3 hari 2 malam Kursus Kepemimpinan Lembaga Kepimpinan Pelajar SBPI Kubang Pasu dijalankan. Alhamdulillah, walaupun dengan hanya dua orang urus setia (saya dan Ustazah Jailah), program ini berlangsung dengan lancar. Moto "Berhikmah Memimpin" telah diterapkan secara langsung dan tidak langsung melalui konsep '
anda buat untuk anda, demi anda'. Kursus yang dijalankan di
Putri Ayu Chalet & Training Centre, Yan pada 19 - 21 April 2012 ini meminimumkan penglibatan orang luar, tetapi memaksimumkan potensi para pengawas sendiri untuk menyerlahkan daya kepemimpinan, kreativiti, dan semangat setia kawan dalam kalangan mereka. Hanya dua penceramah 'luar yang dalam' dijemput : mantan Pengetua SBPIKP - Pn, Hjh Rubiyah; dan mantan kaunselor - yang kini bertugas di SMK Arau - Pn. Ropizah.
|
Ucaptama "Hala Tuju Pelajar SBPI Kubang Pasu" oleh En. Malek Abu Hasan, PK HEM |
|
Ceramah "Kepimpinan Islam Menjana Transformasi" oleh Pn, Hjh Rubiyah Haron, mantan Pengetua SBPIKP |
Kursus ini direka bentuk khusus untuk memastikan para pengawas bukan sahaja menyedari bakat dan potensi mereka, bahkan turut mencabar minda mereka untuk menghasilkan pelan tindakan mereka sendiri untuk merekayasa organisasi kepengawasan agar lebih efektif pada masa hadapan. Oleh sebab itulah, pada akhir kursus ini diadakan sidang pleno untuk mereka menghimpun segala idea dan harapan mereka terhadap organisasi LKP dan pihak sekolah demi memastikan Lembaga Kepimpinan Sekolah akan bergerak secara holistik, seiring dengan matlamat menjana insan syumul menjelang 2015.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pengawas yang telah menjalankan dan menjalani kursus ini dengan jayanya. Kelemahan yang ada - sedikit sahaja - boleh diperbaik untuk kejayaan pada masa hadapan. Terima kasih kepada urus setia, Ustazah Jailah yang sanggup membantu dengan terpaksa meninggalkan keluarga pada hujung minggu semata-mata untuk melihat program ini berjaya. Terima kasih kepada GK Kemanusiaan sekeluarga yang datang menjenguk pada Jumaat - memandu 98 km dari BKH ke Yan. Tidak lupa, kepada En. Malek, PKHEM yang banyak membantu (termasuk memberi ucaptama), PK Pentadbiran, En. Shahadan yang terpaksa meninggalkan padang kriket di KSAH untuk memberi ucapan penutupan, dan tidak lupa kepada Pengetua yang memberi kelulusan untuk program ini walaupun dalam tempoh yang begitu singkat (termasuk meluluskan sejumlah peruntukan untuk program ini). Kepada penceramah, Pn. Hjh Rubiyah dan Pn. Ropizah (dan suami), terima kasih daun keladi.
|
LDK : Peranan Pengawas dalam Menjayakan Hala Tuju Pelajar SBPIKP |
|
Sesi Penutupan oleh En. Mohd Shadan, PK PentadbiranSBPIKP |
Kepada para pengawas, diharapkan kursus ini memberi manfaat untuk memantapkan kepemimpinan di sekolah, dan mengembangkan potensi diri untuk lebih berjaya pada masa hadapan. "Berhikmah Memimpin"
5 ulasan:
bestnyaaaa saya dulu xmerasa pun (sbb xjadi pengawas..hehe)
en. shadan tu cgu baru kah? dari mana? ajar subjek apa?
syoknya depa....
pgl ummi n cikgu ropizah? hahaha...
sempoi!!!
En. Shahadan tu PK baru, ganti Mdm Bibi; Biasalah @shahjiehan, cr kwn2..br bleh countng pasai byran...klu x-student lg la..bleh dpt free :)
waa cikgu!!!! beznya depa camping !!! tak aci.. lama saya tak swiming swimming.. lagipun badan ni lama tak kena rayau dek nyamukk..
Tu lah, nampak mcm star sgt :: lwn x menang pn :: klu dak bleh menikmati rimba dgn idea2 yg segar... :p
Catat Ulasan