Seperti kelaziman, maulidul rasul disambut meriah. Perarakan dan ucapan menjadi acara tahunan. Dalam pada mengingati Rasulullah al-Amin, kita tertanya-tanya :: sudahkah empat sifat wajib pada nabi itu kita teladani? Siddiq, amanah, tabligh, fatonah itu sudahkah mendarah daging dalam tubuh kita. Bukan apa, sejak ledakan ICT ini, kita semakin hanyut, lalai. Kebenaran kita kini ialah penipuan yang nyata; amanah kita adalah seperti gunting makan di hujung; tabligh kita hanya untuk menyampaikan fitnah lewat blog dan fb, fatonah kita? Fikir-fikirkanlah sendiri. Rasanya belum terlambat - dalam kita menguar-uarkan komitmen dan iltiazam kita untuk membina bi'ah Islamiyah - kita kembali menilai diri dan tindakana kita. Mungkin sudah tiba masanya kita melontar keluar slogan, sekiranya tidak kita mampu menjiwai maksud dan makna kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.





5 ulasan:
salam ipin
meriah sungguh ya sambutan di KUbang Pasu
Wsalam... dah tak tau nak ke mana, belarak keliling Bukit Kayu Hitam ajalah :-)
uplod gambaq rumah umar...=p
Ok..tgk lah kat sini... http://www.friendster.com/viewphotos.php?a=554223021
tringat zaman dulu-dulu....
Catat Ulasan