13 Januari 2011

Tamu & Bicarawara

Bakal peguam ni bersungguh-sungguh bercerita
Terima kasih daun keladi kepada Aqiuddin Naim, Qistina Jamil, Aiisyah Sairi, NUrain Izzati & Zawani yang sudi ke sekolah pada 12.1.11 yang lepas. Datang ketika orang lain tak cuti agak bagus juga, sebab taklah ramai sangat nak ditanya khabar. Sesekali datang, begitulah... cikgu-cikgu ni cuma boleh bertanya khabar, dan membawa khabaran tu untuk anak-anak yang masih di bangku sekolah. Kot-kotlah bersemangat mereka belajar. 

Walau bagaimanapun, terima kasihlah kepada semua :: kelima-lima orang yang bagi kata-kata perangsang, kata-kata semangat untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun ni. Apabila mendapat maklumat daripada sumber pertama ni, mereka akan lebih percaya.Maklumlah, selalu anak-anak ni, pabila ibu-ibu dan bapa-bapa yang bercakap, kesimpulan mereka :: cikgu memang pandai reka cerita :-D

Apa-apapun, terima kasih sekali lagi sebab sanggup memberi dan berkongsi pengalaman walaupun diminta secara ad-hoc. Harap-harap tak seriklah kembali semula dan bercakap lagi (tapi rasanya tak susah kot sebab semua-kecuali Aqi- ialah pembahas sekolah yang meneroka kejayaan Orators' League sehingga kini :)

Perkongsian pengalaman oleh Aqi, Qistina, Aiisyah, Zawani & Ain
Terima kasih daun keladi::
p/s : Aqi... jangan lupa blejar, dan bawa hasilnya :-)

9 ulasan:

yui berkata...

cguuu... nnti nak panggil saya bcakap x? =p=p

arsal74 berkata...

Nanti kami tengok, kalau macam boleh dipercayai, kami bagi la... :)

shahjiehan berkata...

saya kompom x bleh di percayaikan..huhuh

IMANSHAH berkata...

Salam arifin..pa khabor yeop??ingat kawe??

shahjiehan berkata...

haha...member jumpa member~

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi berkata...

Takpe cikgu, bulan 7 ni saya datang melawat sekolah...
mengotakan janji lama...
n_n

kalau saya balik la...
-___-"

arsal74 berkata...

Iman :: Salam, ambe sihat walfiat... Thn ni tak gi kot HK jumpa thn depan ajerlah

Chumei ::awk mmg pandai berjanji manis, program Gegar bulan 6, kalau balik jgn lupa singgah :-)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi berkata...

Dush, aduss~

sebab saya tak tebas lagi tebu di bibir kot~
:p

bulan 6? aiseh, terlepas lagi lah kalo gitu...
cuti saya mula 18 Jun tapi saya menjangkakan, sekiranya jadi untuk pulang ke tanah air, bulan 7 baru dapat menjejakkan kaki di rumah, mungkin.

tapi insyaAllah, kalau saya balik, saya cuba kosongkan jadual saya untuk ke Kubang Pasu (ceh, macam sibuk sangat~~)

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...