26 November 2017

Jadual Perjumpaan Pengakap iKUPS

Sepanjang 2017, sebanyak 12 pertemua rasmi telah diadakan oleh pengakap iKUPS. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain turut dijalankan. Di bawah ini disenaraikan jadual perjumpaan rasmi Pengakap iKUPS.


MASA            : 4.00 – 5.00 petang
TEMPAT : 
PEMIMPIN YANG HADIR : 


TARIKH
AKTIVITI UTAMA
PERINCIAN AKTIVITI
04.01.2017
Mesyuarat Agung
-          Pemilihan Ketua Trup, AJK Tertinggi dan Ahli Majlis Ketua Patrol
25.01.2017
ISTIADAT PAGI (LADAM KUDA)
-          Menjalankan istiadat bendera
-          Ucapan-ucapan
08.02.2017
KAWAD KAKI ASAS
-          Memperkenalkan jenis-jenis kawad kaki:
o   Kawad kaki asas
o   Kawad tongkat
-          Kawad asas – diajar mengikut kumpulan (nyatakan jurulatih kawad):
o   Pengakap Muda
o   Pengakap Remaja
-          Tamat pukul berapa?
01.03.2017
ASAS KEBAKARAN
-          Dikendalikan oleh Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat.
-          Menerangkan tentang bahaya api dan keperluan mengetahui cara memadamkan api di rumah.
-          Menerangkan secara teori cara-cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api.
-          Menunjukkan cara mengawal seseorang yang terbakar pakaian di badannya.

05.04.2017
IKATAN & SIMPULAN
-          Dikendalikan oleh Kuatermaster Latihan.
-          Dibahagikan mengikut patrol.
-          Aktiviti secara sistem pangkalan – satu pangkalan satu jenis ikatan / simulan.
-          Jenis-jenis ikatan & simpulan ialah :
o   Pangkalan 1 (P1): Tindih kasih
o   P2 : Bunga geti
o   P3 : Bunga geti berganda
o   P4 : belit lucut
o   P5 : Ikat Serong
o   P6 : Simpul Kerusi
o   P7 : Ikat Seraya
o   P8 : Lilit Taut
o   P9 : Lilit Balak

26.04.2017
KAWAD KAKI ASAS
-          Kawad asas – diajar mengikut kumpulan (nyatakan jurulatih kawad):
o   Pengakap Muda
o   Pengakap Remaja
-          Tamat pukul berapa?
14.06.2017
KAWAD TONGKAT
-          Kawad Tongkat – diajar mengikut kumpulan (nyatakan jurulatih kawad):
o   Pengakap Muda
o   Pengakap Remaja
-          Tamat pukul berapa?
12.07.2017
ASAS PERKHEMAHAN
-          Dikendalikan oleh Kuatermaster Latihan dengan bantuan ketua patrol.
-          Dikendalikan secara berpatrol
-          Aspek yang diajar:
o   Pemilihan tapak khemah
o   Mendirikan & menurunkan khemah
o   Menyalakan api

02.08.2017
GAJET / IKATAN & SIMPULAN
-          Dikendalikan oleh Kuatermaster Latihan.
-          Dikendalikan secara sistem patrol.
-          Membina model gajet (tripod) menggunakan jenis ikatan dan simpulan yang sesuai.

23.08.2017
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
-          Aktiviti bersama-sama ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
-          Diajar oleh Kautermaster Latihan BSMM
-          Aspek yang diajar:
o   Melipat kain anduh
o   Membuat anduh untuk kecederaan tangan dan kaki.
o   Teori tentang tindakan-tindakan apabila berlaku kecemasan.

27.09.2017
MASAKAN MODEN
-          Pertandingan memasak nasi goreng dan menghidangkannya dalam hidangan lengkap berserta minuman.

26.10.2017
MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM
-          Perbarisan kehormat oleh Pasukan Pengakap yang diperiksa oleh VIP En. Zulkafly bin Othman, Pegawai Khas Menteri Pendidikan Malaysia.
-          Majlis penyampaian anugerahdi Dewanal-Ghazali. Pasukan Pengakap dinobatkan Pasukan Badan Beruniform Terbaik. 14orang ahli Pengakap mendapat Anugerah Platinum, 6 Anugerah Emas, 3 Augerah Gangsa. Seorang ahli Pengakap telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik kokurikulum dengan memperoleh Anugerah Tokoh Pelajar Kokurikulum (Muhammad Adib).
-          Majlis berkahir jam 12.30tengah hari.

02 Nov 2017
Hari Kokurikulum 2017
-          Aktiviti-aktiviti kokurikulum dan keusahawanan dijalankan di sekitar kawasan sekolah.
-          Bermula jam 8.30pagi hingga 11.00 malam.
-          Gerai jualan, pameran daripada agensi kerajaan dan NGO, pertandingan sukan dalaman serta pertandingan ragbi bawah 15 tahun MSSK.
-          Malam ceramah agama dan persembahan nasyid daripada kumpulan Khairan, johan Festival Kesenian Islam SBP peringkat Kebangsaan.


 Aktiviti Lain :

1.      Perkhemahan Badan Beruniform – Pengakap & Pandu Puteri : 7-8 Februari 2017
2.      Pemantauan KBAT dalam Aktiviti Kokurikulum oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Kebangsaan – 14 Jun 2017
*** Bagi ahli yang mengikut perkhemahan, jambori dan aktiviti-aktiviti lain di luar sekolah, sila tuliskan laporan anda seperti format buku log yang telah diberi.

Format Penulisan Buku Log Peribadi


Sebagai ahli Pengakap, perkara asas yang perlu ada (selain uniform) ialah buku log. Buku log terbahagi kepada pelbagai kategori mengikut tahap seseorang berada dalam pengakap. Namun setiap ahli Pengakap perlu ada buku log peribadi sebagai catatan perjalanan seseorang pengakap. Buku log boleh ditulis dalam buku atau terkini, menuliskannya pada kertas kajang kemudian menyimpannya di dalam fail. Terserah kepada kalian untuk menulisnya. Di bawah ini saya tunjukkan format dan cara penulisan buku log peribadi Pengakap.

AKTIVITI
CATATAN
Tarikh : 23 April 2014
Masa  : 3.30 – 5.00 petang
Tempat : Pusat Kokurikulum iKUPS
Aktiviti : Asas Perkhemahan
Perjumpaan pada hari ini  dimulakan dengan istiadat bendera. Selepas nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan Pengakap Malaysia, persetiaan Pengakap dibaca dengan diketuai oleh Sdr. Kamil. Patrol Bertugas pada hari ini ialah Patrol Kenyalang. Pemimpin Pengakap, Tn. Ariffin telah memberikan ucapan dengan menasihati semua ahli Pengakap mematuhi undang-undang Pengakap, khususnya Undang-undang pertama: Pengakap ialah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Beliau berharap semua ahli Pengakap tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kepercayaan warga sekolah kepada diri dan pertubuhan Pengakap tercemar.

Seterusnya, aktiviti pada hari ini diserahkan kepada Sdr. Amirul, Kuatermaster Latihan. Aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan kepada asas perkhemahan. Ahli-ahli telah dibahagikan mengikut patrol masing-masing. Ketua patrol mengajarkan aspek pemilihan tapak khemah, memasang dan menyimpan khemah, serta cara-cara menghidupkan api menggunakan sumber yang terhad.

Kami telah diajarkan memilih tapak khemah berdasarkan arah tiupan angin agar khemah tidak mudah rosak sekiranya angin kencang berlaku. Selain itu, khemah juga tidak sepatutnya dipasang di bawah pokok atau di kawasan berair bagi mengelakkan peraa yang tidak diingini berlaku.

Seterusnya setiap ahli patrol membuat praktikal memasang khemah dan meruntuhkannya. Ketua patrol kami telah menunjukkan cara-cara membersihkan kehmah sebelum diruntuhkan serta cara melipat khemah yang betul supaya tidak merosakkan khemah atau menghilankan aksesori khemah seperti pancang dan palang khemah.

Saya juga telah diajar mengenal bahan-bahan hutan yang sesuai digunakan untuk menghidupkan api di dalam hutan. Bagi memudahkan api hidup, kami diajar oleh ketua Patrol, Sdr. Asyraf agar menggali tanah untuk membuat lubang dan dimasukkan rumput kering atau daun-daun kering bagi memudahkan pembakaran. Selepas api marak, baharulah ranting kecil dimasukkan bagi memastikan api terus hidup.

Kami bersurai pada jam 5.00 petang selepas mengemas kawasan latihan.

-          Buat garis kosong dari atas ke bawah dengan 1.5 inci.


1.5 inci

Lampiran : Masukkan gambar-gambar aktiviti. Boleh print gambar dan masukkan kapsyen /keterangan gambar.





24 Ogos 2017

Menjengah Persaudaraan

Jambori Pengakap Kedah kali Kelima & Persaudaraan Antarabangsa yang diadakan di Kolej Pertanian Malaysia kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam meninggalkan 1001 kenangan. Dalam lautan ahli Pengakap dari seluruh Malaysia dan 5 negara jemputan itu, srmnagat kepengakapan jelas terpancar. Silaturahim antara ahli Pengakap Sedunia tanpa tercemar dengan batas bangsa, agama dan negara membenihkan persaudaraan dalam kalangan kami. Lenih 4,000 peserta mewarnakan bumi Bukit Tangga dengan kasih sayang, kerencaman, perkenalan dan kemesraan.

Seramai 183 orang peserta dari Kubang Pasu selaku "tuan tanah" mengalu-alukan ketibaan kontinjen dari seantero dunia. SBP Integrasi Kubang Pasu turut menghantar 14 ahli Pengakap untuk memupuk persaudaraan dalam jambori ini. Tahniah kepada 10 orang ahli Pengakap Muda yang berjaya memperoleh pencapaian Lang Emas dan 4 orang Pengakap Remaja yang dianugerahkan pencapaian Lang Perak. Bukan medal yang dicari, tetapi pengalaman, kekentalan jiwa dan semangat yang lebih utama.

Semoga bersua lagi di jambori-jambori yang lain! #SalamPengakap 











20 Jun 2017

Marhaban Ya Ramadan!

Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam 'al-qadr'. Tahukah kamu apakah malam al-Qadr? Malam al-Qadr itu ialah malam yang lebih baik daripada seribu bulan! Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[al-Qadr, 97 : 1 - 5] 

Kemuliaan dan kelebihan bulan Ramadan telah difirmankan oleh Allah s.w.t melalui al-Quran dan nukilan lisan kekasih-Nya, Muhammad s.a.w. Sepanjang Ramadan, amalan baik akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah s.w.t berlipat kali ganda. Seyogianyalah, pada bulan ini segala amalan kebaikan dilakukan oleh hamba-hamba-Nya demi mendapat pandangan dan tilikan kasih sayang-Nya kepada kita. 



Menyedari kelebihan-kelebihan tersebut, maka Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah telah menganjurkan Kem Ibadah & Ihya' Ramadan pada 20- 22 Ramadan 1438H bersamaan dengan 15 - 17 Jun 2017. Kem yang diadakan di SMK Gulau, Sik Kedah itu dihoskan oleh PPM Sik dengan penyertaan ahli-ahli Pengakap dari seluruh negeri Kedah. PPM Kubang Pasu telah mengamanahkan pasukan nasyid Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (iKUPS) sebagai wakil tunggal dalam majlis tersebut. Atas kapasiti johan nasyid Pengakap peringkat Kebangsaan pada tahun 2016, pasukan Khairan iKUPS yang dianggotai oleh 8 orang peserta telah membawa harapan dan nama Kubang Pasu ke kem tersebut. Pertandingan nasyid yang disertai oleh tujuh pasukan itu berlangsung dengan harmoni tetapi penuh tenaga walaupun dijalankan pada petang Khamis, seusai pendaftaran. Dengan membawa lagu al-Quran Membina Ukhuwah Khairan telah memukau hadirin dan juri serta menghangatkan petang 20 Ramadan di bumi Sik. Dalam keputusan yang diumumkan pada masjlis penutupan, Khairan telah dinobatkan sebagai Naib Johan, di belakang Kota Setar. Apa-apapun, tahniah kepada pasukan Khairan kerana sanggup menggalas tugas yang diamanhakn oleh PPM Kubang Pasu.







Sepanjang dua hari , acara lain yang turut dipertandingkan ialah Tilawah al-Quran (PM/PR/PKK), Pertadingan Azan (PKK), dan Pertandingan Cerita (PKK). 

Majlis perasmian penutupan telah dilakukan oleh YB En.Mahadzir bin Abdul Hamis, ADUN Jeneri merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah Sik pada jam 6.30 petang 21 Ramadan bersamaan 16 Jun 2017. Ia turut dihadiri oleh YB Dato' Zaini Jafar, ADUN Bukit Kayu Hitam merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Kedah. Majlis penutupan diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih di surau SMK Gulau.







Semoga acara yang memberi manfaat ini dieruskan lagi pada tahun -tahun akan datang.

29 Mei 2017

Mencari Usul di Belalai Gajah Putih

Selama tiga hari, kami berkelana di sebuah tanah yang hilang : Patani!

Bermula dengan jemputan menyertai pertandingan nasyid Da'i Voice Thailand Musim Ke-2, penasyid iKUPS yang bernaung di bawah kumpulan Khairan menjengah saudara sebangsa di sana. Pada 2016, kumpulan Khairan telah berjaya mengungguli tempat keempat dalam pertandingan yang disertai oleh penasyid dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand sendiri. Pada tahun ini, sebanyak 15 kumpulan telah bertading dalam Musim kedua Dai Voice Thailand, iaitu 4 dari Malaysia, 4 dari Indonesia,1 dari Singapura dan selebihnya dari Thailand.
Image may contain: text 
Pertandingan yang diadakan bagi menyambut Ramadan itu dijalankan di perkarangan Masjid Jami' Patani, di pusat bandar Pattani. Ia adalah anjuran Tourism Board of Thailand bagi mempromosikan Patani sebagai salah sebuah wilayah pelancongan yang menarik, bersejarah dan aman. 

Perjalanan Khairan dari Bukit Kayu Hitam bermula jam 12.00 tengah hari 24 Mei 2017 ke Kompleks Kastam, Imigresen & Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam. Pihak penganjur telah menyediakan pengangkutan van yang selesa untuk kami, lima penasyid dan 3 guru pengiring. Perjalanan ke Patani mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit. Pada malamnya, kami berehat di hotel penginapan.

Pagi 25 Mei, kami mengajak pemandu bersarapan di pasar awam Patani, berdepan dengan Prince of Songkhla University. Sempatlah merasa pelbagai makanan Patani. Tidaklah berlainan sangat daripada makanan Terengganu dan Kelantan, cumapembuatannya sahaja yang sedikit berbeza. Menarik juga apabila dapat menikmati roti canai 'berkuahkan' gula! Sudah lama meninggalkan cara itu sebenarnya... Pelajar-pelajar iKUPS, sepertimana geneerasi Z yang lain, mengalami kejutan budaya! :-D 



Pihak penganjur telah membawa kami meneroka tempat-tempat bersejarah di Patani. Kami melihat sendiri Masjid Kerisek iaitu masjid jamek kerajaan Patani suatu ketika dahulu (yang pernah diceroboh tentera Siam), sebelum menziarah keturunan Raja Patani yang masih mendiami istana Patani (yang teah mengakami perubahan yang banyak). Kami mengakhiri ziarah ini dengan makan tengah hari sambil menikmati keindahan dan kejernihan laut di Pantai Tanjong Kapor yang mengadap Laut China Selatan.


Pertandingan bermula kira-kira jam 10.00 malam (11 malam waktu Malaysia) selepas pelbagai ucapan dan penyampaian hadiah. Khairan memperoleh giliran yang ke - 11 dan selepas tertidur beberapa ketika, mereka menyampaikan lagu "Rasulullah Habibullah" dan "Perjuangan Rasulullah" pada jam 1.00pai (2.00 pagi waktu Malaysia). Alhamdulillah... walaupun tidak berjaya berada di top 3, namun Khairan berjaya mendapat tempat ke-5! Tahniah Khairan!











Kami bergerak pulang dari hotel penginapan pada jam 08.00 pagi (waktu Thailand) ke Lapangan Terbang Hat Yai bagi menghantar seorang hakim pertandingan dari Malaysia sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Kami sampai di CIQ Sadao / Dannok pada jam 01.00 tgh hari. Selesai urusan pendokumentasian, kami menjejakkan kaki ke bumi Malaysia lebih kurang jam 1.30 tgh. Alhamdulillah...selamat!

Semoga pada tahun hadapan, masih sempat mengunjungi saudara sebangsa di celah-celah kaki Gajah Putih!

30 April 2017

Catatan King Scout : Berakhir!

Selepas lebih empat bulan bertungkus-lumus, tiga ahli Pengakap Kumpulan 78, SBPI Kubang Pasu berjaya menamatkan cabaran Penarafan Pengakap Raja 2017. Kesemua mereka secara rasmi telah diperakukan layak memperoleh anugerah Pengakap Raja yang akan dianugerahkan oleh KDYMM Sultan Kedah. Tahniah diucapkan kepada Ahmad Amir Amzar bin Ahmad Munir, Abdul Hakim bin Roslan dan Wan Muhammad Firdaus bin Abdul Wahab atas kejayaan mereka menempuh pelbagai ujian dan dugaan sehingga lulus dalam ujian terakhir penarafan Pengakap Raja di Pusat Kokurikulum Pendang pada 27 - 29 April 2017  yang lalu.

Menyorot perjalanan, mereka bermula dengan enam orang ahli Pengakap iKUPS. Namun, tuntutan komitmen dan iltizam yang tinggi menyebabkan akhirnya hanya tiga orang yang kekal sehingga ke Ujian Penarafan (kem kraf). Sememangnya untuk bergelar Pengakap Raja, Ketahanan fizikal semata-mata tidak berupaya mengekalkan momentum. Ketahanan mental, emosi dan semangat merupakan elemen penting dalam memastikan perjuangan mereka ini sampai ke tangga Istana Anak Bukit.

Pengakap Kubang Pasu sendiri pada peringkat awal menghantar seramai 13 orang Calon Pengakap Raja (CPR) ke Ujian Penarafan. Dalam saringan pertama, iaitu sesi temu duga dan ujian Bushmanthong yang diadakan di IPG Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 15 April 2017, seramai lima orang CPR terpaksa membuat ulangan ujian. Empat orang disebabkan oleh Bushmanthong, sementara seorang untuk temu duga A. Alhamdulillah, selepas ujian ulangan pada 22 April 2017, kelima-lima mereka berjaya mara untuk ujian terakhir (kem kraf) pada 27 - 29 April 2017 di Pusat Kokurikulum PPD Pendang, Felda Sungai Tiang, Pendang. Syukur, semua 12 CPR Kubang Pasu layak dianugerahkan Anugerah Pengakap Raja (tarikh ke Istana Anak Bukit akan dimaklumkan kelak)



Perjuangan yang sukar ini hakikatnya tidak akan mampu dihadapi oleh mereka secara bersendirian. Sokongan padu, bantuan, pertolongan, tunjuk ajar dan bimbingan daripada Pasukan Latihan Daerah PPM Kubang Pasu amat bermakna dalam merealisasikan hasrat dan cita-cita mereka. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat dalam menyumbangkan kejayaan kepada anak-anak iKUPS ini. Sekali lagi, kepada Pengakap Raja iKUPS 2017, syabas dan tahniah cikgu ucapkan!

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...