Hampir RM400.00 terbang petang tadi. Semuanya gara-gara terpaksa menggantikan tayar kereta yang pecah dua hari lepas. Ingat dapat jimat RM40.00 untuk 'trade in' tayar lama, tapi malang lagi, tayar yang satu lagi juga sudah merekah. Jadi tak jadi diambil oleh tokey kedai tayar tu. Maka berterbanganlah $$$$... nak buat macam mana, dah takdir.. Adalah agaknya benda yang belum selesai sampai Allah Taala tarik dari poket (dari akaun sebenarnya) dengan cepat dan pantas (selepas diberi nikmat sebentar - untuk rasa seronok :-D).
Saat Perpisahan En. Tajul dengan SBPIKP |
Semua ni bermula Sabtu lepas. Selepas selesai merentas desa di sekolah, kami bertiga bergegas ke Gunung Jerai. Macam biasa, tujuannya untuk "riki" (entah macam mana ejaan yang betul) tempat Kursus Kepimpinan Pengawas pada 24 - 26 Mac nanti. Memang menarik tempatnya. Namun semasa turun daripada Gunung Jerai, kami ditimpa malang yang pertama. Kereta kawan Cik Ropizah yang kami tumpangi mula berasap tayarnya dan brek tak berfungsi dengan baik. (kami naik ke gunung menggunkaan perkhidmatan van Gunung Jerai). Maka untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk, kami berjalan kaki menuruni gunung sementara Ropizah dan kawannya menyejukkan tayar kereta. Tapi akhirnya dengan pertolongan seorang budiman, kereta itu dapat diturunkan dengan selamat ke kaki gunung - dan Ropizah juga berjalan menuruninya.
Tahniah Saidina Umar! |
Selepas makan-makan di Sungai Petani, (bagi menggantikan tenaga yang dihabiskan untuk menuruni gunung) kami balik ke Bukit. Perjalanan waktu malam yang baik - walaupun banyak gangguan lampu tinggi oleh kereta orang Kedah - tiba-tiba terencat apabila melewati plaza tol Hutan Kampung. Tiba-tiba saja tayar meletup kuat ketika saya sedang memandu dengan kelajuan (lebih kurang) 100 km/j. Nasib baik tidak sempat panik: dapat saya mengawal stereng dan membawa keretea ke tepi jalan. Terima kasih kepada Shahril, suami Hajar dan rakannya yang datang menolong menukar tayar hadapan yang rupa-rupnya terkoyak teruk. Kami balik dengan pemanduan kurang 70km/j. Sampai ke Bukit sudah pukul 12.00 tengah malam.
Di atas puncak Gunung Jerai |
Saya pernah memberi komen kepada peristiwa kemalangan yang menimpa bekas pelajar saya dalam blognya - kata saya : malang ada bau, tapi selepas terjadi, iaitu bau ubat! Alhamdulillah, malang yang menimpa kami tidak mengeluarkan bau ubat, walaupun dua kali malang yang menimpa dalam satu hari! Syukur...Rupa-rupanya bukan semua malang berbau, banyak juga yang masih tidak berbau!
Sebelum pelajar-pelajar berjalan, cikgu-cikgunya terlebih dahulu mengalaminya! |
4 ulasan:
lepas ni cgu kena rajen2 servis =p=p
kami dulu pun turun gunung jerai jalan kaki ja..huhu
Masa darjah berapa tu? :p
saya rasa saya dapat bayangkan muka cikgu yg amat letih waktu tu kan..
Memang letih, tp bukan sbb berjln, letih megumpat korang, hehehe
Catat Ulasan