10 Februari 2011

... sempurna sudah, untuk bermula

Alhamdulillah, Majlis Pewatikahan Ahli Lembaga Kepimpinan Pelajar SBPIKP Sesi 2011 selamat disempurnakan pagi tadi. Majlis yang disempurnakan oleh En. Mohd Sharif bin Mohamad, wakil Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kedah. Terima kasih. Kepada semua semua Pengawas, tahniah atas pelantikan rasmi ini. Semoga dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan "sepenuh daya, usaha, keikhlasan dan kesungguhan" berteraskan "maruah, timbang rasa dan keberanian".Semoga ucapan terima tugas oleh Ketua Pelajar menjadi landasan perjuangan oleh semua ahli LKP. Tahniah dan syabas kepada semua!

p/s : Ramai "murid tua" SBPIKP dok tanya-tanya tentang senarai teratas LKP, jadi ini ialah senarai nama mereka:

Ketua Pelajar                            : Amir Syafiq bin Rosli [Umar]
Timbalan Ketua Pelajar              : Nurul Afida bt Roslan [Othman]
Penolong Ketua Pelajar (Putera) : Khairul Asyraf bin Mohd Rodzi [Ali]
Penolong Ketua Pelajar (Puteri)  : Normira bt Md Noh [Umar]

Menanti...
upacara penyampain


Ikrar
Inilah Ikrar kami...

Ucapan terima tugas oleh KP

Ucaptama

Terima kasih...


Barisan Kepimpinan yang baharu


6 ulasan:

Ahyad berkata...

bagus sekali! tapi tak kenal pulak Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kedah..baru pertama kali mai skolah pa..

arsal74 berkata...

Yang datang tu wakil Ketua Sektor, dan memang... kali pertama jemput Ketua Sektor PSPK ni ke sekolah. Panggil yang belum pernah datang untuk berkenal-kenalan & rapatkan silaturahim :)

Maswafi Abd Samat berkata...

Hebat sekolah mu!

arsal74 berkata...

Taklah hebat sangatpun... tapi bolehlah...

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

Alhamdulillah, semoga mereka dapat jadi contoh terbaik buat adik-adik lain...Badan kepimpinan lain dah buat ka?

arsal74 berkata...

Dah buat, Ahad lepas...entri masuk sekejap lagi

Sang Pembicara

Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...