01 Mei 2011

Hanya Yang Terbaik...

Penerima Anugerah Cemerlang & Penghargaan Ketua Pelajar
Alhamdulillah... pada 30 April 2011 telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang i-KUPs kali ketujuh. Dalam usia yang masih muda, i-KUPs berbangga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya dalam akademik. Majlis penyampaian anugerah telah dihadiri oleh Pn. Hjh Jemilah Mansor, Timbalan Pengarah (Sekolah Kecemerlangan), mewakili Pn. Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM yang tidak dapat hadir kerana urusan yang tidak dapat dielakkan.
Tahniah Alyana Fatini, Pelajar Terbilang Keseluruhan SPM 2010
 Selain memberi penghargaan kpd pencapain dalam peperiksaan dalaman, anugerah Pelajar Cemerlang, Pelajar Gemilang dan Pelajar Terbilang PMR & SPM 2010 menjadi kemuncak acara. Tahniah kpd Alyana Fatini yang berjaya memperoleh anugerah pelajar terbilang keseluruhan SPM. Semoga tahun ini lebih ramai yang memperoleh kejayaan yang terbaik dalam PMR & SPM. Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar  yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini, tahniah kerana kita yang terbaik, tanpa kita majlis ini tidak akan berjalan seperti yang dilihat semalam! :-)


Pascaprogram : masih bertungkus lumus selepas semua orang meninggalkan majlis

Raptai : Ustazah Haliza, Setiausaha MAC VII sibuk memantau

Raptai : pasukan silat gayung

Raptai : "ikan sampin macam ni!"

Raptai : menunggu VVIP

Raptai : memeriksa perbarisan kehormat

Raptai : aik, pramusaji baru potong kuku?

Raptai : memberi taklimat perjalanan majlis

Sembang2 Raptai

Raptai

Komen sikit...

Pramajlis : sibuk menjahit tanglung

Pramajlis : tanpa jurupotong, rama-rama tak dpt terbang!

Pun sibuk menjahit?

Mencipta taman mini







      
Pascaprogram : Keletihan selepas membasuh cawan dan piring


3 ulasan:

Shazwan Azizan - wanblur berkata...

terbaikj.rindu sekolah. dah dekat 4 tahun pergi meningglkkn sekolh

Kayun berkata...

cikgu,meriahnya mac. semakin tahun semain grand. setuju dgn bro wanblur, rindu sekolah. :')

yui berkata...

seronok sungguh laaaa.... haha sini mana ada bnda2 ni dah... kena create sndiri...

Soksek Soksek SPM 2023

 Pasukan Academic Support Team (AST) PPD Kubang Pasu kembali turun menggempur calon-calon SPM Kubang Pasu 2023. Tahun ini, pasukan AST yang ...