26 November 2017

Format Penulisan Buku Log Peribadi


Sebagai ahli Pengakap, perkara asas yang perlu ada (selain uniform) ialah buku log. Buku log terbahagi kepada pelbagai kategori mengikut tahap seseorang berada dalam pengakap. Namun setiap ahli Pengakap perlu ada buku log peribadi sebagai catatan perjalanan seseorang pengakap. Buku log boleh ditulis dalam buku atau terkini, menuliskannya pada kertas kajang kemudian menyimpannya di dalam fail. Terserah kepada kalian untuk menulisnya. Di bawah ini saya tunjukkan format dan cara penulisan buku log peribadi Pengakap.

AKTIVITI
CATATAN
Tarikh : 23 April 2014
Masa  : 3.30 – 5.00 petang
Tempat : Pusat Kokurikulum iKUPS
Aktiviti : Asas Perkhemahan
Perjumpaan pada hari ini  dimulakan dengan istiadat bendera. Selepas nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan Pengakap Malaysia, persetiaan Pengakap dibaca dengan diketuai oleh Sdr. Kamil. Patrol Bertugas pada hari ini ialah Patrol Kenyalang. Pemimpin Pengakap, Tn. Ariffin telah memberikan ucapan dengan menasihati semua ahli Pengakap mematuhi undang-undang Pengakap, khususnya Undang-undang pertama: Pengakap ialah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Beliau berharap semua ahli Pengakap tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kepercayaan warga sekolah kepada diri dan pertubuhan Pengakap tercemar.

Seterusnya, aktiviti pada hari ini diserahkan kepada Sdr. Amirul, Kuatermaster Latihan. Aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan kepada asas perkhemahan. Ahli-ahli telah dibahagikan mengikut patrol masing-masing. Ketua patrol mengajarkan aspek pemilihan tapak khemah, memasang dan menyimpan khemah, serta cara-cara menghidupkan api menggunakan sumber yang terhad.

Kami telah diajarkan memilih tapak khemah berdasarkan arah tiupan angin agar khemah tidak mudah rosak sekiranya angin kencang berlaku. Selain itu, khemah juga tidak sepatutnya dipasang di bawah pokok atau di kawasan berair bagi mengelakkan peraa yang tidak diingini berlaku.

Seterusnya setiap ahli patrol membuat praktikal memasang khemah dan meruntuhkannya. Ketua patrol kami telah menunjukkan cara-cara membersihkan kehmah sebelum diruntuhkan serta cara melipat khemah yang betul supaya tidak merosakkan khemah atau menghilankan aksesori khemah seperti pancang dan palang khemah.

Saya juga telah diajar mengenal bahan-bahan hutan yang sesuai digunakan untuk menghidupkan api di dalam hutan. Bagi memudahkan api hidup, kami diajar oleh ketua Patrol, Sdr. Asyraf agar menggali tanah untuk membuat lubang dan dimasukkan rumput kering atau daun-daun kering bagi memudahkan pembakaran. Selepas api marak, baharulah ranting kecil dimasukkan bagi memastikan api terus hidup.

Kami bersurai pada jam 5.00 petang selepas mengemas kawasan latihan.

-          Buat garis kosong dari atas ke bawah dengan 1.5 inci.


1.5 inci

Lampiran : Masukkan gambar-gambar aktiviti. Boleh print gambar dan masukkan kapsyen /keterangan gambar.





Tiada ulasan:

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...