Dua minggu diambil untuk memindahkan semua barang - walaupun barang kecil dan juga untuk membersihkan rumah baharu dan rumah lama. Bagus juga, saya ada pengalaman awal, kalau nanti berpindah lagi, saya tahu apa yang perlu diutama dan dibuat :)

Apa-apapun, terima kasih kepada anak-anak yang membantu memindahkan barang-barang:: hujung tahun nanti kalian boleh lagi menyumbangkan kudrat (kalau sudi) :-D



Sayonara...

4 ulasan:

yui berkata...

betul cgu.. pindah rumah mmg penat sungguh.... kat sini bukan takat pindah rumah.. org pindah pun kita kna g tlg angkat ,mcm kita yg pindah..haha

tp best pindah rumah ni.. suasana baru =p

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

Saya juga bakal berpindah tak lama lagi, bakal berletih jugak, hmm..

# Teringin nak pi melawat rumah cikgu, hehe :)

Unknown berkata...

hehe. kalau boleh nak tolong.

tapi, apakan daya, rumah jauh sangat. :(

arsal74 berkata...

Yui :: Awk angkat org ka? hehehe... Iqbal :: Mai la..jgn segan2 D-) Faris :: ayat 'tapi'...tu dah biasa :p

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...