04 Disember 2011

Mama Tercinta

Mama tercinta
kuukir harapan di kaki waktu
restuilah puterimu mama
menyonsong hidup
mencari erti.

Kilauan emas dering ringgit
tiada merenggut diriku
siramlah air damai
mesra kasihmu
selalu, selalu.

Mama tercinta
usah patahkan bibit kasih ini
nikmat hidup menyapa daku
sebelum dan sesudahnya
kasihku pada tanah ini
padu tak berbagi.

Mama tercinta
sentuhlah dahiku
dalam ucap selamat
kasih sayangmu.



Nukilan:
ZAIHASRA (Allahyarham)
Bunga Gerimis
Penerbit Fajar Bakti, 1986.

2 ulasan:

adenmadi berkata...

cikgu...sape zaihasra nie?..sajak dia touching....makes me missing my mama T_T..tpi x reti nk ckp...

arsal74 berkata...

Zaihasra. Nama bliau ialah Zaiton bt Abdullah, dilahirkan pada 28/2/1952 di Kg Sg Buluh, Alor Gajah, Melaka. Pernah bertugas di Jabatan Penyiaran RTM. Penyair yg prolofik, beliau meninggal dunia pada tahun 90-an (kalau tak silap saya). Say belajar puisi Allahyarham pada tahun 90-an semasa di tigkatan 4 (termasuk puisi ini) dalam mata pelajaran kesusasteraan Melayu. :-) Maklumat lanjut boleh cari dalam internet kot..:)

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...