29 Mei 2017

Mencari Usul di Belalai Gajah Putih

Selama tiga hari, kami berkelana di sebuah tanah yang hilang : Patani!

Bermula dengan jemputan menyertai pertandingan nasyid Da'i Voice Thailand Musim Ke-2, penasyid iKUPS yang bernaung di bawah kumpulan Khairan menjengah saudara sebangsa di sana. Pada 2016, kumpulan Khairan telah berjaya mengungguli tempat keempat dalam pertandingan yang disertai oleh penasyid dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand sendiri. Pada tahun ini, sebanyak 15 kumpulan telah bertading dalam Musim kedua Dai Voice Thailand, iaitu 4 dari Malaysia, 4 dari Indonesia,1 dari Singapura dan selebihnya dari Thailand.
Image may contain: text 
Pertandingan yang diadakan bagi menyambut Ramadan itu dijalankan di perkarangan Masjid Jami' Patani, di pusat bandar Pattani. Ia adalah anjuran Tourism Board of Thailand bagi mempromosikan Patani sebagai salah sebuah wilayah pelancongan yang menarik, bersejarah dan aman. 

Perjalanan Khairan dari Bukit Kayu Hitam bermula jam 12.00 tengah hari 24 Mei 2017 ke Kompleks Kastam, Imigresen & Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam. Pihak penganjur telah menyediakan pengangkutan van yang selesa untuk kami, lima penasyid dan 3 guru pengiring. Perjalanan ke Patani mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit. Pada malamnya, kami berehat di hotel penginapan.

Pagi 25 Mei, kami mengajak pemandu bersarapan di pasar awam Patani, berdepan dengan Prince of Songkhla University. Sempatlah merasa pelbagai makanan Patani. Tidaklah berlainan sangat daripada makanan Terengganu dan Kelantan, cumapembuatannya sahaja yang sedikit berbeza. Menarik juga apabila dapat menikmati roti canai 'berkuahkan' gula! Sudah lama meninggalkan cara itu sebenarnya... Pelajar-pelajar iKUPS, sepertimana geneerasi Z yang lain, mengalami kejutan budaya! :-D 



Pihak penganjur telah membawa kami meneroka tempat-tempat bersejarah di Patani. Kami melihat sendiri Masjid Kerisek iaitu masjid jamek kerajaan Patani suatu ketika dahulu (yang pernah diceroboh tentera Siam), sebelum menziarah keturunan Raja Patani yang masih mendiami istana Patani (yang teah mengakami perubahan yang banyak). Kami mengakhiri ziarah ini dengan makan tengah hari sambil menikmati keindahan dan kejernihan laut di Pantai Tanjong Kapor yang mengadap Laut China Selatan.


Pertandingan bermula kira-kira jam 10.00 malam (11 malam waktu Malaysia) selepas pelbagai ucapan dan penyampaian hadiah. Khairan memperoleh giliran yang ke - 11 dan selepas tertidur beberapa ketika, mereka menyampaikan lagu "Rasulullah Habibullah" dan "Perjuangan Rasulullah" pada jam 1.00pai (2.00 pagi waktu Malaysia). Alhamdulillah... walaupun tidak berjaya berada di top 3, namun Khairan berjaya mendapat tempat ke-5! Tahniah Khairan!











Kami bergerak pulang dari hotel penginapan pada jam 08.00 pagi (waktu Thailand) ke Lapangan Terbang Hat Yai bagi menghantar seorang hakim pertandingan dari Malaysia sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Kami sampai di CIQ Sadao / Dannok pada jam 01.00 tgh hari. Selesai urusan pendokumentasian, kami menjejakkan kaki ke bumi Malaysia lebih kurang jam 1.30 tgh. Alhamdulillah...selamat!

Semoga pada tahun hadapan, masih sempat mengunjungi saudara sebangsa di celah-celah kaki Gajah Putih!

Tiada ulasan:

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...