27 November 2011

Basikalku kecurian!

Tiga hari lepas, cuaca agak baik. Cerah. HUjanpun tak ada. Alhamdulillah... tiba-tiba terasa bersemangat nak menyihatkan badan. Ya..basikal yang tersandar kat depan pintu rumah jiran di hadapan tu perlu digunakan.. Yalah..dah beli mahal-mahal (RM 700.00 ja pun!) kenalah guna, ya tak? Eh, kenapa basikal? Cuna tengok fakta ini :

AKTIVITI BERBASIKALBerbasikal adalah satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh apabila pil-pil diet dan latihan di gim tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain daripada itu ianya juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat. Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.

Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari , dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056 dalam tempoh satu jam perjalanannya . Ini bermakna hanya dengan berbasikal individu tersebut telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.


Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.
FAEDAH KESIHATAN

1) MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT
 

Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
 

Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bacteria di samping menguatkan system imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
2) MERAWAT ARTRITIS
 Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi. 3) MEMPERBAIKI MOOD
 Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan. 4) MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL 
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktivit berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5) MENGUATKAN TULANG 
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6) MEREHATKAN MINDA 
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya kosentrasi individu.
Bandingkan dengan fakta (atau auta?) ini pula :

Adakah Berbasikal Mengganggu Kesihatan Seksual atau Kesuburan Lelaki?

Lelaki berbasikal lasak melompat dari tebing.Lelaki yang kerap berbasikal sering mengadu sakit dan kebas pada bahagian bawah tubuh mereka, maka persoalan sama ada duduk secara di atas pelana basikal itu membawa kesan jangka panjang kesihatan seksual, telah menjadi perkara yang diteliti secara saintifik. Terdapat beberapa bukti yang mencadangkan menunggang terlalu kerap boleh memberi kesan kepada kesuburan.

Satu kajian pada tahun 2009 terhadap triatlet dari Universiti Cordoba di Sepanyol mendapati bahawa mereka yang paling banyak berbasikal mempunyai kualiti sperma yang paling rendah. Mereka yang menunggang lebih daripada 186 batu setiap minggu mempunyai kurang daripada 4 peratus sperma normal, satu tahap yang dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Satu kajian yang lebih baru terhadap lebih daripada 2,000 orang lelaki yang menghadiri klinik-klinik kesuburan di dalam kawasan Boston mendapati yang lelaki yang berbasikal lima jam atau lebih setiap minggu berisiko dua kali ganda lebih tinggi untuk dua penanda kemandulan: kepekatan sperma yang rendah, dan jumlah sperma motil (sperma aktif) yang rendah.

Kedua-dua kajian itu bagaimanapun tidak mengukur kesuburan lelaki secara langsung. Lauren Wise, profesor madya epidemiologi di Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Boston yang juga merupakan ketua penulis kajian Boston berkata, "Sekalipun keputusan kami disahkan dalam kajian-kajian lain, ia tidak jelas sama ada boleh atau sehingga ke tahap mana mutu air mani memberi gambaran masalah kesuburan (lelaki).''

Banyak kajian telah turut mengaitkan berbasikal dengan kadar mati pucuk dan disfungsi erektil yang lebih tinggi, disebabkan oleh tekanan tinggi pada saraf-saraf dan salur darah. Kebimbangan mengenai pelana tradisional menyekat aliran darah ke alat kelamin lelaki telah menyebabkan banyak pelana-pelana alternatif dihasilkan. Satu kajian pada tahun 2008 ke atas pegawai-pegawai polis yang menunggang basikal mendapati bahawa menukar pelana tanpa muncung yang panjang terkeluar memberi kurang tekanan pada kelangkang, meningkatkan aliran darah ke zakar, dan merendahkan risiko disfungsi erektil (mati pucuk).

Hahaha...dua-dua ni dipetik daripada blog : (1) http://drctim.blogspot.com/2010/07/berbasikal-dan-kesihatan.html dan yang ke (2) http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/02/adakah-berbasikal-mengganggu-seksual.html .

Tapi hakikatnya, kalau tak berbasikal langsung (maksudnya tak bersenam), risiko mati awal lagi banyak! Satu fakta benar yang diperoleh oleh Kelab Basikal kat sini (ada sorang cikgu 'senior' yang masuk kelab ni dan selalu ikut aktiviti berbasikal), apabila dimaukkan ke dalam wad (sebab demam), ujian darahnya memang bagus! (80/120!) Doktor kata : macam org muda! Hermmm...

Berbalik cerita aku yang nak beriadah tadi, tetiba samapi ke rumah, tengok tayarnya dan kurang angin. Tercari-cari pam basikal. Sana, sini. Owh... rupa-rupanya sudah hilang! Nasib baik basikal itu aku kunci kat 'grill' rumah jiran. Kalau tak, agaknya terpasalah (adalah alasan) beli basikal baru...

Apapun, tadi balik dari mesyuarat menanda kertas di Bukit Tembaga, Kaual Nerang, singgah di Yawata... dan inilah hasilnya!
RM 9.90 .. oklah!
Esok petang...ya, boleh kembali mengaktifkan diri :) [kalau x ada aral lah...] :)

2 ulasan:

yui berkata...

laaaa ingatkan basikal kena curi..

kalau hilang basikal tu naik kereta ja.. sihat jugak..hehe

arsal74 berkata...

satu juzuk drp basikal hehehe

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...