kem telah Berjaya.
23 Januari 2018
13 Januari 2018
Memulakan Sistem
Tanggal 11 Januari 2018, Bengkel Pengurusan Organisasi BADAR telah dijalankan di Bilik Kuliah Musollah Jannatun Naim. Bengkel yang menyasarkan ahli majlis tertinggi (AMT) BADAR ini telah dikendalikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu merangkap Penolong Setiausaha - II BADAR, En. Ariffin bin Salleh.
Matlamat bengkel ini adalah untuk membudayakan pengurusan organisasi secara sistematik bagi meningkatkan imej dan keberkesanan BADAR sebagai sebiuah organisasi dakwah. Objektifnya pula adalah untuk mengemaskinikan sistem fail BADAR agar selari dengan kehendak penilaian BADAR Terbilang; mendidik ahli BADAR menjalankan tugas mengikut perancangan; dan mendedahkan amalan pengurusan terbaik AMT BADAR ke arah pengurusan BADAR Terbilang.
Bengkel separuh hari ini telah telah meninggalkan beberapa tugasan untuk diselesaikan sepanjang tahun ini oleh semua AMT khususnya ketua lajnah ke arah mencapai visi dan misi BADAR iKUPS. Semoga apa-apa yang diincangkan dalam bengkel ini mampu meningkatkan kualiti pengurusan semua ahli BADAR pada tahun ini.
01 Januari 2018
Selamat Datang 2018
Selamat Tahun Baru Kawan
Kawan, sudah tahun baru lagi
Belum juga tibakah saatnya kita menunduk memandang diri sendiri
Bercermin firman Tuhan, sebelum kita dihisab-Nya
Kawan siapakah kita ini sebenarnya?
Muslimkah, mukminin, muttaqin,
kholifah Allah, umat Muhammadkah kita?
Khoirul ummatinkah kita?
Atau kita sama saja dengan makhluk lain atau bahkan lebih rendah lagi
Hanya budak perut dan kelamin
Iman kita kepada Allah dan yang ghaib rasanya lebih tipis dari uang kertas ribuan
Lebih pipih dari kain rok perempuan
Betapapun tersiksa, kita khusyuk didepan masa
Dan tiba tiba buas dan binal disaat sendiri bersama-Nya
Syahadat kita rasanya lebih buruk dari bunyi bedug,atau pernyataan setia pegawai rendahan saja.
Kosong tak berdaya.
Shalat kita rasanya lebih buruk dari senam ibu-ibu
Lebih cepat dari pada menghirup kopi panas dan lebih ramai daripada lamunan 1000 anak pemuda.
Doa kita sesudahnya justru lebih serius memohon enak hidup di dunia dan bahagia dis urga.
Puasa kita rasanya sekadar mengubah jadual makan minum dan saat istirahat, tanpa menggeser acara buat syahwat, ketika datang rasa lapar atau haus.
Kita manggut manggut, ooh...beginikah rasanya dan kita sudah merasa memikirkan saudara saudara kita yang melarat.
Zakat kita jauh lebih berat terasa dibanding tukang becak melepas penghasilanya untuk kupon undian yang sia-sia
Kalaupun terkeluarkan, harapan pun tanpa ukuran upaya-upaya Tuhan menggantinya lipat ganda
Haji kita tak ubahnya tamasya menghibur diri, mencari pengalaman spiritual dan material, membuang uang kecil dan dosa besar.
Lalu pulang membawa label suci asli made in saudi "HAJI"
Kawan, lalu bagaimana dan seberapa lama kita bersama-Nya
atau kita justru sibuk menjalankan tugas mengatur bumi seisinya,
mensiasati dunia khalifahnya,
Kawan, tak terasa kita semakin pintar, mungkin kedudukan kita sebagai khalifah mempercepat proses kematangan kita paling tidak kita semakin pintar berdalih
Kita perkosa alam dan lingkungan demi ilmu pengetahuan
Kita berkelahi demi menegakkan kebenaran,mengacau dan menipu demi keselamatan
Memukul, mencaci demi pendidikan
Berbuat semaunya demi kemerdekaan
Tidak berbuat apa apa demi ketenteraman
Membiarkan kemungkaran demi kedamaian pendek kata demi semua yang baik halallah sampai yang tidak baik.
Lalu bagaimana para cendekiawan, seniman, mubaligh dan kiai sebagai penyambung lidah Nabi
Jangan ganggu mereka
Para cendekiawan sedang memikirkan segalanya
Para seniman sedang merenungkan apa saja
Para mubaligh sedang sibuk berteriak kemana-mana
Para kiai sibuk berfatwa dan berdoa
Para pemimpin sedang mengatur semuanya
Biarkan mereka di atas sana
Menikmati dan meratapi nasib dan persoalan mereka sendiri
KH Ahmad Mustofa Bisri
Puisi ini terdapat dalam buku Antologi Puisi Tadarus karya Gus Mus, terbitan Adicita Karya Nusa Yogyakarta, 2003.
Sumber : http://www.nu.or.id/post/read/74295/puisi-gus-mus-selamat-tahun-baru-kawan
14 Disember 2017
Aktiviti memartabatkan Bahasa Melayu perlu disepadukan
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Aktiviti-aktiviti bagi memartabatkan Bahasa Melayu perlu diselaras dan dan disepadukan dalam usaha menyatukan pelbagai kaum dan keturunan di negara ini.

Fahariyah Md Nordin
Ahli Dewan Negara, Sanator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, pengukuhan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan di negara kita.
Katanya, penggunaan bahasa kebangsaan itu sebagai bahasa pengantar juga penting dalam usaha menyatukan kepelbagaian bangsa di negara kita.
“Namun sekarang ini kita lihat peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar malahan sebagai bahasa rasmijuga dilihat semakin pudar walaupun ianya telahpun termaktub di dalam akta.
“Kawan Australia yang mempelajari Bahasa melayu, yang kini bekerja di Malaysia mengatakan yang kebolehan beliau bertutur dalam Bahasa Melayu semakin merosot kerana di Malaysia mereka tak cakap Bahasa Melayu.
“Untuk itu, penekanan penggunaan Bahasa Kebangsaan, penyelarasan aktiviti-aktiviti memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu disepadukan dalam semua jentera kerajaan dan masyarakat seiring dengan aspirasi kerajaan dalam TN50,” kata di Dewan Negara.
Oleh itu Fahariyah meminta kerajaan melalui Kementerian Pendidikan, Jabatan Peguam Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara supaya meningkatkan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rujukan utama dalam semua siri dokumen perundangan, kontrak dan surat cara rasmi yang diguna pakai dalam urus niaga dan urusan harian rasmi pengguna dan kerajaan.
“Sebagai contoh perjanjian sewa beli, pinjaman perumahan dan perjanjian jual beli rumah masih lagi menggunapakai bahasa Inggeris,” katanya.
Sehubungan itu beliau membangkitkan persoalan berapakah peruntukan program memartabatkan Bahasa Melayu yang diadakan dalam tahun 2018 dan bagaimanakah kita dapat memaksimakan penyertaan budaya dan bahasa kebangsaan dilaksanakan disegenap lapisan masyarakat.
“Apakah perancangan kementerian pendidikan dan kementerian pendidikan tinggi dalam merencana program Bahasa Melayu di sekolah dan IPT agar penguasaan Bahasa Kebangsaan dikalangan rakyat lebih cemerlang dan martabat Bahasa Kebangsaan lebih tinggi.
“Saya juga ingin mencadangkan supaya naikkan Taraf Dewan Bahasa dan Pustaka ini kepada Suruhanjaya Bahasa Kebangsaan dan diletakan di bawah Jabatan Perdana Menteri agar pemerkasaan dan penguatkuasaan penggunaan Bahasa Kebangsaan lebih efektif,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/aktiviti-memartabatkan-bahasa-melayu-perlu-disepadukan-1.571541#ixzz51ADM4qjL © Utusan Melayu (M) Bhd
26 November 2017
Jadual Perjumpaan Pengakap iKUPS
Sepanjang 2017, sebanyak 12 pertemua rasmi telah diadakan oleh pengakap iKUPS. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain turut dijalankan. Di bawah ini disenaraikan jadual perjumpaan rasmi Pengakap iKUPS.
MASA :
4.00 – 5.00 petang
TEMPAT :
PEMIMPIN YANG HADIR :
|
TARIKH
|
AKTIVITI UTAMA
|
PERINCIAN AKTIVITI
|
|
04.01.2017
|
Mesyuarat
Agung
|
-
Pemilihan Ketua Trup, AJK
Tertinggi dan Ahli Majlis Ketua Patrol
|
|
25.01.2017
|
ISTIADAT
PAGI (LADAM KUDA)
|
-
Menjalankan istiadat bendera
-
Ucapan-ucapan
|
|
08.02.2017
|
KAWAD
KAKI ASAS
|
-
Memperkenalkan jenis-jenis kawad
kaki:
o
Kawad kaki asas
o
Kawad tongkat
-
Kawad asas – diajar mengikut
kumpulan (nyatakan jurulatih kawad):
o
Pengakap Muda
o
Pengakap Remaja
-
Tamat pukul berapa?
|
|
01.03.2017
|
ASAS
KEBAKARAN
|
-
Dikendalikan oleh Pasukan Kadet
Bomba dan Penyelamat.
-
Menerangkan tentang bahaya api dan
keperluan mengetahui cara memadamkan api di rumah.
-
Menerangkan secara teori cara-cara
memadamkan api menggunakan alat pemadam api.
-
Menunjukkan cara mengawal
seseorang yang terbakar pakaian di badannya.
|
|
05.04.2017
|
IKATAN
& SIMPULAN
|
-
Dikendalikan oleh Kuatermaster
Latihan.
-
Dibahagikan mengikut patrol.
-
Aktiviti secara sistem pangkalan –
satu pangkalan satu jenis ikatan / simulan.
-
Jenis-jenis ikatan & simpulan
ialah :
o
Pangkalan 1 (P1): Tindih kasih
o
P2 : Bunga geti
o
P3 : Bunga geti berganda
o
P4 : belit lucut
o
P5 : Ikat Serong
o
P6 : Simpul Kerusi
o
P7 : Ikat Seraya
o
P8 : Lilit Taut
o
P9 : Lilit Balak
|
|
26.04.2017
|
KAWAD
KAKI ASAS
|
-
Kawad asas – diajar mengikut
kumpulan (nyatakan jurulatih kawad):
o
Pengakap Muda
o
Pengakap Remaja
-
Tamat pukul berapa?
|
|
14.06.2017
|
KAWAD
TONGKAT
|
-
Kawad Tongkat – diajar mengikut
kumpulan (nyatakan jurulatih kawad):
o
Pengakap Muda
o
Pengakap Remaja
-
Tamat pukul berapa?
|
|
12.07.2017
|
ASAS
PERKHEMAHAN
|
-
Dikendalikan oleh Kuatermaster
Latihan dengan bantuan ketua patrol.
-
Dikendalikan secara berpatrol
-
Aspek yang diajar:
o
Pemilihan tapak khemah
o
Mendirikan & menurunkan khemah
o
Menyalakan api
|
|
02.08.2017
|
GAJET
/ IKATAN & SIMPULAN
|
-
Dikendalikan oleh Kuatermaster
Latihan.
-
Dikendalikan secara sistem patrol.
-
Membina model gajet (tripod)
menggunakan jenis ikatan dan simpulan yang sesuai.
|
|
23.08.2017
|
ASAS
PERTOLONGAN CEMAS
|
-
Aktiviti bersama-sama ahli Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM).
-
Diajar oleh Kautermaster Latihan
BSMM
-
Aspek yang diajar:
o
Melipat kain anduh
o
Membuat anduh untuk kecederaan
tangan dan kaki.
o
Teori tentang tindakan-tindakan
apabila berlaku kecemasan.
|
|
27.09.2017
|
MASAKAN
MODEN
|
-
Pertandingan memasak nasi goreng
dan menghidangkannya dalam hidangan lengkap berserta minuman.
|
|
26.10.2017
|
MAJLIS
ANUGERAH KOKURIKULUM
|
-
Perbarisan kehormat oleh Pasukan
Pengakap yang diperiksa oleh VIP En. Zulkafly bin Othman, Pegawai Khas
Menteri Pendidikan Malaysia.
-
Majlis penyampaian anugerahdi
Dewanal-Ghazali. Pasukan Pengakap dinobatkan Pasukan Badan Beruniform
Terbaik. 14orang ahli Pengakap mendapat Anugerah Platinum, 6 Anugerah Emas, 3
Augerah Gangsa. Seorang ahli Pengakap telah dinobatkan sebagai pelajar
terbaik kokurikulum dengan memperoleh Anugerah Tokoh Pelajar Kokurikulum
(Muhammad Adib).
-
Majlis berkahir jam 12.30tengah
hari.
|
|
02
Nov 2017
|
Hari
Kokurikulum 2017
|
-
Aktiviti-aktiviti kokurikulum dan
keusahawanan dijalankan di sekitar kawasan sekolah.
-
Bermula jam 8.30pagi hingga 11.00 malam.
-
Gerai jualan, pameran daripada
agensi kerajaan dan NGO, pertandingan sukan dalaman serta pertandingan ragbi
bawah 15 tahun MSSK.
-
Malam ceramah agama dan
persembahan nasyid daripada kumpulan Khairan, johan Festival Kesenian Islam
SBP peringkat Kebangsaan.
|
Aktiviti Lain :
1.
Perkhemahan
Badan Beruniform – Pengakap & Pandu Puteri : 7-8 Februari 2017
2.
Pemantauan
KBAT dalam Aktiviti Kokurikulum oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
Kebangsaan – 14 Jun 2017
*** Bagi ahli yang mengikut perkhemahan, jambori dan aktiviti-aktiviti lain di luar sekolah, sila tuliskan laporan anda seperti format buku log yang telah diberi.
Format Penulisan Buku Log Peribadi
Sebagai ahli Pengakap, perkara asas yang perlu ada (selain uniform) ialah buku log. Buku log terbahagi kepada pelbagai kategori mengikut tahap seseorang berada dalam pengakap. Namun setiap ahli Pengakap perlu ada buku log peribadi sebagai catatan perjalanan seseorang pengakap. Buku log boleh ditulis dalam buku atau terkini, menuliskannya pada kertas kajang kemudian menyimpannya di dalam fail. Terserah kepada kalian untuk menulisnya. Di bawah ini saya tunjukkan format dan cara penulisan buku log peribadi Pengakap.
|
AKTIVITI
|
CATATAN
|
|
Tarikh : 23 April 2014
Masa
: 3.30 – 5.00 petang
Tempat : Pusat Kokurikulum iKUPS
Aktiviti : Asas
Perkhemahan
Perjumpaan pada hari ini dimulakan dengan istiadat bendera. Selepas
nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan Pengakap Malaysia,
persetiaan Pengakap dibaca dengan diketuai oleh Sdr. Kamil. Patrol Bertugas
pada hari ini ialah Patrol Kenyalang. Pemimpin Pengakap, Tn. Ariffin telah
memberikan ucapan dengan menasihati semua ahli Pengakap mematuhi
undang-undang Pengakap, khususnya Undang-undang pertama: Pengakap ialah
seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Beliau berharap semua
ahli Pengakap tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan
kepercayaan warga sekolah kepada diri dan pertubuhan Pengakap tercemar.
Seterusnya, aktiviti pada hari ini diserahkan kepada
Sdr. Amirul, Kuatermaster Latihan. Aktiviti yang dijalankan ialah pengenalan
kepada asas perkhemahan. Ahli-ahli telah dibahagikan mengikut patrol
masing-masing. Ketua patrol mengajarkan aspek pemilihan tapak khemah,
memasang dan menyimpan khemah, serta cara-cara menghidupkan api menggunakan
sumber yang terhad.
Kami telah diajarkan memilih tapak khemah
berdasarkan arah tiupan angin agar khemah tidak mudah rosak sekiranya angin
kencang berlaku. Selain itu, khemah juga tidak sepatutnya dipasang di bawah
pokok atau di kawasan berair bagi mengelakkan peraa yang tidak diingini
berlaku.
Seterusnya setiap ahli patrol membuat praktikal
memasang khemah dan meruntuhkannya. Ketua patrol kami telah menunjukkan
cara-cara membersihkan kehmah sebelum diruntuhkan serta cara melipat khemah
yang betul supaya tidak merosakkan khemah atau menghilankan aksesori khemah
seperti pancang dan palang khemah.
Saya juga telah diajar mengenal bahan-bahan hutan
yang sesuai digunakan untuk menghidupkan api di dalam hutan. Bagi memudahkan
api hidup, kami diajar oleh ketua Patrol, Sdr. Asyraf agar menggali tanah
untuk membuat lubang dan dimasukkan rumput kering atau daun-daun kering bagi
memudahkan pembakaran. Selepas api marak, baharulah ranting kecil dimasukkan
bagi memastikan api terus hidup.
Kami bersurai pada jam 5.00
petang selepas mengemas kawasan latihan.
|
-
Buat
garis kosong dari atas ke bawah dengan 1.5 inci.
|
|
Lampiran : Masukkan gambar-gambar
aktiviti. Boleh print gambar dan masukkan kapsyen /keterangan gambar.
|
|
24 Ogos 2017
Menjengah Persaudaraan
Jambori Pengakap Kedah kali Kelima & Persaudaraan Antarabangsa yang diadakan di Kolej Pertanian Malaysia kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam meninggalkan 1001 kenangan. Dalam lautan ahli Pengakap dari seluruh Malaysia dan 5 negara jemputan itu, srmnagat kepengakapan jelas terpancar. Silaturahim antara ahli Pengakap Sedunia tanpa tercemar dengan batas bangsa, agama dan negara membenihkan persaudaraan dalam kalangan kami. Lenih 4,000 peserta mewarnakan bumi Bukit Tangga dengan kasih sayang, kerencaman, perkenalan dan kemesraan.
Seramai 183 orang peserta dari Kubang Pasu selaku "tuan tanah" mengalu-alukan ketibaan kontinjen dari seantero dunia. SBP Integrasi Kubang Pasu turut menghantar 14 ahli Pengakap untuk memupuk persaudaraan dalam jambori ini. Tahniah kepada 10 orang ahli Pengakap Muda yang berjaya memperoleh pencapaian Lang Emas dan 4 orang Pengakap Remaja yang dianugerahkan pencapaian Lang Perak. Bukan medal yang dicari, tetapi pengalaman, kekentalan jiwa dan semangat yang lebih utama.
Semoga bersua lagi di jambori-jambori yang lain! #SalamPengakap
Langgan:
Catatan (Atom)
Sang Pembicara
Tempat ketiga! Memang tak terduga, dengan saingan sengit daripada 15 peserta lain, Alia Ummira binti Radzi, pemidato IKUPS, wakil negeri Ked...
-
Teks syarahan agama 2010. Tajuk :: Masjid Membina Keunggulan Ummah Pemidato :: Mohd Shahrulnizam bin Md Roni Sekolah :: Sekolah ...
-
<a href="http://www.pax.com/free-counters.html"><img src="http://counter.pax.com/counter/image?count...
-
Alhamdulillah, pelajar-pelajar Tingkatan Empat 2021 iKUPS telah berjaya menyiapkan projek-projek yang meliputi tema yang dipelajari dalam s...



