Untukmu, anak-anakku, kutitipkan setangkai puisi
sempena hari guru
Terima kasih anak-anakku
kerana tanpamu, aku tidak bisa
berdiri di hadapan kalian
dan berkata
"aku ialah guru".
Terima kasih anak-anakku
kerana menjadikan diri ini
kuat dan cekal
mendidik kalian.
Terima kasih anak-anakku
kerana mendengar kata
kerana meminjamkan telinga
kerana membuka jiwa
kerana melembutkan atma
kerana sudi menadah sukma.
Terima kasih anak-anakku
kerana mengingat nama ini
dalam gembira, dalam marah
dalam suka, dalam benci
dalam diam, dalam jaga
dalam tidur, dalam gosip.
Terima kasih anak-anakku
kerana menitipkan kata
"Terima kasih cikgu!"
4 ulasan:
selamat hari guru ....
Kami sayang cikgu :)
hehehe.. tu karya anak murid cikgu la...
die mintak saya dedekasikan kepada pembaca blog saya...dan semua semua lah..
insyaAllah.. Engineer kapai terbang cikgu.. sapa yg p ayer hangat tu? lama x? hari khamis kan
Oho camtu ka en shah :) Ermm..maaf, lupa nk call tyme kt Ayer Hangat ritu..:-(. Pergi rabu balik khamis. Sorg peserta aja ...
Catat Ulasan