kala matahari menutup mata
hati ini tiba-tiba diragut debar
ah…
mengapa sahaja kau tiba-tiba, hati…
mendesah ragu membawa pilu
terpedayakah kau dengan bicara sang bayu?
terpesonakah kau dengan warita sang sitar?
terkesimakah kau dengan khabar sang bintang?
ataukah dikau, geluk hati
retak dalam telaga ragu
resah dalam telaga rindu?
aduhai…
siapakah yang lebih memahami jiwa ini
siapakah yang lebih menghargai atma ini
siapakah yang lebih memahami kalbu ini
selain nurani
anugerah-Mu, rabbi!
wahai…
hati yang sentiasa kegelisahan
kembalilah kau
ke sangkar penciptamu
tuhan…
yang menggerakkan hati
kaupadamkanlah bulan dan bintang-Mu
agar dalam atma ini
hanya ada rindu pada-Mu!
3 ulasan:
lepas ni cikgu kena buat ulasan pulak untuk sajak ni... :)
Mana boleh pengkarya ulas karya sendiri, nanti berebut2 pulak org nk baca :-)
woww! inilah bakat yang terus bersinar!! tringan main pantun2 kawen dalam kelas dulu.. hahha
Catat Ulasan