08 Mac 2011

Pohon Hayat

Alhamdulillah, hari saya kembali meraikan (sebenarnya :: mengingat) hari ulang tahun kelahiran saya  (yang rasmi tercatat pada KPT) tahun ini. Selain diperingatkan oleh syarikat telekomunikasi, saya juga diperingatkan perihal ketuaan saya oleh pelajar-pelajar I-KUP's Terima kasih pelajar 5 Ikram yang mula-mula mengingatkan hal ini pada pagi tadi. Terima kasih juga kepada yang lain-lain : 5 Ikhlas, 2 Ikram, Anas, Iwan, dan lain-lain.
Terima Kasih Ibni Faris ...

Tahun ini tak ada ucapan saya terima daripada pengguna facebook (kecuali seorang x-mentee:: yg masih ragu2 :)]. Mungkin teknologi menyebabkan kita lupa atau kita terlalu bergantung kepada teknologi untuk memperingatkan kita. Ya... sengaja saya tukar tarikh hari lahir pada profil, maaf ya! :-) Tapi saya rasa..ermmm... memang saya hanya seekor hama di badan gajah, hehehehe. Apa-apapun, umur ialah anugerah Allah ::: Daku yang perlu bersyukur ke hadrat-Nya. Alhamdulillah ya Rabb...

Sudah terlalu lusuh usiaku
roda waktu yang berputar
dimakan karat besi
mataku kabur pada kabus membalut
gunung pengalaman
cinta kekasih bersalut ragu dan gundah
aku sendiri
memagut masa-masa sepi dan pedih
air mata yang menderas
pada pipi yang mulai kendur
keindahan tubuh-tubuh ranum
di padang ingin
sudah terlalu merembang senja
menggiring cemeti sayidina ali

Ilahi, aku mencari-Mu
dalam ayat-ayat suci-Mu
di tengah kehilangan
dan kejip-kejip obor umur
kian mengecil

Ya Allah, wahidulahad
Kaucungkil  daku
dari lumpur lahar
pengembara yang dibalut debu-debu
kering gunung
Ingin kubasuh kalbuku
dengan zamzam dingin
tahajud di baitil 'atiq
saling berkongsi bisik
dengan merpati tanah suci

6 ulasan:

IMANSHAH berkata...

selamat hai lahir ipin..aku org ke???

arsal74 berkata...

Mekasih... kalau ikut IT ni..org ke-3 :) Hahahaha (betapa x glemernya aku, kan?) :-p

rosmanrazif berkata...

Life begins at forty.....try to search that on Google for preparation.....hi..hi ;)

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

Masih belum terlambat jugak kan untuk saya ucapkan selamat hari lahir buat cikgu~ sememangnya erti hidup itu pada memberi, terima kasih daun kari cikgu..

arsal74 berkata...

makaseh... hehehe

shahjiehan berkata...

selamat hari lahir buat guru ku,merangkap guru blogger jugak.. hahhaha

moga semua urusan cikgu di permudahkan oleh Allah S.W.T

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...